Semua ibu ayah tak nak bayi mereka ketinggalan jadi bijak. Sebenarnya walaupun bayi anda masih kecil dan kelihatan tak tahu buat apa pun tapi bukan bermakna ibu ayah tak boleh ajarnya apa-apa.
Bak kata Terapis Pertuturan, Ruby Atika, jangan kita terleka melihat kecomelan anak sampai tak tahu langsung yang kita sepatutnya dah boleh mula merangsang dan mendidik mereka.
Tapi ada caranya. Bukan ajar cepat membaca, menghafal ABC dan menulis ya. Kita bukan nak ajar bayi comel siapa paling cepat membaca tapi lebih kepada pelajaran untuk merangsang kemahiran motor halus, motor kasar, emosi, sosial dan pergerakan fizikalnya.
Jom kita semak apakah bentuk pelajaran pertama yang dah boleh diajar pada bayi berusia setahun ke atas.
Umur ni macam baby lagi kan?
Makan suap, pakai diapers, comel dan manja. Anda memanjakan dan menatangnya bagai minyak yang penuh.
Jangan terleka dengan kecomelan anak anda. Jom didik anak menjadi bijak.
1) Ajar anak tunjuk anggota badan.
2) Ajar anak rutin ; buang sampah dalam bakul sampah, letak baju dalam bakul, susun kasut sebelum masuk rumah.
3) Ajar anak ikut arahan mudah ; ambil bantal, ambil remote, bagi abang/ayah/kakak, letak kat meja.
4) Ajar bunyi mudah seperti “miaw, moo, kok kok kok, pon pon, aum, nyam nyam…”.
5) Ajar bermain yang pelbagai jenis ; kereta, teddy bear, bola, masak, Lego, dinasour, make up dan sebagainya.
6) Ajar gerakan mudah dalam nyanyian. Lagu Didi & Friend pun boleh. Asalkan ada gerakkan khusus bagi setiap perkataan yang disebut.
7) 1 buku cerita setiap hari. Cerita tentang gambar sambil tunjuk.
8) Lekatkan kertas majong di dinding. Bagi dia conteng, cop, sesuka hati (hanya di kawasan tersebut saja).
9) Main bayang-bayang.
10) Isyarat gerakan rutin seperti “salam, bye, habis, flying kiss, give me 5, tadah tangan doa dan amin.”
Umur ni kebiasaannya anak sudah mula bercakap perkataan pertama. Jika belum ada, masih dikira julat normal.
Jika sudah 2 tahun tapi masih tak bercakap, itu dikira terkeluar dari julat normal.
Sumber: Ruby Speech Therapy
Aksi berani si comel atas motor mainan
Amboii berani sungguh la budak kecik ni ye buat aksi bahaya. Dah besar sok jgn buat camni ye….
Posted by Pa&Ma on 22hb Disember 2017
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Baharu Lahir Menangis Bukan Sebab Lapar Sahaja, Jururawat Ini Jelaskan Puncanya
Bayi baharu lahir memang kerap menangis. Ramai beranggapan bayi lapar susu tetapi lepas kerap disusukan kenapa masih menangis lagi.
Dalam keadaan ibu kalut dan panik, ada pula yang mencadangkan agar diberikan bayi susu formula kerana alasannya bayi tak cukup susu ibu, sebab tu asyik menangis je.
Akhirnya ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak mempunyai tanggapan yang bayi baharu lahir asyik menangis disebabkan tak cukup minum susu ibu dan perlu di ‘top-up’ dengan susu formula.
Menurut Puan Nor Azniza, Jururawat Klinikal Avisena Specialist Hospital kalau ramai ibu yang masih beranggapan sedemikian makanya ia bermakna ramai ibu menyusu anak yang masih kurang berpengetahuan.
Ini penjelasan daripada beliau mengapa bayi baharu lahir kerap menangis. Yang baru bergelar ibu dan bakal menjadi ibu, diharap dapat memahami dengan jelas maklumat ini supaya tidak timbul lagi salah faham tentang bayi menangis sebab tak cukup susu ibu!
Masih ramai yang kurang pengetahuan. Masih ramai yang beranggapan bayi menangis kerana lapar.
Anak saya dah almost 2 tahun masih nak duduk bawah ketiak saya 24 jam.
Dia akan menangis, bila saya ke tandas, nak buat kerja rumah, hingga dia puas bonding dengan saya.
Almaklumlah saya ibu bekerjaya. Bila dapat luang masa dengan mak dia, dia akan pulun bonding sampai puas.
Bayangkan bayi baru lahir dengan keadaan penglihatan yang kurang jelas hanya boleh rasa hangat ibu, bau ibu, suara ibu.
Persoalan yang selalu diberi kepada saya.
“Jika susu saya cukup, kenapa bila saya beri susu formula dia berhenti menangis dan tidur”
Kebiasaan bayi baru lahir, 5-7 ml susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan mereka.
Bila bagi susu formula melalui botol, kebiasaan bayi mampu minum hingga 30 – 90 ml sekali minum.
Perut mereka mengembang hingga maksima. Sudah tentu ia membuat bayi tidur. Otaknya kurang aktif kerana tubuh tertumpu untuk menghadamkan susu tersebut.
Itu memang fitrah. Kita pun kalau terlebih makan pun mengantuk.
Jadi ibu, tanggungjawab kita bukan hanya bagi makan pada anak. Tapi kepada emosi,psikologi bayi kita. Apa yang bayi kita perlukan?
“Selesa dan rasa selamat”
Apa yang bayi rasa selesa dan selamat?
“Hisapan dari breast ibu, dakapan dan kehangatan tubuh ibu”
Sumber: Nor Azniza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masuk Usia 6 Bulan, Air Liur Bayi Meleleh, Urut Gusinya & Bagi Gigit ‘Teether’ Sejuk
Sekitar usia bayi 6 bulan ke atas, bila asyik merengek, menangis mungkin petanda awal dia nak tumbuh gigi. Keadaan ini disebabkan rasa tidak selesa pada gusi. Ibu ayah tak perlu rasa nak stres sangat kerana ia adalah normal.
Cuma untuk melegakan keadaan ketidakselesaan itu, Dr Iqbal Rosali berikan tip untuk ibu ayah lakukan jika anak mula nak keluar gigi susu yang pertama.
3 hari anak saya ni demam bila nak tumbuh gigi ni. Agak lewat juga sebenarnya. Dah nak masuk 1 tahun umurnya baru nak keluar.
Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan. Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat bila gigi nak keluar (teething) ini ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
ARTIKEL BERKAITAN [Gigi Susu Anak Belum Goyang, Dah Keluar Gigi Kekal, Ini Sepatutnya Ibu Ayah Perlu Buat!]
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel, untuk masalah teething?Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
Kredit: Dr Iqbal Rosali
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahap Perkembangan Anak 0-12 Bulan, Mama Papa Perlu Tahu Supaya Anak Tak Ketinggalan
Melihat perkembangan bayi anda yang sedang membesar merupakan momen indah buat mama dan papa, lebih lagi buat ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata. Ada yang menjadikan ia jurnal lengkap dengan gambar untuk rujukan dan tatapan pada masa hadapan.
12 bulan pertama adalah waktu paling kemuncak apabila bayi anda yang kecil mula menunjukkan perkembangan untuk membesar dengan sihat dan cerdas. 10 tahap perkembangan penting bayi yang perlu anda ketahui:
3 HINGGA 4 BULAN
- Meniarap
- Meniarap berlaku ketika bayi bertumpu pada perutnya dan bertahan pada posisi tersebut beberapa saat.
- Bayi mula meniarap dengan kemampuan memiringkan badannya ke kanan dan ke kiri, lalu ia belajar berguling di usia sebulan setengah hingga dua bulan.
- Bayi akan belajar meniarap pertama kali pada satu sisi, kemudian pada sisi lain, kemudian berbalik lagi.
- Ketika mencapai usia tiga hingga empat bulan, ketika otot lehernya semakin kuat ia dapat berbaring terlentang dengan memandang lurus ke depan.
- Lengan dan kakinya juga lebih bebas bergerak seiring dengan kemampuannya menggerak-gerakkan kepala.
- Ia juga mulai berlatih berguling dan mengangkat kepalanya dalam posisi meniarap. Pada usia lima bulan barulah ia boleh meniarap sendiri.
4 BULAN
- Mengangkat kepala (usia empat bulan)
- Usia dua bulan bayi mampu mengawal gerakan leher dan kepalanya. Sehingga mengangkat kepala sehingga 45 darjah dengan cara menongkat pada kedua tangannya ketika usiannya tiga bulan.
- Pada umurnya empat bulan, bayi boleh mengangkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi meniarap.
- Kemampuan mengangkat kepalanya ini membantu melatih ketajaman penglihatannya. Bayi juga mula mengangkat kepalanya untuk mencari ibunya bila mendengar suara anda.
4 HINGGA 5 BULAN
- Respon dan bersuara
- Pernahkan anda mendengar si kecil mengeluarkan suara dengan nada tinggi penuh keriangan ketika berjaya mencapai barang yang diinginkan atau ketika ia merasa gembira dengan kehadiran anda?
- Pada awalnya, suara-suara yang dikeluarkan oleh bayi merupakan respons terhadap emosi saat itu.
- Namun pada usia empat bulan ke atas, bayi mengeluarkan suara dengan tujuan lebih jelas.
- Ia akan berteriak dengan gembira bila berjaya mencapai keinginannya. Suara yang dikeluarkannya adalah respon untuk mengungkapkan perasaannya atau berkomunikasi dengan orang yang berada di sekelilingnya.
- Masa berceloteh ini memang sangat dinikmati si kecil. Perhatikan saja saat ia melakukan aktiviti sehari-hari, anda akan mendengar celoteh si kecil anda. Ia akan mengeluarkan suara seperti “aaaahh”, “uuuhhh”, “aaiii.”
7 HINGGA 8 BULAN
- Memegang menggunakan dua tangan
- Di usia empat hingga lima bulan, keduanya tangan anak semakin kuat. Bila Anda memberinya mainan berwarna terang, ia akan menggerakkan lengan dan tangannya menggapai ke arah mainan tersebut.
- Gerakan menggapai ini melatihnya untuk meraih lalu menggenggam dan memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lain.
- Pada usia tujuh hingga lapan bulan pula, kekuatan jari-jemari si kecil meningkat. Ia akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan berbeza. Satu tangan digunakan untuk bereksplorasi, sementara tangan lain untuk memegang.
- Perhatikan, bila satu tangannya memegang mainan kemudian tangan satunya diberikan mainan lain, ia tetap akan memegang mainan pertamanya namun tangan yang satu mengambil mainan yang anda tawarkan itu.
- Jika ada anda memberikan sebuah mainan lagi, salah satu mainan yang sedang dipegangnya itu akan dibuangnya kemudian ia akan mengenggam mainan ketiga yang anda tawarkan itu.
- Duduk
- Kemuncak perkembangan yang mengagumkan daripada seorang bayi adalah ketika ia boleh duduk sendiri.
- Ketika otot-otot punggung dan lehernya sudah cukup kuat untuk menampung badanya, ia belajar duduk.
- Setelah belajar mengangkat kepalanya ketika meniarap, tahap seterusnya si kecil belajar bagaimana menyangga tubuhnya menggunakan kedua lengannya dan mengangkat tubuhnya seakan mini push-up.
- Sekitar usia 6 bulan, bayi Anda mula mencuba duduk sendiri dengan bantuan satu atau kedua tangannya untuk duduk. Ketika di usia 7 – 8 bulan ia menguasai kepandaian baru iaitu dapat duduk sendiri dari meniarap kemudian bangun sendiri dengan bantuan tangannya. Dengan kemampuan duduk ini, ia dapat meraih objek yang diinginkannya.
- Merangkak
- Merangkak adalah cara pertama bayi untuk dapat mengeksplorasi ruang sekeliling bagi mempelajari hal-hal baru yang menarik perhatiannya.
- Cara anak merangkak adalah ketika ia akan belajar keseimbangan melalui tangan dan lututnya kemudian belajar bergerak dengan mendorong badan dan lutut.
- Kepandaian merangkak ini adalah juga salah satu cara menguatkan otot-otot yang akan membantunya belajar berjalan.
- Rata-rata anak belajar merangkak saat ia mula dapat duduk tanpa bantuan pada usia tujuh hingga lapan bulan. Dia dapat mengangkat kepalanya untuk melihat sekelilingnya dan otot-otot lengan, kaki dan punggungnya cukup kuat untuk mencegahnya jatuh ke permukaan ketika cuba bangkit dengan bantuan tangan dan lututnya.
- Di usia sembilan hingga 10 bulan, bayi Anda mencapai kepandaian baru dengan merangkak ke belakang untuk duduk. Si kecil juga menguasai teknik yang lebih maju iaitu “cross-crawling,” gerakan merangkak menggunakan satu tangan dan satu kaki yang berlawanan (contohnya tangan kanan dan kaki kiri) secara serentak.
6 HINGGA 9 BULAN
- Makan sendiri
- Makan sendiri biasanya bermula sejak usia anak enam bulan iaitu ketika si kecil sudah boleh menggunakan tangan dan jari-jarinya dengan baik dan koordinasi mata serta tangannya yang juga semakin baik. Si kecil dapat meraih benda yang jaraknya sekitar 25 cm dengan kedua tangannya kemudian memindahkan benda dari tangan ke tangan lain.
- Bayi juga suka memasukkan barang ke dalam ke mulut, dan dapat memegang dengan ibu jari dan telunjuk untuk mengambil makanan. Tambahan pula gigi yang mulai tumbuh di usia 6 bulan membuat si kecil mula belajar menggigit benda yang masuk ke dalam mulutnya.
- Pada usia ini juga anak sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Di usia 8-9 bulan, kedua tangannya semakin kuat mengenggam suatu benda. Ia boleh memegang sudu walaupun masih kekok ketika memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Biarkan ia bereksperimen menggunakan sudu dan memasukkan benda itu ke mulutnya.
9-12 BULAN
- Mengenal anggota keluarga, takut pada orang yang belum dikenal
- Saat si kecil sudah mengenali anggota keluarga adalah sekitar usia enam bulan. Pada usia ini bayi sudah mulai dapat membezakan wajah orang yang sentiasa berada dalam kehidupannya. Pada masa ini keterikatannya dengan orang yang dikenalnya lebih bererti. Ia dapat melihat, mendengar dan mengingat orang yang dikenalnya.
- Di usia ini pula ia mampu mengamati wajah. Dari situlah ia mulai berkenalan dan akrab dengan orang-orang terdekatnya. Sehubungan itu, pada usia sembilan bulan dan ke atas ia mula mengenali wajah orang-orang yang asing baginya. Ketika ia menyedari sedang seorang diri dengan orang yang tidak dikenalnya, timbul rasa takut.
- Bayi usia lapan bulan sudah boleh merasa takut terhadap orang asing. Si kecil yang ceria boleh tiba-tiba lebih mudah menangis bila ditinggalkan sendirian bersama orang lain yang tak dikenalinya.
12-13 BULAN
- Berjalan
- Di usia 8-9 bulan bayi sudah boleh mengangkat tubuhnya ke psisi berdiri. Biasanya si kecil akan memegang kedua tangannya pada meja, kerusi atau perabot rumah atau apa sahaja yang boleh menahan berat badannya.
- Ia kemudian akan belajar merambat, menggeserkan kedua tangannya ke samping diikuti oleh langkah kedua kakinya. Di usia ini kepandaian anak dalam belajar berjalan semakin baik.
- Jika anda memegang kedua tangannya, dia akan menapak dan mula melangkah. Lama kelamaan, otot-otot kakinya semakin terlatih dan kuat. Si kecil juga kian semangat mencuba kemampuannya berjalan.
- Di usia 11 bulan, ia sudah mampu berdiri sendiri dalam waktu sekitar dua saat tanpa bantuan apa pun karena ia memang sudah pandai menjaga keseimbangan baan. Anak akan mula mencuba untuk melangkah sendiri dua tiga langkah.
- Pada usia 12 bulan, si kecil anda biasanya sudah boleh berjalan walaupun ada ketikanya masih terhuyung hayang.
18 – 24 BULAN
- Bercakap
- Kebanyakkan bayi lancar bercakap di usia dua tahun. Sebelum kata-kata pertama keluar dari mulutnya, dia belajar peraturan berbahasa dan melihat bagaimana orang dewasa berkomunikasi.
- Ia mengawalnya dengan menggunakan lidah, mulut, langit-langit dan gigi untuk membuat suara. Lambat laun kata-kata tak berbentuk ini menjadi kata yang bererti: “mama”, “papa”, “bubu”, “susu” dan sebagainya. Sejak itu, setiap waktu anak mengutip kata-kata yang didengarnya baik daripada ibu atau orang-orang di sekelilinya.
- Kira-kira usia 18-20 bulan, si kecil mempelajari 10 suku kata dalam sehari. Dari situlah ia mula belajar membentuk perkataan .
- Di usia dua tahun, anak dapat membentuk dua hingga suku kata menjadi satu ayat lengkap. Ia dapat menggambarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa, difikirkan dan diinginkannya dalam satu ayat.
Boleh dapatkan nasihat doktor sekiranya si manja anda tidak mampu menguasai kemahiran ini dengan baik a pada usia yang dinyatakan di atas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI