Pernah dengar busy board? Kalau anda tak mahu si kecil bermain gajet, maka perkenalkan permainan busy board sejak bayi lagi. Busy board adalah alternatif permainan yang boleh merangsang kemahiran motor halus dan kasar si kecil selain meningkatkan kemahiran fokus mereka.

Hari ini banyak kes melibatkan anak kecil yang menghadapi masalah lambat bercakap atau speech delay. Jika dirujuk kepada terapis-terapis cara kerja dan pertuturan, rata-rata mengakui menerima banyak kes kanak-kanak yang menghadapi masalah yang sama.

Selepas disiasat kebanyakan berpunca daripada pendedahan terlalu awal pada gajet seperti handphone, tablet dan sewaktu dengannya. Biasa kan tengok ibu bapa bagi anak mereka (usia bayi lagi) tengok video di handphone ketika dalam restoran atau kedai makan?

Seperti kita sedia maklum, penggunaan gajet pada anak lebih banyak keburukan untuk perkembangan otak, sosial, emosi sekaligus penglihatan mereka.

Lalu, bagaimana cara terbaik untuk mencegah anak terus leka dan lalai dalam dunia gajet yang tidak bagus untuk perkembangan mereka? Salah satu cara terbaik adalah dengan memberikan busy board kepada anak.

APA ITU BUSY BOARD?

Tak Nak Bayi Main Gajet, Jom Ajak Main Busy Board. Buat Sendiri Pun Boleh

IKLAN

Busy boad adalah sebuah papan yang di atasnya diletakkan pelbagai alat atau aksesori dengan fungsi berbeza di setiap item yang akan membuatkan bayi tertarik untuk memainkannya sekaligus mendapatkan banyak kelebihan dari busy board tersebut.

Busy board sendiri sudah digunakan di merata dunia dan diakui kesan positifnya pada perkembangan bayi. Kemahiran motor halus si kecil lebih berkembang dibandingkan dengan bayi lain yang kerap diberi main gajet.

Dikatakan permainan busy board juga sangat bagus diberikan kepada anak hiperaktif. Dengan leka bermain anak dapat menyelesaikan masalah yang ada di busy board seperti membuka kunci, membunyikan loceng, menyalakan lampu dan pelbagai lagi aktiviti.

BILA BAYI BOLEH MULA MAIN BUSY BOARD?

Busy board sesuai menjadi mainan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Apabila bayi belum mampu untuk duduk sendiri, anda boleh meriba bayi ketika dia bermain atau meniarapkan bayi dan meletakkan busy board berhadapan dengannya.

KELEBIHAN BAYI BERMAIN BUSY BOARD

IKLAN

Tak Nak Bayi Main Gajet, Jom Ajak Main Busy Board. Buat Sendiri Pun Boleh

Tak seperti alat mainan lain, ada banyak unsur pendidikan yang ada pada busy board dan sangat membantu perkembangan positif anak seperti

Busy board sangat baik untuk merangsang banyak deria anak seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik kasar seperti pergelangan dan sendi.

Busy board juga berguna sebagai cara untuk meniru dan pretend play anak sehingga keseimbangan dan koordinasi antara mata dan tangan anak boleh berkembang lebih cepat.

IKLAN

Busy board juga merangsang anak untuk menyelesaikan masalah, mengajar kemampuan melakukan tugas yang akan berguna untuk diterapkan dalam kehidupan seharian nanti seperti kemahiran mengikat tali kasut, melihat jam, membuka dan memasang butang baju dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Busy board berguna untuk meningkatkan rasa ingin tahu anak sekaligus mengasah kemampuan mereka untuk menyiasat dan mengambil tahu apa rasa tekstur objek yang ada pada busy board tersebut.

OBJEK PADA BUSY BOARD

Anda boleh buat sendiri busy board untuk si manja. Material atau objek yang ada pada busy board ada bermacam-macam dan boleh disesuaikan mengikut usia dan kemampuan bayi atau anak anda yang sudah besar. Beberapa idea objek yang boleh diletakkan pada busy board ini antara yang paling popular dan biasa digunakan ketika membuat busy board.

Tak Nak Bayi Main Gajet, Jom Ajak Main Busy Board. Buat Sendiri Pun Boleh

  • Pengunci pintu.
  • Berbagai jenis potongan karpet dengan bermacam warna dan tekstur.
  • Potongan renda atau pita.
  • Pompom warna-warni
  • Gllitter
  • Suis
  • Kompas
  • Loceng
  • Kalkulator
  • Sikat
  • Span
  • Kompas
  • Tombol

Untuk keselamatan, anda boleh menggunakan busy board dari papan kayu ataupun plastik yang digam dengan kuat serta di lekatkan pada dinding yang sesuai dengan jangkauan bayi anda.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI