Ramai yang tidak tahu bahawa salah satu cara yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb ketika hamil ialah dengan bersenam.
Kekerapan bersenam sepanjang tempoh kehamilan boleh membantu anda lebih sihat, dan cergas. Dalam masa yang sama, ia juga boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil akibat sakit belakang, lenguh badan dan keletihan.
Biarpun begitu, dalam masa yang sama anda tetap perlu mengamalkan pengambilan makanan dan suplemen yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb.
Berjalan
Berjalan merupakan senaman paling mudah untuk anda lakukan setiap hari, tidak kira masa dan tempat. Anda boleh lakukannya di rumah ataupun tempat kerja.
Setiap pergerakan ketika berjalan boleh membantu merangsang penghasilan sel darah merah termasuk Hb.
IKLAN
Jika risau diri lekas letih disebabkan terlalu banyak berjalan, anda boleh parkir kereta di tempat kerja jauh sedikit daripada kebiasaan. Jadi, bolehlah anda melakukan aktiviti berjalan tanpa rasa letih
Jogging
Jogging membantu tubuh mengeluarkan peluh dan melindungi fungsi hati dengan baik. Namun
lakukan larian anak dan bukannya larian pecut.
Bersenam mengikut kemampuan diri. Jangan lupa regangkan otot dulu untuk elak kecedaraan atau kesakitan lepas bersenam.
IKLAN
Menari
Menari dikira sebagai senaman yang baik untuk anda merangsang penghasilan hemoglobin. Apakah lagi menari merupakan senaman aerobik yang menyeronokkan.
Konsep bersenam sambil menari ini boleh dipelbagaikan seperti salsa, zumba dan lain-lain.
IKLAN
Asalkan anda melakukan pergerakan, ia boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah serta hemoglobin darah.
Berbasikal
Berbasikal pun boleh bantu naikkan bacaan Hb. Cuma anda perlu berhati-hati ketika mengayuh basikal. Jika ada masa, bolehlah jatuh basikal di setiap petang di keliling rumah dalam 10 – 15 minit setiap hari.
Berenang
Renang merupakan senaman paling selamat untuk ibu hamil. Ia adalah senaman yang rendah impaknya.
Sambil berenang untuk naikkan bacaan Hb, anda juga membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut yang makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.
Selain itu, ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan beberapa masalah yang ada di antaranya serius. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.
1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkung. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.
Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan bayi dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.
2. Pedih Pada Badan
Keadaan pedih pada badan itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.
3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi badan ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.
Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.
Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.
4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.
5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.
Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Berdiri terlalu lama memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut bertumit rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral
6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke bayi, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.
Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.
Mengapa Selalu Panas? Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.
Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alami untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.
Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.
Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.
Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung. Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen, tenaga dan nutrisi daripada ibu melalui tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula akan disalurkan semula ke uri. Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital menjelaskan tentang hal ini.
Kedudukan uri semasa kehamilan merupakan satu proses yang spontan dan rawak. Pada peringkat awal kehamilan, kebanyakan uri akan mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna cerah dalam imej ultrasound. Kedudukan sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, rahim akan mengembang dan kedudukan uri akan dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Kedudukan uri boleh dibahagikan kepada bahagian depan (anterior), belakang (posterior) atau di sisi rahim (lateral). Ultrasound perlu dilakukan, lebih-lebih lagi pada pertengahan trimester (dalam 16 minggu) untuk menentukan kedudukan uri.
Mengikut RCOG Guideline 2018, uri yang menutupi bahagian dalam pangkal rahim dikenali sebagai placenta praevia. Walau bagaimanapun, sekiranya ultrasound dilakukan pada awal kandungan dalam 16 minggu, istilah uri rendah atau uri bawah (low lying placenta) lebih biasa digunakan kerana ada kebarangkalian uri tersebut akan ditarik naik pada 32 minggu. Jarak uri yang terlampau dekat dengan pangkal rahim turut dinamakan uri bawah atau uri rendah. Selalunya jarak yang digunakan adalah kurang 2cm.
Ultrasound lanjutan perlu dilakukan pada 32 minggu untuk menentukan bahawa uri kekal di bawah (placenta praevia) atau tidak. Kadang kala ultrasound dari bawah melalui faraj (trans-vaginal scan) perlu dilakukan untuk melihat dan mengukur dengan lebih tepat kedudukan uri. Jangan risau, trans-vaginal scan adalah selamat semasa mengandung!
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat, bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Ada juga doktor gemar membahagikan placenta praevia kepada 2 kumpulan iaitu placenta praevia major dan minor.
Sekiranya minor, ibu berpeluang untuk mencuba melahirkan anak secara normal. Ibu yang mengalami keadaan ini perlu mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang keadaan dirinya.
Risiko kes placenta praevia adalah ia boleh mengakibatkan pendarahan. Keadaan ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 32 minggu. Ini adalah kerana ibu akan mengalami braxton hicks dan kemudian tanda-tanda bersalin yang mengakibatkan pembukaan pangkal rahim di mana letaknya kedudukan uri. Kadang-kala tanpa tanda-tanda bersalin, ibu mengalami pendarahan dengan tiba-tiba.
Pendarahan yang berterusan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. Oleh sebab itu, kebanyakan kes placenta praevia major, si ibu dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga tarikh pembedahan. Ini adalah kerana sekiranya berlaku pendarahan semasa berada di hospital, ibu dan bayi mempunyai peluang yang cerah untuk selamat. Pembedahan akan dilakukan segera dengan darah yang telah tersedia jika perlu untuk pembedahan.
Doktor akan berusaha mengeluarkan bayi dan uri; dan pada masa yang sama memberhentikan pendarahan secepat mungkin. Hanya beberapa minit ibu boleh kehilangan banyak darah. Pada keadaan kritikal ini, doktor sakit puan akan bekerjasama dengan doktor bius untuk memastikan keadaan ibu stabil.
Disebabkan oleh itu, ibu tidak dibenarkan untuk mengurut cara tradisional atau bukan tradisional kerana takut berlaku pendarahan. Nyawa ibu boleh terancam dan bayi dalam kandungan boleh maut bila pendarahan berlaku. Sekiranya ibu kurang faham atau kurang percaya, dapatkan pendapat dari beberapa doktor yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Abu Sufyan buat pertama kalinya berkongsi sekeping potret keluarga menerusi laman instagramnya semalam.
Dia turut mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan berita kehamilan isterinya, Ain Afini yang kini mencecah usia kandungan 6 bulan.
“InshaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit”
Di turut mendoakan agar keluarga kecilnya sentiasa dalam lindungan Allah.
“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak.”
“Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun.”
“Meredhai segala keputusan si suami. Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anak mu.”
Abu dan Ain dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Adam Aysar, 3 tahun dan Aryan ‘Afi 1 tahun 5 bulan.