Periuk, bekas makanan, bakul kain, tisu & bedak adalah barangan yang selalu menjadi tumpuan bayi. Nak tahu kenapa? Ini mungkin puncanya

Bayi anda dan pandai menerokai rumah. Kebolehan merangkak dan menyusur (cruising) di dalam rumah membantu penerokaan ini. Ada-ada sahaja objek dalam rumah yang digemari selain mainan. Periuk belanga, bekas makanan, kain kotor, tisu dan bedak juga tidak terkecuali. Pantang lepa sekejap habislah dikerjakannya!

Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya

Pelik juga, dalam banyak objek yang ada di rumah, si kecil tertarik dengan barang-barang ini. Mama papa perlu tahu tarikan kepada ojek-objek ini berkait rapat dengan perkembangan visual dan sensori bayi.

PERALATAN DAPUR

KENAPA BAYI SUKAKANNYA?

Perkakas dapur seperti sudu, senduk, periuk, kuali adalah antara yang diminati si kecil. Ia menggalakkan bayi untuk memegang dan mennyentuh pelbagai jenis tekstur dan material. Anda boleh berikan bayi bermain dengan senduk kayu pengadun, besen plastik dan cawan plastik asalkan ia tidak berbahaya. Elakkan memberikan perkakas kaca, logam atau seramik yang menyebabkan ia mudah pecah dan membahayakan. Bayi juga sebenarnya meniru aksi anda memasak. Dia akan menyukai apa sahaja objek yang kerap anda guna.

IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…

Bayi tidak sepatutnya didedahkan dengan peralatan yang boleh mengundang bahaya seperti kuali dan periuk yang selalunya akan berada di atas dapur kerana mereka mungkin akan menganggap ia tidak bahaya untuk disentuh tetapi hakikatnya panas. Ia boleh menimbulkan masalah suatu hari nanti bila anda meletakkan periuk atau kuali panas,  bayi mungkin akan menyentuhnya kerana menyangka ia tidak berbahaya.

Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya

IKLAN

BEKAS MAKANAN

Bekas pek makanan memang disukai seperti bekas herba, gula dan garam yang kecil. Tidak ketinggalan bekas kerepek kentang atau tin biskut dan botol air mineral yang kosong. Ia adalah alat permainan yang boleh menghasilkan bunyi! Ini memang kesukaan bayi.

IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…

Cuma ia berisiko untuk terbuka dan tumpah. Harap apabila beks terbuka, isi bekas tidak menyebabkan bayi tercekik atau alergik.

BAKUL KAIN

Kain dalam bakul sama ada yang bersih atau kotor ialah suatu permainan yang berpotensi bagi bayi. Dia boleh merangkak ke atasnya atau menarik satu persatu keluar daripada bakul. Ia adalah satu aktivitisensori yang menyeronokkan

IKLAN

IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…

Cuma ia berbahaya sekiranya kain tersebut kotor yang dicemari bakteria dan cecair badan . Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya

TISU

Ini juga salah satu objek ‘berhantu’ yang disukai bayi. Mereka suka menarik keluar tisu satu persatu hingga habis. Ada bayi yang memakan tisu atau mengoyakkannya. Bayi tertarik kepada tisu kerana ia ada elemen kejutan. Bila tisu ditarik, ada lagi yang keluar, ini menyeronokkan!

IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…

IKLAN

Pantau agar si manja tidak memasukkan tisu ke dalam mulut kerana ia boleh menyebabkan bayitercekik.

BEDAK, LOSEN & PRODUK PENJAGAAN DIRI

Bedak dan losen adalah antara objek kesukaan bayi. Apa sahaja bekas yang mempunyai pam, tiub atau tempat buka akan menarik perhatiannya. Apabila dituang atau ditekan isinya keluar dan ini akan menyebabkan bayi suka sangat!

IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…

Cuma yang bahayanya ialah apabila penutupnya dibuka dan isinya dimasukkan ke dalam mulut. Bimbang sekiranya isinya berbahaya seperti minyak telon dan ubat-ubatan yang menyebabkan keracunan.

BAYI MENEROKAI PERLU DIPANTAU

Apa yang penting, ibu bapa perlu memantau pergerakan bayi. Pada usia empat hingga lapan bulan, mereka akan memasukkan objek ke dalam mulut terlebih untuk merasa teksturnya. Ini mungkin akan menimbulkan bahaya sekiranya berlaku di luar pemantauan orang dewasa.

 Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya

Anda juga boleh membaca tentang obsesi bayi kepada alat kawalan jauh, kunci dan telefon di sini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI