Anak makin besar, perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.

Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.

Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.

Tak Guna Marah Anak Ketika Menangis Dan Mengamuk. Tapi Kuasa Pelukan Sangat Berkesan!

Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:

– Peluk anak dari arah belakang.

IKLAN

– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.

– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak

– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.

Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.

Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.

IKLAN

Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.

Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?

Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?

Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?

IKLAN

Tak Guna Marah Anak Ketika Menangis Dan Mengamuk. Tapi Kuasa Pelukan Sangat Berkesan!

Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.

Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.

Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.

Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI