Semua ibu ayah nak anak ‘tip top’ perkembangannya tapi terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Sebenarnya kunci utamanya ibu ayah kena rajin luang masa berkualiti dengan anak.

Berapa ramai daripada kita yang benar-benar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak? Apa sebenarnya aktiviti yang kita buat dengan anak ketika itu? Pejam celik, pejam celik tau-tau si kecil dah semakin membesar dan mahu melangkah ke tadika pula.

Eh, pantasnya masa berlalu. Jangan biarkan masa pergi tanpa sempat kita bagi sesuatu yang berkualiti untuk perkembangan anak. Sudahlah usia 0-6 tahun adalah ‘usia emas’ yang mesti diberi banyak rangsangan positif.

Jom kita perbaiki peranan sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak-anak kita. Semoga dengan masa berkualiti yang kita luangkan dengan anak-anak hari ini akan dapat membuahkan hasil yang membanggakan kita satu hari nanti.

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist), Puan Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa mengenai masa berkualiti untuk anak-anak.

QUALITY-15: TIPS LUANGKAN MASA BERKUALITI UNTUK PANTAU DAN BANTU PERKEMBANGAN ANAK-ANAK.

Ramai pula yang bertanya saya apa itu Q-15?

Q-15 merujuk kepada “QUALITY-15” iaitu 15 minit masa berkualiti yang diluangkan kepada setiap anak, setiap hari.

PENGIRAAN MASA SEHARI

1 hari = 15 minit seorang anak.

Jika seorang anak:

15 minit sehari perlu diluangkan.

IKLAN

Jika 2 orang anak:

15 minit x 2orang

= 30 minit sehari perlu diluangkan untuk 2 orang anak dengan average seorang anak 15 minit masa fokus pada perkembangannya secara individual.

Jika 3 orang anak? Gandakan 3 dan seterusnya.

FLEKSIBILITI UNTUK IBU BAPA SIBUK

Anda boleh gantikan 15 minit hari ini ke esok.

Contoh:

IKLAN

Isnin tak sempat, Selasa luangkan 30 minit (seorang anak).

Jika pada hari bekerja anda tak sempat langsung, dan hanya boleh luangkan 1 hari setiap minggu (cth: Sabtu), kirakan begini:

15 minit x 7 hari: 105 minit (1 jam 45 minit) untuk seorang anak pada hari Sabtu.

Gandakan masa yang perlu diluangkan mengikut bilangan anak.

IBU ATAU BAPA PERLU LUANGKAN?

Simpan Sekejap Sibuk Anda. Nak Anak ‘Tip Top’ Perkembangan, Ibu Ayah Kena Rajin Luang Masa Berkualiti

IKLAN

Anda boleh berbahagi aktiviti bersama ahli keluarga. Tapi, pastikan matlamat target perkembangan anak anda tercapai.

Biasanya aktiviti Q-15 akan dibahagikan kepada 3 tema penting:

  1. Motor kasar
  2. Motor halus
  3. Kognitif/bahasa

Jadi, mungkin ibu ambil 5 minit motor halus, ayah ambil 5 minit motor kasar, dan kedua2 ambil 5 minit masa kognitif/bahasa dengan bercerita bersama pada anak sebelum tidur

Mudah sahaja sebenarnya.

Simpan Sekejap Sibuk Anda. Nak Anak ‘Tip Top’ Perkembangan, Ibu Ayah Kena Rajin Luang Masa BerkualitiPERLU PAKSA DIRI UNTUK PERUNTUKKAN MASA?

JANGAN PAKSA

Pastikan mood anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.

Pastikan mood anak anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.

Melakukan aktiviti dalam keadaan stress tidak akan membantu perkembangan anak anda.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI