Bukan mudah mengandungkan anak kembar, apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil. Bagi penyanyi Ainan Tasneem, kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga-jaga.
Katanya menerusi instagram miliknya, dek kerana kandungannya yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan ditambah dengan kandungan yang semakin sarat, dia mula merasa sakit pinggang dan belakang tubuhnya.
“Disebabkan twins makin membesar, perut pun makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi-lagi dekat pelvis area.
“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang,” katanya berkongsi.
Disebabkan itu, Ainan terpaksa mengenakan tali pinggang sokongan khas buat ibu hamil untuk menyokong berat kandungannya. Dan kini barulah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini rasa makin lega dan selesa.
“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt ni. Sangat membantu.
Ads
“Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yang tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pun jadi mudah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan di instagram, Ainan rupanya sudah pun menyiapkan pakaian dan kelengkapan lain untuk bayi kembarnya yang bakal lahir kelak.
Ads
“Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready, Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi gambar pakaian buat bayi kembarnya. Semuanya sudah siap disusun cantik di rak pakaian.
Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.
Sarat hamil lapan bulan, pelakon Nadya Syahera yang disahkan positif Covid-19 meluahkan kebimbangan lebih-lebih lagi anak dalam kandungan yang bakal dilahirkan bulan hadapan.
Pun begitu kata Nadya, dia bersyukur kerana keadaan dirinya kini dalam keadaan baik. Begitu juga dengan bayi di dalam kandungan.
Menerusi Instagramnya, Nadya juga bersyukur dia tidak mengalami simptom teruk malah mengharapkan virus jahat ini tidak mengganggu paru-paru dan menjejaskan kandungannya.
“Bila dia mengkehendaki maka terjadilah. Saya redha.
“Doakan segala urusan saya sekeluarga dipermudahkan dan doakan juga buat bayi kecil didalam rahimku. Semoga segalanya dibawah lindunganNya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu menurut kata Nadya lagi, semuanya bermula selepas kedua anaknya, Mamad dan Aleena demam. Begitu juga dengan suaminya.
“Bermula minggu lepas dengan Mamad batuk-batuk, lepas tu Fizul demam batuk berkahak. Alena pula demam dan last sekali i demam.
“Buat selftest beberapa kali result negatif. Tapi tadi tergerak hati ajak Fizul pergi swab test di klinik. I buat RTK je sebab takde symptom teruk. Dukacita result RTK i adalah positif. Terkejut dan blurr. Tapi i redha.
” I risaukan anak-anak je. Mamad dan Aleena still on off demam dan kebetulan dorang sekarang dekat rumah ipar I. Semoga Allah lindungi mereka,” kongsinya lagi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia begitu risaukan kandungannya yang sudah masuk lapan bulan.
” Saya sangat risau sekarang ini memandangkan sekarang tengah hamil. Usia kandungan saya hampir lapan bulan.
“Semoga tiada simptom yang teruk dan saya harap tidak mengganggu paru-paru yang boleh memberi kesan pada diri sendiri dan anak dalam kandungan.
“Saya hanya minum air lemon dan air kelapa sahaja. Hendak amalkan sebarang petua atau ubat saya takut anak terkesan,” kongsinya lagi yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian!
Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya.
Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Lebih buruk jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Ini bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil. Hyperemesis Gravidarum merupakan keadaan di mana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Anda muntahkan kesemua yang dimakan ataupun diminum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa.
Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. Hyperemesis Gravidarum berlaku bermula dari awal kehamilan, di antara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin sedikit berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan.
Dalam beberapa kes, Hyperemesis Gravidarum mungkin berlarutan sehingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20 peratus wanita hamil mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka. Hyperemesis Gravidarum yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan.
ALAHAN MENGANDUNG VS HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Jika anda mengalami Hyperemesis Gravidarum, mengubati sendiri tidak membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Walau pun muntah berlebihan yang dialami tidak memberikan kesan penurunan berat badan mendadak, sebaik-baiknya dapatkan rawatan untuk alahan mengandung.
Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan Hyperemesis Gravidarum daripada semakin buruk, di samping mengurangkan simptom-simptomnya.
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam juga berkemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
FAHAMI RISIKO IBU YANG KEHILANGAN BERAT BADAN AKIBAT HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Bayi berisiko tinggi untuk lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat sepanjang kehamilan, terutama ketika trimester pertama. Dapatkan konsultasi dan preskripsi daripada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan anti-alahan ketika hamil.
Kesannya pada ibu pula lebih kepada aspek psikologi. Ibu hamil yang mengalami muntah keterlaluan memberi pengalaman sukar pada mereka. Tubuh badan lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
Keadaan sukar akibat Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mereka lebih senang bersendirian memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
Masalah Hyperemesis Gravidarum yang berlarutan dalam tempoh yang lama juga menyebabkan wanita hamil sukar untuk mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna. Aktiviti mudah dilakukan sebelum ini seperti mandi, memandu ataupun membeli barangan dapur juga seolah-olah amat sukar untuk dilakukan.
TIP KURANGKAN KESAN HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Terdapat 9 langkah yang boleh diambil wanita hamil bagi membantu melalui Hyperemesis Gravidarum iaitu:
Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda.
Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya
Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membeli barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah.
Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau ‘bau dapur’ menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan.
Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga.
Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan Hyperemesis Gravidarum semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat.
Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat Hyperemesis Gravidarum akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk.
Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan sekerja atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki anak! Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa terharunya selepas menerima cenderahati berupaya wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas mengetahui dirinya hamil.
Ujar Uyaina lagi, wang itu diberikan kepadanya sewaktu menerima kunjungan Diraja itu ke Media Prima semalam.
Bersyukur dengan pemberian tanpa disangka itu, kata Uyaina, dia mahu menyimpannya sebagai tanda kenangan.
“Raja Permaisuri Agong bagi saya duit sebab mengandung. Nak simpanlah duit ini. Jadikan ibu duit supaya duit baby saya boleh beranak pinak nanti,” ujarnya.
Bahkan Uyaina juga turut memuji sikap mesra Permaisuri malah sudi berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
“Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang saya mengandung.
“Masya-Allah rezeki baby Alhamdulillah. Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungannya. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah,” ujarnya.
Terdahulu, pada penghujung Disember lalu, Uyaina mengumumkan dia kini sedang hamil anak keduanya bersama suami, Raja Syahiran. Uyaina dan Syahiran dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...