Tanpa guna walker, si kecil boleh belajar berjalan sendiri dengan 12 trik & strategi ini. Mama papa wajib cuba, bantu bayi bertatih dan memulakan langkah pertamanya!

Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan bayi. Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dunia bayinya. Kebanyakannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan untuk berjalan. Selalunya, anak kecil akan bertatih pada usia antara sembilan dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi BertatihIngat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar memahami arahan. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan gunakan trik dan strategi untuk mengajar anak untuk berjalan.

12 STRATEGI GALAKKAN SI KECIL BERTATIH

Mari ikuti maklumat bagaimana untuk kita membantu anak kecil meningkatkan keupayaannya dalam perkembangan ini.

1.Pastikan ruang dalam rumah selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut dan ruang tangga.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

2.Setelah anak kecil mula belajar merangkak, bantu dia untuk berdiri dan bertatih. Pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri tegap dengan tanpa jatuh. Ia baik untuk menguatkan bahagian kaki.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

IKLAN

3.Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berikan masa untuk anak mencuba sendiri.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

4.Pastikan ada perabot atau struktur kediaman yang boleh digunakannya untuk berpaut atau pegang supaya dapat bangun dan bergerak sendiri dengan mudah.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

5.Pegang tangan bayi dalam masa dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Galakkan bayi  berjalan sambil memegang ke dua-dua tangan anda. Pegang tangannya sama ada dalam keadaan anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda, Anda seterusnya boleh cuba melepaskannya berjalan tanpa bantuan.

IKLAN

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

6.Mama dan papa cuba untuk berada berdekatandengan si kecil. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Bila anda berada berdekatan, ini membolehkan anda menangkapnya tiap kali dia kelihatan tidak stabil atau

7.Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8.Elakkanmemakaikan bayi kasutbertapak keras dan tidak fleksibel sehingga anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau  Berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

IKLAN

9.Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak rangsangan fizikal. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan

10.Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11.Bagaimana pun, jangan paksa dikecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12.Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di dalam rumah anda atau laman rumah.

Tanpa Guna Walker, Cuba 12 Trik & Strategi Ini Bantu Bayi Bertatih

DUA TAHUN MASIH BELUM BERJALAN? DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR SEGERA

Biasanya bayi yang mula berjalan sebaik sahaja mereka berusia 16 atau 17 bulan tetapi jika bayi anda mengambil sedikit masa untuk bergolek dan merangkak, kemungkinan dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan tambahan untuk berjalan-jalan. Setiap anak kecil berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat daripada yang lain. Namun jika anak kecil hampir mencecah usia dua tahun dan masih belum boleh berjalan, segera dapatkan pendapat doktor anda. Perlu diketahui bahawa bayi pra-matang mungkin lambat mencapai tahap ini dan tahap perkembangan lain berbanding bayi normal lain.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI