Biarpun isterinya Asmani Mat, 31, dituduh kelar anak bongsu mereka sehingga mati tetapi, Muhammad Rizal Jusoh tetap memberi kata-kata semangat dan menenangkan isterinya
ketika dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh.

Asmani Mat, 31 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Temerloh atas tuduhan membunuh anak bongsunya, Muhammad Nur Rashdan di sebuah rumah di FELDA Jengka 13, Maran Ahad lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabtikan kesalahan.

IKLAN

Muhammad Rizal yang hadir bersama beberapa ahli keluarganya sempat berjumpa dengan isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.

Suami Tenangkan Isteri Di Mahkamah Biarpun Hadapi Pertuduhan Kelar Anak Sehingga Mati
Foto kredit: Kosmo

Asmani yang berbaju lokap dan bertudung jingga kelihatan tenang serta mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tingi, Ti Pei Si.

IKLAN

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bharu untuk pemeriksaan
psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Siti Hajar berkata, Asmani menunjukkan simptom masalah psikiatri serta tidak fokus sejak dibawa menjalani prosiding pertuduhan.

IKLAN

Pihak pendakwaan syak tertuduh mengalami masalah mental dan perlu melalui pemeriksaan.

Sumber: Utusan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI