Walaupun pengalaman yang dikongsi penyanyi Stacy lucu tetapi ia pasti akan jadi kenangan paling bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.

Beberapa hari sebelum kedatangan Aidil Fitri, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini berkongsi gambar di Instagramnya sedang menjahit baju raya mereka sekeluarga.

Sebenarnya Stacy baru dua bulan belajar menjahit pakaian menerusi You Tube dan buku jahitan dan berjaya menjahit sendiri pakaian pertama untuk anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.

Sejak itu kata Stacy, Akim memintanya menjahit sendiri baju raya mereka sekeluarga. Dia siap belikan mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.

Sebagai isteri yang patuh pada suami, Stacy menyahut cabaran tersebut biarpun terpaksa menghadap mesin jahit 24 jam semasa bulan Ramadan.

Stacy Kongsi Kisah Lucu Jahit Baju Raya Sekeluarga. Akim Puji Usaha Gigih Isterinya

Dalam posting terkininya, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, memuatnaik gambar mereka sekeluarga memakai baju raya sedondon hasil jahitan tangannya sendiri.

Namun yang lucunya bila Stacy berkongsi kisah lucu di sebalik proses menyiapkan baju raya tersebut.

Selamat hari raya aidilfitri semuaa.. Salam mohon maaf diampun segala salah silap yang ada?? Inilah hasil tangan baju Raya kami tahun ini?? Pengalaman yang sangat best dan lucu tapi yang penting dapat pengalaman best tu. Baju kurung saya ni jadi singkat sebab si chichal kecik tu. Kita sudah asingkan kain yang sudah digunting pastu dia boleh kacau pula..mami terpotong pendek dan sempit sebab ingatkan itu kain untuk beyya? Pastu pengalaman baju eshaal pula mau 2 ke 3 kali alter sebab badan dia kecik sangat hahahaha..Tapi yang paling best baju si akim? Sibuk dia ingatkan tikam tulang belut di leher tu sampai mami lupa buat poket baju melayu? smlm tengah masukkan duit raya baru perasan tiada poket baju dia adoii..punya kecewa? macam baju kurung lah juga dady pakai cuma tiada skirt? Beginilah kalau hasil tangan amatur..yang penting pengalaman lah kan?habis rumah atuk diorg penuh bling2 tu sebab jatuh2 hahaha..Tu lah ying,i dah cakap jangan suruh i jahit..hansull jadinyaa hahahaha..Selamat hari raya semuaaa!!?? Credit photo? Along

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Menurut Stacy baju kurungnya jadi singkat disebabkan anaknya Eshaal mengambil kain yang sudah dipotong dan diasingkan serta mengacau dirinya yang tekun menjahit.

IKLAN

Paling lucu lagi bila baju Melayu Akim sudah sama seperti potongan baju kurung perempuan disebabkan Stacy terlupa menjahit poket baju Melayu suaminya kerana terlalu fokus menjahit tulang belut pada leher baju tersebut.

Stacy Kongsi Kisah Lucu Jahit Baju Raya Sekeluarga. Akim Puji Usaha Gigih Isterinya

“Beginilah kalau hasil tangan amatur…yang penting pengalaman lah kan?” ujar Stacy lagi.

Apa pun usaha yang dilakukan oleh Stacy tersebut patut diberi pujian biarpun baju raya mereka tidak sempurna jahitannya.

IKLAN

Akim Hargai Usaha Stacy

Nampaknya usaha pelontar single terbaharu Raja ini menyahut cabaran suaminya untuk menjahit sendiri baju raya mereka sangat dihargai oleh Akim.

Dalam posting di Instagramnya, Akim meluahkan penghargaan terhadap isteri tercinta yang gigih dan tekun menjahit sendiri baju raya walaupun tanpa pengalaman.

Memang sweet habislah bila baca kapsyen ditulis oleh Akim yang sebenarnya tak kisah pun walaupun baju raya mereka banyak kekurangannya. Tetapi menurut Akim kekurangan tersebutlah membuatkan dia terima isterinya.

IKLAN

Stacy Kongsi Kisah Lucu Jahit Baju Raya Sekeluarga. Akim Puji Usaha Gigih Isterinya

Selamat hari raya semua, inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni.

Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku.

Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.

Bertuah Akim kerana dikurniakan isteri yang sangat bersederhana dalam kehidupan bahkan tekun berusaha biarpun tugasan tersebut tak pernah dilakukan sebelum ini. Kesungguhan Stacy untuk belajar menjahit dan menyiapkan baju raya sekeluarga pasti akan menjadi memori paling berharga pada anak-anak dan suami tercinta.

Usaha Stacy ini patut dicontohi oleh ibu-ibu lain kerana hasil tangan ibu atau isteri pasti akan lebih dihargai oleh anak-anak dan suami. Selain puas hati boleh buat sendiri, ia juga salah satu cara berjimat di musim perayaan.

Sumber: Instagram stacyanam dan akimahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI