Tak nak situasi perang mulut dengan anak kecil, guna teknik rundingan. Maksudnya kita perlu berunding dengan anak-anak apabila wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan mereka. Kita nak anak berkongsi cookies dengan adiknya, tetapi dia nak bolot semua cookies dia.

Kita nak ajak dia balik rumah dari playground sebab hari dah senja, dia masih nak main tanpa peduli jam berapa. Biasalah kan, situasi macam ni.

Dalam situasi wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan anak-anak, perkara PALING UTAMA untuk DIELAKKAN adalah MEMBERI ARAHAN.

Apa kata praktikkan perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini yang boleh membantu ibu bapa untuk menangani anak yang mempunyai ciri tersebut.

Contoh:

“Kakak, kongsi biskut dengan adik. Kakak 5, Adik 5.” Atau, “Kakak, turun gelongsor sekarang. Kita nak balik dah.”

Selalunya, respond anak-anak. Dia akan BALAS semula arahan kita yang seakan-akan menunjukkan mereka ini sedang MEMBANGKANG kita. Maka, saat ini mulalah situasi perang mulut pula dengan anak-anak, kan?

“Kakak nak makan semua. Tak nak kongsi dengan adik.” Atau, “Kakak nak main lagi. Tak nak balik!”

Biasa, kan?

Tak Nak Situasi Perang Mulut Dengan Anak Kecil, Guna ‘Teknik Rundingan’ Untuk Lembut Hatinya

Di sinilah kita perlu belajar SKILL BERUNDING dengan anak-anak. Iaitu skill untuk buat anak-anak MENURUT arahan kita TANPA anak sedar bahawa dia sedang bertindak selari dengan keinginan/arahan kita.

Perkara paling asas kita kena ingat tentang RUNDINGAN ini ialah:

Elakkan memberi arahan

IKLAN

Kenapa? Memulakan dialog dengan arahan menjurus PERBUALAN KE ARAH KOMUNIKASI 1 HALA semata-mata. Kerana itu, arahan ni cenderung untuk mencetuskan PERBALAHAN atau PERTIKAIAN!

Jadi, jangan mulakan komunikasi kita dengan arahan, sebaliknya mulakan dengan BERTANYA SOALAN.

Mesti jelas dan faham, bahawa berunding adalah untuk MAKE AGREEMENT, bukan MAKE ARGUMENT.

PASTIKAN kita susun komunikasi kita dalam FRASA RUNDINGAN, dan bukan FRASA ARAHAN yang menyumbang kepada PERTIKAIAN (argument).

Contoh:

“Kakak, kita bagi adik 5 cookies, dan Kakak ambil 5 cookies. Kita kongsi, boleh?”

“Alaa.. Kakak tak nak kongsi. Kakak nak seorang. Ibu beli lah yang lain untuk adik. Ni semua kakak nak seorang.”

“Oh, kakak nak makan seorang? Setahu Ibu yang dah lama kenal Kakak ni, kakak kan kakak yang penyayang dengan Adik. Kakak suka berkongsi makanan dengan adik. Ibu macam tak percaya Kakak nak makan semua tu, it doesn’t sounds like you. Are you sure you want to have it all alone? A good girl like Kakak, tak pernah lupa untuk berkongsi, kan?

IKLAN

Guna Pendekatan Pujian

Dalam membina rundingan, kita masukkan elemen pujian, elemen approval kepada anak-anak. Dan elemen inilah yang akan membuatkan anak BERSETUJU dengan keinginan/arahan/rundingan kita dengan mudah.

Ada sesetengah kanak-kanak, di tahap ini dia sudah ‘lembut’ dan rundingan damai kita berjaya. Ada setengah kanak-kanak, tak cukup semudah ini. Perlukan SKILL yang lebih besar dan tricky. Dia tetap dengan ‘keputusan’ dia.

“Kakak tak nak kongsi jugak! Nak makan seorang. Biarlah adik tak dapat cookies.”

Di saat elemen emosi dan approval tak jalan, kita tukar elemen lain.

“Ok, Ibu setuju. Kakak boleh tak nak share cookies dengan adik kali ni. Tapi, Kakak juga kena bersetuju kalau next time Ibu belikan adik cookies sedap-sedap, Adik tak kongsi dengan Kakak? Kakak setuju macam ni?”

Elemen apa yang boleh kita guna di sini? Elemen LOGIK.

Logik mudah. What you give, you get back. Atau apa jua logik mudah lainnya. Selalunya, anak-anak ini karakter dominan mereka antara dua inilah.

IKLAN

Sama ada mudah digerakkan dengan PUJIAN, atau mudah digerakkan dengan LOGIK FIKIRAN.

Kisarkan dialog dan rundingan kita, di sekitar dua elemen ini. InshaALLAH, lama kelamaan, kita dapati langsung tidak susah lagi untuk kita berunding dengan anak dan buat mereka bersetuju dengan kita, inshaALLAH.

Tak Nak Situasi Perang Mulut Dengan Anak Kecil, Guna ‘Teknik Rundingan’ Untuk Lembut Hatinya

Kalau logik kali ni juga tidak berkesan, dan anak-anak berkeras tak mahu capai kata ‘persetujuan’. Maka, cuba teknik pujukan pula. Kalau teknik pujukan tidak berjaya, cuba teknik meminta keputusan pula.

Kalau semua teknik tidak berjaya, IT IS OKAY TO FAIL IN YOUR NEGOTIATION. Tidak dalam semua keadaan, rundingan kita berjaya.

Walaupun ia rundingan yang tidak berjaya, YAKINLAH, KITA TELAH MENGAJAR SUATU PERKARA yang amat berharga kepada anak kita. Dialog-dialog matang kita secara tidak langsung sedang mendidik fikiran dan perasaannya.

InshaALLAH, jika lebih KERAP kita tinggalkan teknik ARAHAN dan gunakan teknik RUNDINGAN, lama-kelamaan anak kita akan membentuk sikap TOLERANSI dan DIPLOMASI yang tinggi dengan orang lain.

Tegas Dengan Arahan

Adakah setiap masa perlu berunding dan tidak gunakan teknik arahan? Tidak.

Ada kalanya, bertegas dengan arahan itu perlu. Kalau anak-anak dibesarkan sebagai anak yang tak boleh menerima arahan, INI MUSIBAH. Dia juga tidak akan dapat menjadi manusia yang boleh handle rejection atau handle perbezaan. Kerana itu, bukan setiap masa perlu berunding sentiasa dengan anak. Ada ketikanya, perlu juga memberi arahan.

Cuma, prinsipnya adalah berbeza. Seni berunding, lain caranya. Prinsip mengarah, juga lain caranya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI