Papa, ayah, daddy, baba, bapak-walau apa pun panggilannya, seorang bapa adalah watak penting dalam sebuah keluarga . Seorang bapa selebriti tentu menjadi perhatian para peminat. Interaksi, aktiviti dan belaian kasih sayang, itulah yang diberikan kepada anak. Pa&Ma kali ini menampilkan 5 selebriti hot yang kini menjadi papa yang penyayang.

SAHARUL RIDZWAN

Aktor Shaharul Ridzwan kini menjadi menjadi bapa kepada bayi sulungnya yang gebu bernama Luth Ali. Si montel Ali yang kini berusia enam bulan memanggil Shaharul dengan panggilan Baba. Baru-baru ini Shaharul berkongsi rasa teruja itu menerusi akaun Instagram apabila Ali menyebut nama Allah beberapa kali ketika mendengar azan berkumandang. Saharul memberitahu ketika isterinya hamil, dia pernah berdoa agar perkataan pertama yang keluar daripada mulut anaknya itu adalah nama Allah.

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

HAIRUL AZREEN

Aktor Hairul Azreen, bapa kepada Yusuf Iskandar. Seringkali berkongsi momen-momen beliau bersama Yusuf di laman Instagram. Ia kerap kali melucukan, tak  kering gusi! Kuatnya bonding bapa dan anak ini sejak kecil lagi apabila Hairul mengambil tugas menjaga Yusuf pada waktu malam. Macam-macam aktiviti yang dibuat bersama. Seronoklah Yusuf daddy dia suka melayan!

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

IKLAN

AMAR BAHARIN

Aktor kesayangan ramai, Amar Baharin sudah bergelar bapa kepada si comel Aqeef Anaqi. Amar sangat sayangkan anak sulungnya itu dan kerap berkongsi gambar-gambar beliau bersama. Bukti pengorbanan seorang bapa, Amar juga tidak kekok untuk menghisap keluar hingus Aqeef menggunakan alat khas dan momen tersebut dirakam di dalam Instagram beliau.

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

SHAHEIZY SAM

IKLAN

Aktor Shaheizy Sam bergelar bapa kepada anak lelaki yang cute dan comel, Syeriv Samheizy. Si kecil ini kerap kali muncul di laman Instagram bapaknya itu. Sam juga suka melakukan tugas seorang bapa seperti memberikan susu kepada Syeriv dan bermain dengannya.

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

KEITH FOO

Aktor Keith Foo telah pun menjadi bapa kepada bayi perempuannya, Skylar Raymond Foo. Bayi perempuan yang comel ini kini berusia lapan bulan. Keith banyak berkongsi gambar-gambar Sklylar di laman Instagramnya. Memang betul, a father is a daughter’s first love!

IKLAN

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Siapa 5 Aktor Hot Yang Kini Menjadi Papa Yang Penyayang?

Sumber: Instagram Shahrul Ridzwan, Hairul Azreen, Amar BaharinShaheizy SamKeith Foo 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI