Tahniah diucapkan kepada Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim selamat menyambut kelahiran bayi perempuan pada 29 Disember.
Bayi seberat 2.78kg dilahirkan pada jam 4.01 petang semalam di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur. Isteri Fizo, Mawar Karim yang juga pengasas tudung Fareeda melahirkan si comel yang dinanti-nantikan itu secara pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” ujarnya.
RAWATAN KESUBURAN
Fizo berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013. Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari tahun lalu selepas berkahwin lebih daripada dua tahun.
Rawatan kesuburan dilakukan dengan bantuan kepakaran pakar perbidanan dan sakit puan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Mawar juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016.
Rawatan kesuburan dilakukan dengan bantuan kepakaran pakar perbidanan dan sakit puan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Mawar juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016.
PRECIOUS BABY
Kehadiran precious baby kurniaan Allah ini menyaksikan bermacam rawatan susulan dan pembedahan yang perlu dilalui Mawar. Pengumuman kehamilan Mawar diumumkan oleh Dr. Hamid menerusi Facebook page beliau.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Fizo dan Mawar atas kehadiran cahaya mata sulung ini.
Sumber: Instagram Fizo Omar, Mawar Karim & Facebook Dato’ Dr Hamid Arshat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil & Menyusu Dah Boleh Suntik 3 Jenis Vaksin. Pastikan Update MySejahtera
Bagi ibu hamil yang sudah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di aplikasi MySejahtera akan mendapat janji temu bagi pemberian vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.
Kredit: Freepik
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) melalui hantaran di Facebook rasminya, berkata golongan itu disenaraikan sebagai penerima vaksin COVID-19 berkeutamaan tinggi dan akan diberi vaksin bersesuaian untuk mereka.
“Ibu mengandung termasuk dalam golongan berisiko tinggi apabila mempertimbangkan risiko jangkitan COVID-19 dan digalakkan mendaftar untuk vaksinasi.
“Janji temu akan diberikan secara berperingkat bagi yang sudah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di MySejahtera.
“Keutamaan akan diberikan bergantung kepada anggaran tarikh kelahiran bayi,” menurut kenyataan itu.
Pendaftaran vaksinasi COVID-19 boleh dilakukan melalui tiga cara mudah iaitu melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran secara terus melalui laman web atau menghubungi talian 1800-888-828.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kerap Demam, Batuk & Selesema, Ibu Yang Masih Menyusu Pun Kena Jaga Makan
Ada yang menyatakan kalau tak mahu anak kerap demam, batuk dan selesema, ibu menyusu kena kawal pemakanan. Betul ke?
Ok berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila, beliau menyatakan ramai yang belum faham tentang pantang makan minum ketika anak tidak sihat terutama demam, batuk dan selesema.
Jadi, saya akan berkongsi tentang hubungan penyusuan susu ibu dengan pengambilan makanan ketika anak tidak sihat.
Sekarang dilihat semakin bertambah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan banyak juga dilihat anak susu ibu yang mengalami batuk selesema hingga melarat. Sering kena warded sering berulang ke klinik untuk neb. Selalu tidak sihat, tumbesaran pun ada yang terganggu.
Kita ibu menyusu ni ada kelebihan menyembuhkan anak yang batuk selesema hanya dengan susu ibu. Menyembuhkan dengan mudah dan tidak melarat. Mudah saja sebenarnya merawatnya dengan syarat pantang makan minum dan boost imun. Mesti jelas setiap satu tindakan dan bukan ikut-ikut orang.
Sangat penting hentikan serta-merta makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan semua makanan yang diproses dan makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan sementara pengambilan semua jamu, maajun, pil-pil suplemen dan apa saja yang diproses, dibotolkan dan dikomersialkan.
Kita perlu mengambil makanan sebenar yang sesuai untuk meningkatkan imun badan. Dapur kita sarat dengan makanan yang boleh digunakan untuk boost imun. Bawang putih, halia, kunyit hidup penuh khasiat antiviral antibacterial antimucus. Memasak di rumah memberi peluang lebih cepat untuk menyembuhkan anak yang diserang batuk selesema kerana kita sendiri yang mengatur semua bahan memasaknya. Boleh melebihkan makanan yang meningkatkan imun badan.
Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang ibu makan tetapi pengambilan makanan sebenar yang tinggi antiviral antibacterial mampu mengurangkan pembentukan kahak.
Selain pantang makan minum dan boost imun, ada lagi yang perlu dipandang berat. Antaranya;
- Cutilah di awal-awal anak tidak sihat kerana bonding yang kerap mampu mengimbangi emosi anak dan mengurangkan stress dalaman. Emosi anak stabil happy bersama ibu meningkatkan semangat melawan penyakit. Dapat susukan anak sekerapnya beri peluang batuk selesema cepat sembuh. Kita dewasa ni pun selalu dinasihatkan minum air kosong kerap semasa tidak sihat.
- Apabila bercuti, peluang untuk menyusukan sekerapnya dan sentiasa offer anak menyusu mengurangkan risiko dehydration dan membantu melongkahkan kahak yang termendap di tekak dan dada anak. Bila anak menyusu kerap, badan akan kekal hydration.
- Elak bersiaran di tempat awam. Ketika tidak sihat, kuarantinlah. Imun badan sedang merendah jika keluar bersiaran di tempat awam risiko untuk mendapat jangkitan lain memang tinggi. Anak-anak kecil tak perlu didedahkan di tempat ramai orang. Ramai yang pentingkan diri sendiri walaupun tidak sihat masih juga keluar di khalayak ramai meningkatkan risiko jangkitan.
- Kebersihan juga penting kerana dikelilingi persekitaran yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan. Udara tidak sihat yang dicemari dengan asap rokok meningkatkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan menyebabkan batuk selesema boleh melarat.
- Makanlah makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Kita mahukan anak menyusu dengan susu ibu yang fresh ‘terbaik dari ladang’ kan lebih bagus kita menjadi ladang yang tidak mengambil makanan yang diproses. Roti, biskut, coklat komersial, minuman 3 4 5 10 in 1 dan banyak lagi senarainya bukanlah menyihatkan malah menambah toksik dalam badan.
Walaupun ada yang berani declare sugar free sedangkan sugar ada lebih 60 nama lain. Belajar baca label. Makanan yang diproses makanan yang dibungkus dari luar ada gula putih garam putih MSG dan banyak lagi yang tidak diperlukan oleh badan.
Semoga memberi gambaran kepada ibu-ibu betapa penting kita makan makanan sebenar dan elak makanan yang diproses.
Sumber: Ziela Juzaila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Buat Sendiri, Hasil Nak Perfect, Akhirnya Ibu Ini Akui Terlebih Penat Buat Kerja Dan Jadi Stres
Ada ibu yang memang jenis nak perfect bila buat kerja rumah. Akibatnya semua tugas dia buat sendiri dan akhirnya terlebih penat dan makan diri sendiri sampai jadi stres!
Ada ke yang jenis macam tu?
Kadangkala disebabkan penat buat sendiri, ibu jadi stres tengok ayah seronok tengok TV dengan anak-anak. Akhirnya buat kesimpulan suami memang jenis tak nak tolong.
Sebenarnya suami bukan tak nak tolong tapi dah orang lelaki memang kita kena minta tolong baru mereka buat sebab mereka tak tahu apa tugas yang boleh ditolong.
Perkongsian dari Basyirah Ahmad berdasarkan pengalamannya sendiri patut dijadikan panduan oleh ibu-ibu lain. Ibu kepada tiga orang anak berusia 9, 6 dan 3 tahun ini dulu pun seorang yang cerewet hal-hal tugas rumah tangga.
Kadangkala bila terlalu nak semua perfect ia menjadi punca kita stres dan asyik marah anak dan suami.
Semua Nak Perfect!
Basyi ni dulu spesis mak-mak keturunan naga juga. Sehari rasanya 5-6 kali anak-anak rentung kena semburan berapi.
Mungkin dengan bapak budak tu sekali terasa bahangnya sekali.
Mak paling stress dalam dunia la kekdahnya.
Basyi dulu banyak SOP yang bukan-bukan dalam urusan harian.
Cerewet tak menentu la kata orang.
Rasa rasa, kebanyakan perempuan camtu jugak la.
Satu perkara yang boleh buat Basyi cepat meletop, menyinga dan terbakar jiwa adalah rumah yang bersepah tak tentu hala.
Kita ni kadang bangun pagi dengan mata yang tak berapa nak buka lagi, dah melilau tengok rumah bersih ke tidak. Ada mainan bertaburan atas karpet ke tak.
Kalau ada jumpa rambut-rambut yang bergelimpangan atas lantai, kita sapu dengan tangan dan buangkan.
Itu hal pagi.
Balik kerja, dengan tudung belum buka dan beg sandang masih di badan, badan berlengas panas macam tu, kita dah sibuk kelentung kelentang dekat dapur, basuh baju, sapu lantai segala.
Lepas tu banyakkkk sangat SOP.
Baju yang sidai pagi kena siap lipat malam tu juga.
Baju yang dah setengah penuh dalam bakul kena basuh segera.
Yang dah siap pusing dari mesin, kena sidai jam-jam tu juga.
Prinsipnya, dalam bakul tu tak boleh ada apa apa. Bakul baju tu sampai pernah bertindih dua sebab kosong sentiasa.
Lantai wajib bersapu dan bermop setiap hari. Tanpa gagal.
Pukul 11 malam kadang tak tidur lagi. Pasal lantai belum berseri-seri.
Sebelum tidur, sinki tak boleh ada sebijik pinggan atau cawan pun.
Susun atur rumah, dua tiga bulan sekali, kita alih segala perabot tukar habis tempat dia.
Melipat pun 1 hal juga. Bucu semua kena mau sama.
Basyi ni, Kalau sesekali encik tu tolong lipatkan, Basyi diam-diam bukak dan lipat balik sebab tak ikut spek yang Basyi maukan.
Rupanya dia tau dan terus merajuk panjang.
Baju hujung minggu kena siap beriron bergantung untuk seminggu punya.
Yang spesis masa sidai baju susun ikut kaler pun ada juga.
Dan segala rencah mak nenek ni, selalunya kita sibuk buat semua sorang diri. Atas prinsip orang perempuan ni mampu uruskan semua perkara sendiri.
Minta tolong orang lain uruskan rumah tu tanda kita lemah dan tidak mampu menjadi supermom mengikut standard yang kita tetapkan.
Orang laki ni pulak, selagi kita tak mintak tolong, dia pun ingat kita mampu uruskan semua benda.
Perfectionist Yang Makan Diri Sendiri!
Tapi tau tak korang, segala susah payah ni akhirnya akan makan diri ?
Semua standard prosedur yang kita cipta sendiri ni, memang boleh bentuk kita jadi orang yang cekap dan lebih berdisiplin.
Tambah-tambah, benda kecil dan detail ni memang fitrah orang perempuan. Sukakan kecantikan.
Tapi sayangnya, benda-benda kecil begini bila kita terlalu terikat dengannya, akan jadi satu tekanan negatif pula untuk kita.
Ada waktunya, korang akan mula merasa bahang stressnya.
Anak tak boleh sepahkan barang sikit, kita akan cepat melenting.
Baru dia nak letak mainan dia sekejap, kita dah gelisah macam cacing tak jumpa tanah.
Terkejar-kejar nak siapkan semua task dalam 1 masa.
Lepas tu mula la buat kerja dalam keadaan marah-marah. Jadi tak ikhlas sikit habuk pun sebenarnya.
Bila orang lain tak ikut cara kita, kita rasa diorang tak boleh paham dengan kita.
Muka asyik masam mencuka. Lagi masam dari cuka kurma.
Hati meronta-ronta nak spend masa golek-golek depan TV sambil gaduh berebut remote tibi dengan anak-anak dan laki, tapi urusan rumah belum selesai lagi.
Tak ada me time.
Kehendak diri rasa tak dipenuhi.
Benci.
Sampai kadang-kadang kena tegur dengan encik suami.
‘Awak ada marah saya ke apa?’ Padahal orang tu tak ada salah apa-apa.
Apa yang kita nak kejar sebenarnya ?
Lepas tu kita mengharapkan semua orang akan berterima kasih dengan segala jerih perih yang kita dah lakukan. Tapi tak ada pun!
Deep down, kita sebenarnya dah start tak menghargai diri sendiri.
That’s it!
Basyi dulu pun spesis tu la juga.
Sekarang Tak Nak Stress Dah
Tapi Basyi dah tak nak hidup macam ni dah.
Basyi nak rilek-rilek. Happy happy.
Basyi tune. Tak mudah. Tapi lama-lama benda tu akan jadi biasa.
Basyi buang semua standard yang Basyi dah tetapkan.
Pinggan tak sempat basuh, biarkan.
Rumah tak sempat mengemop dan bersapu. Pejam mata sudah.
Kain setimbun belum berlipat dan bersidai. Abaikan.
Esok ada. Tak sempat esok, lusa, tulat, tungging, hujung minggu.
Rumah tu rumah kita. Selagi tak berkecah sangat, tak payah nak kecoh sangat la.
Tak sempat nak masak segala, kedai kan ada. Support la jugak depa. Anak-anak pun bosan juga asyik nak makan yang kita masak punya.
Tips Untuk Mak-Mak Elak Mudah Stres
Basyi belajar delegate tugas.
Awak, awak tolong buat ini boleh? Saya buat ini, ini.. Tak sempat tak apa.
Rupanya tak ada masalah pun dia nak bantu kita. Kita ja yang kalut sorang nak pulun semua dah kenapa?
And yesss. Basyi lebih happy dengan diri sendiri, dengan tok laki, dengan family.
Kesimpulannya Basyi nak cakap lepas berleter panjang panjang ni,
(1) Sayang dan hargai diri kita dulu. Baru orang lain akan start hargai kita .
Jaga diri. Kalau kita sihat dan happy, baru kita boleh jaga anak-anak.
Balik rumah, siapkan diri dulu. Letak beg, mandi, silang kaki depan TV. Hihi.
(2) Tak kisah kita mak yang kerja ke, duk rumah ke, kalau kita penat, berhenti sekejap dan berehat sajalah.
Sesekali usap usap muka dan belai jerawat yang ada seketol dua, tak ada salahnya.
(3) Cari me time.
Walaupun sekejap, setakat minum kopi panas sambil kaki bersilang atas meja dan angkat majalah tinggi-tinggi depan muka, dah cukup heaven dah tu.
Abaikan saja anak-anak yang tengah bergusti depan mata.
(4) Jangan biarkan orang lain sibuk-sibuk judge kita. Dia tak tau susah kita, hidup kita macam mana.
Kalau dia asyik nak membawang pasal kita, pekakkan telinga saja. Kalau tak tahan juga, ambil bawang putih dan tonyoh dalam mata dia. Bhahahah. Ni jahat!
(5) Kita sendiri pun jangan down grade kan diri kita.
Enjoy dengan apa yang kita buat setiap hari sebab ada momen-momen dalam hidup kita tu, yang mungkin lepas ni kita takkan rasa lagi.
Bebas dari stress adalah satu kejayaan bagi Basyi.
Kalau dari dulu Basyi macamni, mesti muka Basyi awet muda macam budak darjah 6 baru habis periksa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI