Sensori beg rangsang motor halus bayi. Ia juga elok diberikan kepada bayi kerana dikatakan boleh meningkatkan penguasaan skil kognitif. Diy buat sendiri sensori beg untuk anak, idea yang menjimatkan!

Beg sensori adalah mainan yang mama dan papa boleh DIY sendiri untuk bayi. Mudah cara membuatnya. Paling mustahak, pastikan plastik yang digunakan tebal dan tidak mudah tertembus dan menyebabkan bahan-bahannya terkeluar.

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

4 KELEBIHAN BEG SENSORI KEPADA BAYI

1)Belajar melalui deria membantu bayi mengembangkan kemahiran mengelaskan dan mengkategorikan.

2)Menggalakkan perkembangan otak. Penyelidikan menunjukkan bahawa mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.

3)Mainan sensori menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah.

4)Ia baik untuk pembangunan kemahiran motor halus. Ini kerana lebih banyak peluang mereka kanak-kanak menggunakan tangan, lebih mahir untuk memanipulasi dan mengendali objek yang lebih kecil.

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

 

CARA DIY BEG SENSORI

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

IKLAN

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

  1. Manik kecil
  2. Objek kecil pelbagai warna dan tekstur
  3. Getah rambut bayi bersaiz kecil pelbagai warna
  4. Gel rambut atau gel aloe vera yang jernih
  5. Beg plastik zip yang tebal
  6. Pita pelekat selofan
  7. Pita pelekat jenis tebal
  8. Gunting

LANGKAH 1

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Masukkan manik ke dalam beg plastik berzip.

LANGKAH 2

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Masukan pula getah rambut bayi bersaiz kecil. Anda juga boleh menggunakan pompom pelbagai warna.

 

IKLAN

LANGKAH 3

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Tuangkan gel rambut atau gel aloe vera yang jernih ke dalam plastik. Tuang berhati-hati, elakkan daripada tertumpah dan sememeh.

LANGKAH 4

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Pastikan anda ratakan objek di dalam beg tersebut.

LANGKAH 5

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

IKLAN

Zipkan beg tersebut supaya bahan-bahan tidak tertumpah. Pastika anda mencuci atau mengelap sekiranya ada tumpahan.

Bagi anda yang khuatir plastik akan tertembus, boleh gunakan dua beg plastik. Lapiskan satu lagi pada bahagian luar.

LANGKAH 6

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Pastikan anda memasang pita pelekat selofan diikuti pita pelekat tebal pada sekeliling beg sensori.

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Ok, akhirnya beg ini sudah siap.


PELBAGAIKAN JENIS BEG SENSORI

Mama dan papa bolehlah berikan kepada bayi untuk bermain dan menerokai. Selain itu, anda boleh mempelbagaikan isi dalam beg sensori berikut;

  1. Biji labu dan sedikit isinya dihancurkan. Jari-jari kecil si manja akan cuba untuk memegang biji labu.
  2. Letakkan abjad-abjad lembut dan jeli. Pastikan beg plastik tidak mudah tembus.
  3. Letakkan warna warni dan objek berkilat menarik minat si manja. Kertas pembalut hadiah yang berkilat boleh dipotong kecil dan diletakkan dalam jeli beg sensori.
  4. Isikan dengan manik dan lekatkan pada pintu sliding rumah. tentu si manja suka! Boleh kuatkan pergelangan tangannya! Tapi pastikan anda menggunakan plastik digunakan tebal!
  5. Gunakan jeli dan isikan dengan labuci berwarna-warni. Tampalkan pada lantai untuk aktiviti si manja meniarap.

Sensori Beg Rangsang Motor Halus & Penguasaan Skil Kognitif. DIY Buat Sendiri Sensori Beg Untuk Anak, Idea Jimat! 

Walau apa pun, elakkan daripada meninggakan bayi berseorangan ketika bermain dengan beg sensori untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI