Menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama dengan Jep Sepahtu, Sari Yanti dilihat begitu berseri-seri. Menariknya juga Sari Yanti telah diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya dalam satu majlis baby shower baru-baru ini.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Sari Yanti cukup terharu diraikan dalam majlis tersebut dan berharap urusan bersalinnya nanti dipermudahkan.
“Assalammualaikum. Terima kasih cousins, sisters, and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought.
“Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.
“Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat sahabat baik, adik beradik dan cousins,” tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Sari Yanti dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.
Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
Sumber: Instagram sariyanti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Main-Main Denggi Masa Hamil! Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan
Denggi adalah wabak berbahaya, apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil. Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan (pramatang) atau kematian janin dalam kandungan.
Denggi diakibatkan oleh gigitan nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti. Demam denggi selalunya akan ditandai dengan simptom seperti demam, sakit sendi dan otot, timbulnya ruam,loya dan muntah, sakit kepala/ pening dan sakit di belakang mata.
Ia tidak memilih mangsa dan wanita hamil juga berpotensi untuk dijangkiti. Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga berkongsi pengalamannya mengendalikan kes wanita hamil yang mengalami jangkitan denggi.
Keengganan untuk dimasukkan ke wad penjagaan intensif (ICU) untuk diberikan rawatan & dipantau sedikit sahaja lagi boleh menyebabkan kematian. Berikut ialah perkongsian beliau;
PESAKIT ENGGAN DIMASUKKAN KE DALAM WAD SEDANGKAN DENGGINYA KRITIKAL
DENGGI SEMASA HAMIL SANGAT BAHAYA, ANCAM NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN
Dr Sakinah juga berkongsi bahawa demam denggi pada wanita hamil sangat bahaya dan perlu dipantau rapi. Dia dianggap kes kecemasan dan perlu dimasukkan ke wad untuk memantau paras bacaan beberapa komponen penting seperti platelet dan sebagainya.
Lebih mencemaskan lagi, bayi dalam kandungan sedang dalam risiko bahaya di mana risiko stillbirth (lahir tanpa nyawa selepas usia 20 minggu atau berat lebih 500gm). Bayi juga mungkin selamat tapi berisiko untuk dilahirkan pramatang.
DOKTOR & JURURAWAT TIDAK HENTI MEMUJUK DEMI KESELAMATAN IBU & BAYI
Dalam kes yang dikongsikan, pesakit berkenaan enggan dimasukkan ke wad. Namun pasukan perubatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat terus memujuk pesakit ke hospital, malah bersiap sedia dengan ambulans kerana bimbangkan keadaan pesakit. Namun akhirnya pesakit akur dan mengikuti ke hospital.
TIDAK MAMPU TIDUR LENA HINGGA PESAKIT DIMASUKKAN KE WAD ICU
Komitmen kepada tugas menyebabkan Dr Sakinah tidak dapat melelapkan mata sehingga pesakit berkenaan dimasukkan ke wad bagi memulakan rawatan. Kesabaran team perubatan tepat pada masanya dan ketika dimasukkan ke wad ibu berkenaan sudah pun mengalami komplikasi sesak nafas akinat air sudah memasuki paru-paru.
LEBAM KERANA PLATELET TERLALU RENDAH
Setelah stabil dan dibenarkan pulang, Dr Sakinah mendapati wanita berkenaan mengalami lebam-lebam di badan yang menandakan berlakunya pendarahan kerana paras platelet dalam darahnya sangat rendah.
DENGGI BAHAYA. ANDAI KATA DINASIHATKAN UNTUK MASUK WAD, BERIKAN KERJASAMA
Sumber: Sakinah Sulong
Artikel berkaitan: [Kalau Anak Sakit & Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital. Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut!]
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Scan Nampak Satu..” Teman Dr Halina Check Up, Dr Sheikh Berseloroh Kembar Next Time
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sentiasa menjadi perhatian ramai terutama dalam mendidik anak-anaknya. Malah khabar gembira mengenai kehamilan ketujuh Dr Halina juga buatkan semua orang kagum dengan pasangan suami isteri ini.
Terkini menerusi satu video yang dikongsikan di instagram Dr Sheikh Muszaphar, beliau menunjukkan momen isterinya sedang membuat pemeriksaan kehamilan bersama Pakar Obstetrik, Dr Imelda Balchin.
Menurut Dr sheikh Muszaphar, usia kandungan Dr Halina dah memasuki 10 minggu. Namun memandangkan Dr Halina kini mengandung di usia 42 tahun, risiko dan komplikasi lebih tinggi untuk ibu dan bayi.
Disebabkan itu, Dr Sheikh dan Dr Halina bersepakat untuk membuat pemeriksaan dengan Dr Imelda yang sememangnya dikenali antara pakar terbaik.
“Pemantauan secara terperinci perlu dilakukan selain untuk mengetahui apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang kehamilan di usia 40-an ini.
“Penjagaan pemakanan sangat penting untuk pastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, senaman semasa hamil juga satu kemestian dan perlu dijadikan rutin.
“Ini kerana kebanyakan ibu hamil, masalah diabetes dan hipertensi adalah komplikasi yang biasa berlaku dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan masalah lain,” kongsinya.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi, melalui hasil pemeriksaan kandungan, bayi berada dalam keadaan baik dan jantungnya juga kuat.
“Mommy perlu kuat dan daddy juga akan kuat untuk bantu apa yang patut terutama dalam menguruskan enam anak.
“Awak rehat ye sayang, masih jauh lagi perjalanan kerana kalau ikutkan due date pada 22 Julai. Sekarang rehat secukupnya. Segala alahan pasti akan jadi lebih baik. Nanti loya dan muntah akan beransur hilang.
“Di kesempatan ini nak ucapakan juga Selamat Hari Lahir buat Dr Halina hari ini (28 Disember).
“Ibu kepada anak-anak saya, tonggak kekuatan saya. Segala-galanya bagiku, semoga kita tua bersama. Till Jannah,” titipnya.
Dalam pada itu, Dr Sheikh juga turut memberitahu setakat ini hasil scan yang dilakukan, bayi dalam kandungan Dr Halina bukan kembar. Belia juga sempat berseloroh mungkin akan dapat anak kembar pada masa akan datang.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Kredit: IG Dr Sheikh Muszaphar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Terjaga Dari Tidur & Muntah Atas Katil” Ayda Jebat Alah Teruk Di Awal Kehamilan!
Fasa-fasa awal kehamilan sememangnya begitu mendebarkan. Mana tidaknya, kandungan yang masih lagi tidak stabil memerlukan sokongan yang kuat untuk meneruskan kehamilan hingga sembilan bulan. Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat juga tidak ketinggalan melalui hal yang sama di awal kehamilannya.
Baru saja mengumumkan kehamilannya sulungnya baru-baru ini, Ayda mengakui, fasa terawal kehamilannya begitu sukar dilalui. Malah kata Ayda lagi, dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja.
Kata Ayda, pada usia kandungannya dua bulan, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.
” Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual saya sebaik disahkan hamil.
“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan,” kongsinya.
Bukan hanya pendarahan dek tekanan kerja, bahkan kata Ayda lagi dia juga berdepan alahan yang teruk ketika diawalnya.
” Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil.
“Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” kongsinya lagi.
Semoga kehamilan Ayda dipermudahkan hingga detik melahirkan. Ayda dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober depan.
Artikel berkaitan: Our Junior Is Coming, Ayda Jebat Sah Hamil, Mohon Doa Ramai Supaya Kandungan Selamat
Malah Ayda dan Nabil juga sepakat merahsiakan jantina bayi mereka sehingga majlis pengumuman istimewa nanti.
Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Media Hiburan & @aydajebat, @nabilmahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI