Tanpa sedar kita sebagai mak ayah telah meningkatkan risiko bahaya pada anak sendiri bila menggunakan tiga benda yang dianggap wajib ada dalam kehidupan seorang bayi.

Maklumlah bila tahu akan dapat cahayamata, kita jadi teruja dan sediakan pelbagai keperluan asasnya. Tanpa pengetahuan rupanya barangan tersebut jika digunakan boleh meningkatkan risiko bahaya pada si manja.

Menurut Dr Taufiq Razif, tiga benda comel yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa pada bayi mereka meningkatkan risiko bahaya pada keselamatan anak.

Semua Mak Ayah Wajib Tahu Bahaya 3 Benda Comel Ni Pada Anak Mereka

#1 – Sarung Tangan Bayi / Baby Mittens

Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk merangsang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan rangsangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.

IKLAN

Sebab tu la sebaiknya pakaikan mittens ni jarang-jarang je dan sebaiknya jangan pakai dah untuk anak yang dah nak masuk umur 1 bulan. Biar je anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.

#2 – Walker

Ramai mak ayah belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker ni la membuatkan rangsangan otak dan otot kaki anak kita jadi makin berkurang.

IKLAN

Berguling, merangkak dan bermain di lantai lah yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan. Yang paling saya takutkan, walker ni la antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak.

Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel di capai sendiri masa tengah naik walker ni. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ni.

#3 – Bantal

IKLAN

Yang ni paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ni boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba / sindrom bayi mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).

Tanpa sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!

Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam tapi tak mungkin la kan? Saran saya, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.

Sumber: Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI