Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.

Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy 6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.

1. Exclusive Pumping

Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

2. Kapsyen lucu

Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!

IKLAN

3. Suka berenang

Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

3. Berdarah seni

Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!

IKLAN

4.Lahir secara caesarean

Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.

5.Roti canai telur goyang

Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik  gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

IKLAN

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

6. Ada darah keturunan Jepun

Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

Sumber: Instagram Syeriv Samheizy & Syatilla Melvin

6 Perkara Tentang Bayi Popular Syeriv Samheizy

Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI