Anak-anak adalah amanah Allah untuk ibu dan ayah, walaupun mungkin zuriat itu bukan dilahirkan dari rahim isteri sendiri ia tetap tanggungjawab ibu dan ayah untuk menjaga dan mendidik mereka sebaiknya.
Pelakon dan usahawan yang tidak asing lagi dengan melakukan kerja-kerja amal, Abby Abadi berkongsi cerita mengenai anak-anaknya terutamanya tiga orang anak angkatnya yang masih kecil bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Abby, dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya dan suami agar dapat melihat ketiga-tiga anaknya yang masih kecil itu membesar dengan baik.
“Ya ALLAH Ya Tuhanku. Kau bantulah kami untuk menjaga Daiyan, Dayana, Darda. Mereka tidak punya siapa-siapa. Selain kami ya ALLAH
“Sempatlah untuk kami, membesarkan mereka ya ALLAH. Kami takut ya ALLAH. Kami takut umur kami tak panjang. Untuk menjaga & mendidik mereka ya ALLAH”
“Sebahagian dari doa Abah Subuh ni … tiba-tiba dengar Abah doa mcm ni…. Aduhai la Abah..pagi-pagi dah buat Mama sayu.. sedih.. berombak-ombak hati bila dengar doa Abah tadi,” tulisnya
Meskipun Daiyan, Dayana dan Darda bukanlah anak yang dikandung sendiri, Abby tetap menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka seperti anak sendiri. Malah jelasnya ketiga-tiga mereka itu adalah anugerah terindah buat dirinya dan suami.
Ads
Abby juga turut memohon doa dari semua agar dapat menjaga anak-anaknya itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan untuk menjaga mereka.
“Tak pernah terfikir sebenarnya perkahwinan kami selama 5tahun ini, yg pernah dikurniakan dgn 3 zuriat sendiri.. yang ALLAH tak izinkan hidup di dunia ini ( seorang gugur, seorang meninggal dalam perut, arwah Muhammad Danial Firman meninggal usia 3bulan) tapi ALLAH gantikan dengan 3 anak-anak anugerah terindah ini..
“
“Tak buleh nk tulis panjang-panjang.. sedihhhh…Tolong doakan ye.. kami dapat menjaga anak-anak yang ada ni dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Tak minta apa-apa, doakan kami umur panjang dan sihat untuk mereka,” tulisnya lagi.
Abby mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Ads
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Semoga usaha murni Abby dipermudahkan dan lebih ramai nasib ibu dan bayi terbela dengan apa yang dilakukan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
“Bila Nak Tidur… Dah Pukul Berapa Dah Ni, Tak Reti Tidur Lagi?” Harris Annuar Tak Cukup Tidur Main Dengan Anak
Seperti yang kita tahu, pelakon Harris Annuar baru sahaja menjadi ayah pada bulan March yang lalu. Isterinya yang dijangka melahirkan pada bulan April tetapi telah pun selamatkan melahirkan puteri sulungnya awal dua minggu.
Harris atau nama sebenarnya Mohammad Hariss Shahrul Annuar, 30 berkata dia teruja menjadi seorang ayah dan juga bersyukur kerana kini isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Harris dan Isteri sepakat memberi nama Aura Medina kepada cahaya mata pertama mereka.
Selesai majlis Tahnik puterinya pada 1 May, Harris mengharapkan rezeki dan hidayah yang berpanjangan kepada keluarganya.
Baru- baru ini juga Harris memuatnaik video dia yang tidak dapat tidur sepanjang malam bersama dengan bayinya.
Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.
Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa dan selamat.
Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.
Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan dijaga di TASKA.
Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya.
Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi.
Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan keselamatan dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak.
Mempunyai emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;
-Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil
-Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.
-Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka. Peranan pengasuh pula;
-Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak
-Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang.
Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA :-
Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui
Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran
Mempunyai pagar keselamatan, mempunyai CCTV jika perlu
Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup
Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar
Keselamatan lokasi Taska:
Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk.
Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital, balai bomba dan balai polis.
Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan untuk beroperasi di sesuai