Jika kita ingin membentuk anak-anak yang berfikir, kita perlu melayan anak sebagai individu yang punya akal dan fikiran.

Berdasarkan perkongsian Pengasas Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar, proses memperbaiki tingkah laku anak menjadi lebih efektif jika anak diajak untuk sama-sama berfikir akan kesan dan akibat perbuatannya berbanding diarah untuk melakukan sesuatu tanpa memahami.

Itulah gunanya akal dan fikiran. Bukan untuk menjadi pandai akademik sahaja ataupun menggunakan akal pada jalan yang tidak sepatutnya.

Tak Berkesan Beri Arahan Kalau Anak Tak Faham. Ini Sebabnya Mereka Buat Perangai

Bagi anak yang berusia 4 tahun ke bawah, menyelesaikan masalah sendiri adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh mereka kerana keupayaan kognitif (penyelesaian masalah) masih di peringkat awal.

Inilah yang menyebabkan tantrum yang kita lihat pada kanak-kanak usia tersebut.
Apabila mereka menghadapi masalah atau terpaksa berlawan dengan emosi, mereka akan hilang kawalan.

IKLAN

Dalam situasi sebegini,

1) memindahkan anak dari situasi yang menyebabkan dia hilang kawalan ataupun memindahkan objek yang menyebabkan anak hilang kawalan adalah kaedah yang terbaik.

2) membimbing anak memikirkan alternatif adalah juga kaedah yang baik.

Contohnya:
“Ibu tidak benarkan kamu menendang bola dalam rumah. Jom kita ke padang.”

IKLAN

“Ayah tidak benarkan kamu memukul orang lain. Kalau geram sangat boleh pukul bantal tetapi bukan kawan.”

Tak Berkesan Beri Arahan Kalau Anak Tak Faham. Ini Sebabnya Mereka Buat Perangai

Apabila anak sudah lebih dari usia 4 tahun, kita sudah boleh melatih anak dengan skil penyelesaian masalah.

IKLAN

Jika berlaku sesuatu, tanyalah pada anak:

“Kenapa ini berlaku?”
“Bagaimana perasaan bila jadi begini?”
“Apa yang boleh dibuat supaya tidak berlaku lagi?”
“Bagaimana hendak memperbaiki keadaan?”

Tak Berkesan Beri Arahan Kalau Anak Tak Faham. Ini Sebabnya Mereka Buat Perangai

Jangan memandang rendah keupayaan anak untuk berfikir. Jika kita tiada keyakinan pada anak-anak, mereka juga tidak yakin dengan keupayaan mereka sendiri.
Ini adalah proses yang menggalakkan anak menggunakan akal dan fikiran apabila melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran.
Ini merupakan skil yang penting dalam kehidupan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI