Apa perasaan anda tiap kali anak kita kejap-kejap bukan peti ais tanpa sebab? Kalau sekali ok lagi, tapi ni dalam sejam tak tahu berapa kali dan nak tunggu sampai tidur ibaratnya macam tak terkira pula.
Jika kita nampak ok lagi, risau bila tak perasan mereka masuk dapur, buka peti ais lepas tu buat macam-macam yang diluar jangkaan. Ni minta jauhlah. Maklumlah dalam peti semua ada. Botol ubat, botol sos, bekas sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Ia tetap bahaya jika anak kecil masih belum memahami apa-apa.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Syera Akarton dalam Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini dia berkongsi caranya dengan meletakkan gambar dalam peti ais. Ini untuk elakkan anak membuka pintu peti ais dengan kerap.
Mungkin ni salah satu cara juga untuk ibu lakukan. Lagi satu kalau nak mudah boleh beli lock dan lekatkan di pintu peti ais untuk keselamatan anak.
Alhamdulillah berkat gambar mak long dia. Dah dua hari budak-budak ni tak main buka tutup pintu peti ais.
Biar mak long kau jadi rimau. Mak dah pencen. Tak larat nak merimau sepanjang masa. Biar gambar buat keje gituhh
Edit: Mak long bagi permission guna gambar dia untuk tatapan anak-anak. Mak long kata beli mask tu kat shoppee.
Ini Sebab Kenapa Anak Suka Buka Peti Ais
Dalam sehari tu, berapa kali anak buka tutup peti ais. Pastinya kita sebagai ibu pun selalu marah-marah. Bukan apa tak ada apa nak ambil pun, anak buka juga. Macam nak buat sport check sejam sekali pula kan?
Ads
Ok bagi anda yang nak tahu kenapa anak suka sangat buka peti ais, selain rasa sejuk je dalam tu ni antara beberapa sebabnya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan si kecil kita dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais.. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi.. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan..
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil.. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya..
Ads
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya.. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais.. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari.. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan.. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais..
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan.. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya..
6. Si kecil memang bijak
Ads
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa.. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.. Insyaallah.. Sama-sama kita praktikkan..
1. Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
2. Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil..
3. Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais..
4. Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada pengasuhnya sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa meninggal dunia pada 10.30 pagi semalam, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.
“Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, semasa dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik. Namun, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas pada sebelah petang dan dikejarkan ke Klinik Bandar Baru Bangi, sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa, dan dubur mangsa juga mengalami koyakan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ahmad Dzaffir berkata hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala’, dengan tempurung kepala bayi pecah.
“Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan mangsa,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa mangsa yang menetap di kawasan perumahan sama dengan pengasuhnya itu menghantar bayi mereka ke rumah berkenaan sejak September lepas.
Sehubungan itu, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menahan pengasuh serta suaminya yang bekerja sebagai penggunting rambut.
“Kita menahan pengasuh berusia 28 tahun bersama suaminya, 36 tahun, semalam. Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methaphetamine,” katanya.
Beliau berkata lelaki itu ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.
Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16, Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang
Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Bila sudah jadi ibu bapa, bermacam-macam tanggungjawab yang perlu anda ambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy. Tersilap langkah boleh membawa padah pada anak-anak.
Baru-baru ni, viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara-gara ibu bapa bawa stroller eskalator.
“Jangan bawa anak turun eskalator. Bahaya!”
Menurut netizen terbabit, kejadian yang berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC) ni terjadi sebab parents bawa anak dorang yang naik stroller ni turun eskalator. Entah macam mana, budak tu tergelincir pulak.
Yang jadi sakit hati, lif selalu penuhi dengan manusia ‘sihat’ yang tak mahu bagi ruang kat parents dengan stroller untuk menggunakannya.
“Obviously salah the parents. We all know know we cannot use escalator WITH stroller”
Bila dah jadi tragedi macam ni, mestilah ada geng makcik bawang dan netizen yang nak tuduh menuduh kononnya ibu bapa zaman sekarang memang tak reti jaga anak.
Walaupun tweet tersebut telah dipadam, netizen ni telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen lain sebab dia menuduh parents terbabit PEMALAS nak tunggu lif. Kalau parents tersebut tunggu, mungkin ada yang nak bagi ruang mereka masuk ke dalam.
“Dia belum pernah usung stroller kat mall la tu”
Rata-rata tak bersetuju dengan apa yang diluahkan netizen kat atas ni, ramai yang komen mengatakan netizen terbabit sebenarnya tak ada experience bawa stroller ke mall agaknya. Dia tak tahu betapa stress parents yang menghadapi situasi tersebut.
Apa-apapun, ini adalah peringatan terbaik buat parents kat luar sana supaya jangan ambil jalan mudah dengan guna eskalator bila bawa stroller. Bagi pengguna tegar lif pulak, tolonglah prihatin sikit kat mereka yang bawa anak dan guna kerusi roda. Kalau masih sihat, please naik eskalator ye.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.