Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali bersama anak tersayang.

Pertama kali bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Siti begitu teruja sekali.

Bayangkan perasaan dialami Siti yang 12 tahun menyambut hari raya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Siti Nurhaliza Teruja Nak Pakai Baju Raya Sedondon Dengan Aafiyah Sampai Terlupa Letak Baju Datuk K

Tentu sahaja kehadiran bayi yang comel akan menambah kegembiraan dan kelainan dalam keluarga bahagia Siti dan Datuk K.

Kalau dulu persiapan raya tertumpu pada suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya tetapi kini Siti akui dari awal Ramadan sudah sibuk memikirkan persiapan untuk Aafiyah sahaja.

IKLAN

Lucunya dalam gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Siti  yang teruja untuk berpakaian sedondon dengan si comel pada hari raya sampai terlupa untuk meletakkan  sekali pakaian suami tercinta.

Ibu excited sayang ???? #fisttimemom #babyaafiyah#sampailupanakletakbajuayah ??? @jakeltextile @qudynaziz

IKLAN

Nampak cantik pakaian sedondon ibu dan anak ini. Tentu mereka akan tampil paling menawan di pagi Syawal.

Pelontar vokal lagu Comel Pipi Merah ini memberitahu, sudah menempah empat pasang baju raya yang sedondon dengan anaknya untuk digayakan pada hari raya.

IKLAN

Siti Nurhaliza Teruja Nak Pakai Baju Raya Sedondon Dengan Aafiyah Sampai Terlupa Letak Baju Datuk K

Nampaknya perasaan Siti pun sama seperti ibu lain yang ingin tampil berpakaian sedondon dengan anak di pagi raya.

Selain dari itu, Siti yang menerima banyak hadiah pakaian kasual daripada peminat tidak akan membazirkan pemberian tersebut. Hadiah pakaian yang masih banyak belum dipakai oleh Aafiyah pasti akan digayakan di hari lebaran ini.

Sumber: mstar online & Instagram ctdk

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI