Ibu bapa yang menyeronokkan ialah ibu bapa yang berkomunikasi secara positif dengan anak-anak. Anak-anak tidak perlu takut atau malu untuk bercakap dengan ibu bapa. Tidak kira bagaimana sukar sekali pun isu atau mereka telah membuat sesuatu kesilapan, mereka tidak perlu ada perasaan takut bahawa kita akan membenci mereka. Cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka mestilah ikhlas dan tanpa syarat. Anak-anak perlu tahu bahawa kita sentiasa menyayangi mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

Sebagai ibu bapa, kita wajar berkomunikasi secara positif dengan anak-anak untuk mewujudkan hubungan mesra dengan mereka. Adalah diharapkan dengan hubungan yang mesra ini akan menghidupkan rasa kepercayaan dan rasa seronok anak-anak kepada kita.

Komunikasi yang dimaksudkan bukan hanya ketika anak-anak ada masalah tetapi ia adalah interaksi seharian di mana kita berbalas senyuman, mengucapkan perkataan yang baik, ketawa bersama, bercerita, makan bersama-sama dan sebagainya.

Setiap Hari Pastikan Ucap Sayang Pada Anak. Nampak Macam Biasa Tapi Kesannya Luar Biasa

IKLAN

Perkara yang utama adalah kita meletakkan masa dan tenaga supaya anak-anak tahu bahawa mereka penting dalam hidup kita. Ini adalah beberapa contoh yang kita boleh lakukan untuk menwujudkan komunikasi positif dengan anak-anak.

  • Berbual dan berbincang dengan anak setiap hari walaupun ia hanya untuk beberapa minit.
  • Mendengar dan cuba memahami apa yang diperkatakan oleh anak-anak tanpa cepat membuat kesimpulan.
  • Meletakkan telefonbimbit, matikan komputer pada waktu kita bersama dengan anak-anak.
  • Bercakap dengan anak menggunakan nada dan kata-kata yang kita ingin orang lain gunakan ketika bercakap dengan kita.
  • Menyatakan kasih sayang dan cinta kita setiap hari, tidak kira bagaimana sukar dan letihnya kita pada hari tersebut.

Kita sedar bahawa akan berlaku juga hari-hari yang situasi tidak begitu ceria, masalah datang secara tiba-tiba dan anak-anak pula membuat tingkah laku yang mencabar kesabaran kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita telah cuba yang terbaik untuk berkomunikasi dengan anak-anak secara positif.

IKLAN

Sumber: ibubapacemerlang

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI