Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Susahnya Nak Suruh Anak Belajar. Boleh Cuba Cara Pensyarah Ini Didik Anak

Susahnya Nak Suruh Anak Belajar. Boleh Cuba Cara Pensyarah Ini Didik Anak

Mesti ramai ibu bapa alami masalah susah nak suruh anak belajar. Selalukan terjadi anak-anak malas  belajar. Bila disuruh belajar, dia memberontak. Kadang-kadang kita pun naik pening macam mana nak buat kan? Perkongsian Dr. Nurulhuda Ahmad Zaki, ibu kepada tiga orang yang sedang membesar ini boleh dijadikan panduan.

“Walaupun bidang saya lain daripada parenting, tetapi saya suka menulis tentang parenting. Tambahan pula anak saya, masih kecil iaitu 7 bulan, 3 tahun dan 6 tahun.”

Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkongsi sebab dan cara mengatasi.

Susahnya Nak Suruh Anak Belajar. Boleh Cuba Cara Pensyarah Ini Didik Anak
Kalau anak malas belajar, jangan kita pikir itu salah anak

Kebiasaan budak suka buat perkara yang biasa dia buat. Dalam hal ini, ibu bapa yang perlu membentuk sikap anak suka belajar sejak dari kecil lagi. Kalau anak malas belajar, jangan kita pikir itu salah anak. Anak kita kalau sejak umur 2,3 tahun, ajar dia sukakan buku.

Ajar dia untuk pegang buku, buka buku, ajar dia mengenal objek dalam buku, bawa dia ke kedai buku, atau belikan anak  buku mewarna. Semua tu supaya anak terdedah kepada buku dan pupuk minat dia ingin membaca buku.

Insyaallah kalau ajar anak sejak dari awal utk minat pada buku, dia tentu tak malas belajar kalau dah masuk sekolah nanti. Ibu bapa always kena pantau anak-anak . Kalau dah terlambat means umur anak dah masuk 7,8 tahun, jangan give up. Masih ada cara lagi.

Susahnya Nak Suruh Anak Belajar. Boleh Cuba Cara Pensyarah Ini Didik Anak
Didik anak sejak kecil lagi sukakan buku.

Anak malas kerana…

IKLAN

Sikap.

Sikap tak nak belajar walhal kita dah ajar dia untuk suka kan buku dan belajar tetapi bila dah besar, dia tak nak belajar. Kalau macam ni keadaannya, cuba jangan paksa dia sebaliknya pujuk dia belajar dengan cara yang berhikmah. Cakap pada anak nak bagi reward pada dia kalau dia mampu dapat markah 80 ke atas untuk semua subjek ke, mampu dapat nombor 1 dalam kelas ke or reward untuk cemerlang dalam exam. Reward pula mesti bersesuaian dengan budget kita dan sesuai juga dengan kemahuannya. Tapi jangan over sangat ye. Ikut keadaan. Kalau anak suka balik kampung, bagi reward dalam bentuk balik kampung. Kalau anak nak mandi laut, bagi reward dalam bentuk mandi laut. Kalau anak suka ke legoland, bawa dia ke sana, kalau dia berjaya capai kecemerlangan. InsyaAllah dia nak belajar. Buat permulaan, kita bagi dia reward utk pupuk sikap ingin belajar.

Tak faham

IKLAN

 Hasil perbincangan dengan seorang guru, beliau berpendapat budak kadang2 malas belajar sebabnya pada dia susah nak faham content sesuatu subjek. Contoh subjek matematik. Bila sesuatu jalan kira itu susah, dia mula hilang fokus dan tidak memberi tumpuan untuk belajar. Bila balik rumah, dia dah tak nak belajar kerana padanya belajar itu susah. So dia jadi malas belajar. Bila jadi situasi  macam ni, guru jgn marah budak, nanti lagi dia down n tak nak blajar. Caranya adalah hargai dia. Guru dan ibu bapa kena banyak main peranan dan luangkan masa dengan anak tersebut. Beri soalan yanglebih mudah buat permulaan. Lepas dia boleh buat, puji dia supaya dia rasa seronok dan nak buat lagi. Dalam kelas, guru kena lebih fokus kpd pelajar yg sebegini. Kalau dirumah, ibu bapa teman dan ajar anak buat homework yg pd dia susah. Banyakkan komunikasi dengan anak. Biar dia luahkan perasan dia terhadap apa yg dia belajar. Tak faham ke, susah ke, tak nampak ke sebab duduk belakang.. ibu bapa kena tahu semua ni. Anak juga ada perasaan,jadi kena tahu luahan hati dia. Bila dah tahu mssalah,boleh la kita cari jalan selesaikan.

.Hiburan  lagi best

IKLAN

 Satu lagi, dia malas belajar sebab ada perkara yang lebih seronok daripada belajar. Tengok TV lagi best dari baca buku. Main game lagi best dari study. Jadi kta sbg ibu bapa kena kreatif juga supaya dpt buatkan anak rasa fun bila belajar. Mungkin boleh download video bergambar. Contoh subjek sains tentang planet. So cuba download video planet dan letak dalam komputer. Then relatekan dengan content dalam buku. Budak akan lebih pick up. Bila difikirkan balik, teknologi berkembang, gadget2 pun makin bagus kan.. benda2 macam ni sangat interesting, menarik. Jadi cara belajar pun kena seiring dgn teknologi. Tapi saya percaya buku tidak boleh ditinggalkan. Buku masih relevan digunakan tetapi jadikan teknologi sebagai alat bantu mengajar supaya pengajaran lebih menarik dan atasi masalah malas belajar dalam diri anak2.. Ibu bapa yg kena kreatif atasi masalah anak malas belajar ni. Siapa lg nak training anak rajin belajar kalau bukan ibu bapa, guru hanya pengajar yang menolong ibu bapa.. Dlm mendidik anak,  kita jgn tersalah. Kita adalah pendidik anak yg utama,guru hanyalah pembantu kedua. Jadi kita yg ibu bapa perlu usaha lebih utk  mengajar dan mendidik anak.

Sumber: www.drnurulhuda.com

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI