Stimulasi memperkuat otot leher bayi adalah salah satu penilaian terhadap kemajuan perkembangan motor kasar bayi untuk melihat kemampuannya dalam menggerakkan dan mengangkat kepala.

Gerakan mengangkat kepala bermula pada kedudukan 45 darjah, sehingga bayi mampu mengangkat kepalanya secara tegak disertai kedua-dua lengan dalam kedudukan lurus.

Untuk mengimbangi pergerakannya, diperlukan otot leher yang kuat. Terdapat dua stimulasi yang boleh merangsang bayi anda

Meniarapkan bayi

IKLAN

Apabila bayi sudah boleh meniarap anda boleh melakukan stimulasi ini. Anda boleh ikut meniarap bersama bayi dan berada pada posisi berdepan dengannya. Cara ini akan memberi semangat kepadanya.

Anda boleh menunjukkan pelbagai ekspresi wajah anda yang lucu dan gembira. Secara tidak langsung bayi akan seronok dan belajar mengenal variasi mimik muka yang anda tunjukkan padanya. Selain untuk menguatkan otot leher ia antara aktiviti yang boleh mengukuhkan kasih sayang.

IKLAN

Stimulasi Memperkuat Otot Leher Bayi. Mama Boleh Cuba Dua Kaedah Ini!

IKLAN

Latih belajar menoleh

Letakkan benda bersaiz besar dan warna cerah berjarak kira-kira 30 cm di hadapannya. Gerakkan benda tersebut perlahan-lahan, bermula dari bahagian tengah tubuhnya, lalu ke kiri, dan kanan. Sebelum itu, fokuskan dulu benda di depan mata si kecil, lalu gerakkan perlahan-lahan ke kiri sampai hujung telinga kiri, kemudian gerakan kembali benda ke bahagian tengah tubuh, lalu mula digerakkan ke arah kanan. Demikian seterusnya sampai bayi lancar mengikuti benda yang anda gerakkan.

Amati respon kepalanya. Bila ia tidak mampu mengikut arah gerakan benda, perlu berhati-hati sama ada penglihatannya bermasalah atau tidak. Mungkin kerana ada gangguan pergerakan matanya yang tidak teratur. Bila ini terjadi, sebaiknya rujuk dengan doktor mata.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI