Menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama dengan Jep Sepahtu, Sari Yanti dilihat begitu berseri-seri. Menariknya juga Sari Yanti telah diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya dalam satu majlis baby shower baru-baru ini.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Sari Yanti cukup terharu diraikan dalam majlis tersebut dan berharap urusan bersalinnya nanti dipermudahkan.
“Assalammualaikum. Terima kasih cousins, sisters, and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought.
“Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.
“Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat sahabat baik, adik beradik dan cousins,” tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Sari Yanti dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.
Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
Sumber: Instagram sariyanti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Ketuban Ibu Kurang Mungkin Sebab Bayi Ada Masalah Buah Pinggang & Saluran Kencing
Air ketuban kurang boleh menjejaskan kehamilan. Ia hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan. Apakah kemudaratan yang boleh terjadi dan adakah ia boleh diatasi?
Ia hanya berlaku kepada kira-kira 4% kehamilan. Oligohidramnios berlaku pada enam bulan pertama kehamilan , ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.
Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre menjelaskan air ketuban kurang atau oligohidramnios ialah keadaan di mana air ketuban yang kurang daripada paras indeks AFI kurang daripada 5sm.
4 KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU JIKA AIR KETUBAN SEDIKIT
Ibu perlu memahami keadaan yang dialaminya ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan janin.
-Tekanan kepada organ janin (yang berusia 20 minggu ke bawah) di mana pembentukan janin tidak normal seperti paru-paru tidak matang/ kembang, cacat anggota badan, keguguran dan bayi meninggal dalam kandungan.
-Kecacatan pada bayi iaitu pertumbuhan janin terbantut, bersalin awal atau pramatang, masalah kesukaran bernafas atau respiratory distress syndrome pada bayi serta pendarahan otak.
-Akan berlaku komplikasi semasa bersalin di mana berlaku himpitan pada tali pusat di mana menyebabkan aliran darah dan oksigen tidak lancar dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
-Ia juga boleh menyebabkan aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sendiri.
Air ketuban sedikit juga boleh meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan.
6 PUNCA OLIGOHIDRAMNIOS
1)Gangguan genetik
Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses air ketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.
2)Plasenta tidak berfungsi baik
Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.
3)Air ketuban bocor
Selaput ketuban bocor juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia selalunya berlaku semasa proses bersalin (in labor) atau ketika kandungan berusia sembilan bulan ke atas.
4)Tekanan darah tinggi
Pra eklampsia atau kencing kotor juga boleh menyebabkan sawan kepada ibu. Pra eklampsia menyebabkan ditandai dengan sakit kepala, loya, penglihatan yang kabur dan sakit ulu hati. Ia hanya boleh terjadi selepas usia kehamilan lima bulan (20 minggu) ke atas apabila uri mula terbentuk.
5)Overdue
Apabila kandungan melebihi 40 minggu lebih , fungsi plasenta mula menurun. Dengan ini air ketuban akan menjadi sedikit.
6)Komplikasi kesihatan ibu
Ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan juga boleh menyebabkan penghasilan air ketuban yang kurang. Antaranya ialah pra eklampsia, diabetes dan tekanan darah tinggi.
APA YANG IBU BOLEH BUAT?
Apa yang perlu dilakukan oleh mama ialah cuba untuk tidak panik apabila dimaklumkan air ketuban makin berkurangan. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh mama ialah;
-Membuat pemeriksaan imbasan pada janin lebih kerap bagi memeriksa sekiranya ada kecacatan pada bayi.
-Cuba mengawal tekanan darah supaya pada paras yang normal dan tidak meningkat menerusi kawalan pemakanan, pengurusan emosi dan sebagainya.
-Mengelakkan dehidrasi dengan minum lebih banyak air iaitu kira-kira 1.5 hingga 2liter sehari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Sampai Tarikh Tapi Tak Bersalin Lagi, Tepat Ke Due Date? Doktor Berikan Pencerahan!
Bila due date nak bersalin ni? Selalu sangat kita dengar pertanyaan ini bila berborak dengan ibu hamil. Soalnya tepatkah due date yang diberikan oleh doktor dan sejauh mana ketepatan kelahirannya?
Dr Muhammad Izzat Abd Razak, berkongsi fakta mengenai tarikh yang ditunggu-tunggu ibu hamil.
Sejauh mana tepatnya ‘Due Date’?
Estimated date of delivery (EDD) jarang tepat. Sebenarnya, hanya 4% baby yang lahir pada tarikh EDD-kurang 1 in 20.
Walaubagaimanapun, EDD ni dapat memberikan gambaran secara kasar pada parents bila anak mereka ni keluar and the most important thing pada doktor yang merawat boleh define a metric of care untuk mak-mak ni.
Contohnya; bila saya boleh lakukan first trimester screening, bila nak buat detail scan, bila mak mak kena minum air gula, bila nak repeat Hb, bila nak bersalin kalau ada GDM, etc. Senang cite ada time frame guna EDD ni.
Baby boleh keluar bebila masa pada tempoh matang. Bermakna 37 minggu dan ke atas.
60% mothers akan bersalin 1 minggu awal atau 1 minggu pass EDD
90% mothers pula akan bersalin 2 minggu awal atau 2 minggu pass EDD
Gelaran ‘due date’ tu sebenarnya misleading dan tak tepat. Kita sepatutnya guna Estimated Date of Delivery (EDD)
Disebabkan ‘due date’ ni banyak mothers ghisau tak semena-semena mengenangkan dia tak bersalin-bersalin lagi bila nak menghampiri EDD.
Ada yang tak sabar-sabar dan nak suruh saya induce sebab tak bersalin lagi.
Ingat, EDD adalah hanya sekadar tarikh, which helps us to determine the other milestone in pregnancy.
Menarik: 10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang Je, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri!
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Mengandung Nak Vaksin, Jangan Teragak-Agak. Ambillah Sebagai Ikhtiar Lindungi Diri!
Memandangkan ibu hamil berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, ramai yang mulai risau dengan keadaan sekarang ini. Seorang demi seorang ibu hamil pergi dengan mudah di saat suami dan anak-anak masih memerlukan.
Bagaimanapun, terdapat kekeliruan kerana ramai ibu hamil masih ragu-ragu mengenai vaksinasi ini boleh diambil ketika usia kandungan berapa minggu. Masih sesuai lagi ke ambil walaupun dah nak dekat due.
Bukan itu saja, ada juga yang risau nak vaksin kerana fikirkan kesan sampingan pada bayi. Bagi menjawab persoalan ini, Pakar Perubatan Reproduktif & Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Murizah Mohd Zain ada penjelasannya.
ARTIKEL BERKENAAN [Ibu Hamil Dijangkiti Covid, Kemungkinan Masuk ICU & Bersalin Awal 2 Kali Ganda!]
Ramai yang bertanya saya tentang timing vaccination pada wanita hamil. Kenapa selepas 14 minggu kehamilan? Kenapa sehingga 33 minggu?
Berikut adalah beberapa fakta:
1. Trimester pertama iaitu sehingga 13 minggu kehamilan ialah peringkat organogenesis iaitu peringkat pembentukan organ-organ bayi. Kita sangat berhati hati dalam memberi ubat-ubat pada fasa ini kerana tidak mahu mengganggu pembentukan bayi.
ARTIKEL BERKAITAN [Masa Awal Covid Dulu, Bolehlah Cakap ‘Baby PKP’. Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya!]
2. Vaksinasi covid 19 adalah selamat. Setakat data yang ada dari USA, tidak ada yang menunjukkan vaksin boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi.
3. Jangkitan covid 19 yg teruk lebih sering terjadi pada pertengahan ke hujung trimester ke 2 dan trimester ke 3
4. Jika kita berada pada situasi di mana Covid masih aman, seseorang wanita itu boleh memilih utk vaksin selepas usia kehamilan melebihi 12 minggu
5. Namun jika wanita berada di negeri yang jangkitan Covid 19 berada pada tahap yg kritikal, mereka boleh memilih utk diberikan vaksin secepat mungkin.
Untuk rakyat negeri kesayangan saya, Kedah Darul Aman yang Covid 19 tengah mencanak dan bakal menduduki tangga ke 2 di Malaysia, saya menyarankan semua wanita hamil jangan takut. Ambil sahaja vaksin tanpa mengira trimester. Anda sudah tergolong sebagai kumpulan berisiko tinggi.
Kredit: Dr Murizah Mohd Zain
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI