“Alamak tak ada idea nak masak apa hari ni untuk anak.” Mesti ramai ibu mengalami masalah yang sama kan?
Selalu tak tahu nak masak menu makanan untuk bayi yang dah mula makan makanan pejal. Asyik masak menu yang sama mesti si manja boring.
Situasi termenung panjang depan peti ais tak tahu nak masak apa sambil tenung bahan-bahan yang ada hanya akan membuang masa ibu sahaja. Apatah lagi kalau ibu mengejar masa nak pergi bekerja.
Apa kata ibu rancang menu seminggu untuk si kecil. Bukan sahaja setakat merancang menu tetapi sediakan sekali bahan-bahan untuk tempoh seminggu. Lebih jimat masa kan?
Cara yang dilakukan oleh Puan Maisarah Yahya ini sangat menarik untuk dicontohi. Selain menjimatkan masa tak ada lagi masalah ibu stres nak fikir apa nak masak.
- Siapkan stok lauk ayam, ikan, udang dan sebagainya lagi dalam bekas kecil untuk sekali masak. Mudah untuk anda masak mengikut menu yang dirancang.
2. Pek sayur-sayuran yang sudah siap dipotong mengikut menu yang dirancang seminggu berserta bahan-bahan untuk memasak.
Tip Pantas Ibu Masak Makanan Baby
- Potong pelbagai jenis sayur-sayuran supaya memudahkan proses memasak anda. Barulah jimat masa!
2. Beli lauk pauk untuk masakan anak bagi tempoh sebulan.
3. Jangan lupa stok buah-buahan dan sayuran untuk dibuat puri.
4. Hujung minggu sediakan stok puri sayur dan buah untuk anak. Jangan lupa tagging jenis dan tarikh untuk mudahkan kerja.
5. Puri sayur buat sikit saja sebab kalau boleh tak nak frozenkan terlalu lama.
6. Puri buah sesuai untuk breakfast dan snek baby. Puri buah boleh dicampur dalam oat atau barley.
Menarik cara ibu ini buat persediaan menu makanan anaknya untuk tempoh seminggu atau sebulan. Nampak sistematik dan teratur serta menjimatkan masa ibu. Jadi, ibu-ibu lain bolehlah contohi cara ibu ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Dadih Fresh Milk Buat Anak Jarang Minum Susu, Lagi Lemak & Pekat Ikut Teknik Ni!
Ada anak-anak kita yang tidak minum susu setiap hari. Apa kata sediakan dadih susu ini buat anak-anak menikmati khasiatnya. Resipinya cukup mudah malah sedap dan manis berlemak.
Malah langkah demi langkahnya juga cukup mudah, hanya satukan kesemua bahan, didihkan dan simpan di dalam peti sejuk. Jom cuba resipi ringkas Cik Sue Zakaria ni.
Ciksu rindu betul dadih masa zaman sekolah dulu. Sekolah rendah mesti ada yang datang jual dadih susu ni. Dengan air susu berperisa tu. Ya Allah sedap dadih dengan susu nya, tu tiap kali datang confirm beli.
So saje buat dadih susu ni tapi tak boleh lawan yang ori punya. Yang seakan-akan boleh lah ye.
Bahan-bahannya:
10gm serbuk agar-agar
2 liter fresh milk
1 liter air
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
1 sk garam
1 sb tepung jagung (dibancuh dengan 2 sb air)
First, letak air dulu lepas tu letak agar-agar ye. Kacau sampai sebati.
Masukkan fresh milk, garam, gula dan air tepung jagung. Kacaulah sampai mendidih.
Kena sentiasa kacau ye, jangan tinggal lama sangat.
Dah mendidih, tutup api dan biarkan suam sikit baru letak dalam bekas.
Dah siap!
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Belum Ada Gigi Pun Boleh Ambil Makanan Jejari. Kena Tahu Caranya
Pada usia 6 bulan bayi mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Kebanyakan bayi akan mula dibiasakan dengan makanan jejari ketika umurnya 8 bulan. Pada umur ini, bayi biasanya telah menguasai kemahiran memegang dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Makanan jejari sebenarnya membantu menggalakkan kemahiran dan memperbaiki koordinasi antara tangan dan mulut bayi. Makanan jejari yang anda sediakan akan menjadi bahan menarik untuk dia belajar kemahiran baru.
Namun begitu, ramai ibu yang khuatir untuk memberi makanan jejari sekiranya bayi belum tumbuh gigi. Untuk makluman, bayi yang tidak bergigi akan menggunakan gusinya yang keras untuk mengunyah makanan jejari tersebut.
Jenis makanan yang boleh diberi sebagai makanan jejari amat mudah disediakan. Tidak semestinya anda membeli biskut jejari yang sedia dijual di pasaran. Adalah lebih baik anda menyediakannya sendiri di rumah. Bukan sahaja lebih murah dan bersih. Lebih daripada itu, ia lebih berkhasiat! Anda juga dapat mempelbagaikan tekstur, warna dan rasanya yang amat bagus untuk penggunaan deria bayi.
Info perlu tahu makanan jejari
Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan jejari adalah sayur-sayuran seperti brokoli, ubi keledek, ubi kentang dan labu. Buah-buahan seperti pisang, tembikai, epal, betik dan mangga. Sumber protein seperti tauhu dan ayam. Karbohidrat seperti roti dan biskut.
Sayur-sayuran atau buah-buahan yang hendak anda berikan kepada bayi sebagai makanan jejari hendaklah dipotong memanjang 2 – 3 inci dengan ketebalan lebih kurang 1/2 inci. Makanan ini boleh anda kukus atau rebus. Pastikan makanan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Buah-buahan seperti pisang, betik dan avokado pula boleh diberi mentah.
Perkenalkan makanan jejari satu demi satu, tambah jenis yang lain secara perlahan-lahan. Jika bayi tidak menyukai sesetengah jenis makanan, teruskan mencuba dan tunggu sehingga dia bersedia.
Gunalah kreativiti anda untuk menarik perhatiannya. Anda boleh juga buat bahan pencicah (dip) yang bersesuaian dengan selera anak. Diharapkan rasa yang pelbagai akan membuatkan anak anda suka dengan makanan jejari yang disediakan.
Jika bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi, beri dia makanan yang sejuk bagi melegakan gusinya yang gatal dan tidak selesa itu. Antara makanan yang boleh diberi ialah tembikai atau pisang yang dibekukan.
Anda harus selalu perhatikan bayi ketika dia makan makanan jejari. Pastikan dia duduk dengan tegap, bukan berbaring atau meniarap. Hal ini boleh menyebabkan bayi tercekik! Elakkan juga daripada meninggalkan bayi ketika dia makan makanan jejari berseorangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi Anak Air Kosong, Bukan Sirap Atau Teh. Air Manis Punca 76.5% Karies Gigi Anak 5 Tahun
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
- Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
- Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
- Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
- Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
- Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
- Periksa kandungan gula dalam label minuman.
- Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
- Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu :
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
7 Langkah bijak mengurangkan gula
- Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
- Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
- Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
- Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
- Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kredit: Myhealthportal
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Baca: “Tak Bergesel Ke Tempat Czer” Ditegur Pakai Seluar Jeans Lepas Bersalin, Ini Jawapan Scha Alyahya
Baca: Kalau Anak Bosan, Biarkan. Bosan Akan Jadikan Anak Lebih Kreatif & Bijak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI