Tahukah ibu bapa sekalian anak tantrum dan meltdown ada bezanya? Mungkin bagi ibu bapa yang tiada pengalaman menjaga anak berkeperluan khas, jika melihat tingkah laku anak-anak yang tantrum banyak yang kita fikirkan.

Sebagai masyarakat yang tiada kepakaran dalam bidang pendidikan anak berkeperluan khas serta tidak terlibat sama sekali berhadapan dengan mereka, kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat melalui video rakaman atau gambar sahaja.

Atas rasa tanggungjawab sebagai salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman  dalam dunia pendidikan anak-anak berkeperluan khas, Puan Liyana Raya, Occupational Therapist yang juga memiliki Pusat Terapi membidas kenyataan yang dibuat oleh Saiful Nang tentang satu video anak autistik yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

Kenyataan balas Liyana Raya yang membetulkan tanggapan salah tersebut memang kena pada waktunya. Jika tidak dibimbangi ia boleh menyebabkan masyarakat akan hilang sikap cakna dan prihatin terhadap anak-anak istimewa ini sekiranya mereka membuat tingkah laku yang di luar jangkaan di tempat awam.

Tantrum Dan Meltdown Ada Bezanya. Occupational Therapist Bidas Kenyataan Saiful Nang Tentang Video Anak Autistik

Saya diminta utk mengulas kenyataan ini.

IKLAN

Tantrum ‘dibentuk’ oleh mak ayah? 
Maaf,ini bukan kenyataan sebenar. 
Tantrum dan meltdown ada bezanya.

Meltdown adalah seperti yg dilihat di dalam vidoe ini. 
Saya describe dulu apa yg terjadi di dalam video ini.

Ini adalah situasi seorang anak Autism apabila menaiki pesawat. Panjang perjalanan pesawat ini…. kalau tak silap lebih kurang 7 jam. Bagi seorang anak Autism, we really need to be very clear dengan keadaan Sensory Processing Disorder yg mereka alami; di mana di dalam video di bawah dapat saya lihat bahawa: 

1.Anak ini mempunyai Auditory Processing Disorder -di mana beliau mempunyai kesukaran utk bertoleransi dengan bunyi bising pesawat dan besar kemungkinan sangat relate dengan masalah Vestibular Processing Disorder yg beliau alami iaitu takut dengan ketinggian dan keadaan turbulance di atas awan juga menyebabkan beliau tidak boleh nak duduk diam dan rasa takut——> which is this is the major cause of tingkah laku meltdown seperti di dal video.

IKLAN

Sebab itu anak ini menjerit. Ketidakselesaan yg beliau alami amatlah perit. Kita tak tahu ap rasanya sebab kita TIDAK MENGALAMINYA! But it is REAL for this kid! Kesian. Kesian sungguh anak ini. Beliau memerlukan ketenangan iaitu GADGET.

2. Yes, gadget sebagai ‘penyelamat’ ketika ini. Umum harus mengetahui,bahawa anak Autism sangat mudah tertarik dengan perkara2 visual. They avoid eye contact but they can tolerate with visual cues. Sebab tu visual schedule banyak digunakan sebagai alat komunikasi utk Autism. Bagi mereka,inilah ‘penenang’.

Tuan/Puan,
Kita ni pun apabila berada dalam sesuatu keadaan yg menyakitkan,kita memerlukan sesuatu utk menenangkan kita bukan? Kita perlukan sesuatu utk kita divert kesakitan itu. Bagi keluarga ini,mereka mungkin tidak dapat mengelak situasi perlunya berjalan jauh menaiki pesawat atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Takkan nak tinggalkan anak Autism mereka beribu batu jauhnya? Nak tak nak kena bawa.

IKLAN

Tapi anak Autism ini… disebabkan oleh terlalu banyak isu Sensory Processing Disorder yg beliau alami,maka utk beliau bertahan sepanjang perjalanan itu amatlah mustahil. Mustahil! Nak tak nak sama ada kena bagi sesuatu yg boleh menenangkan mereka atau terpaksalah bertahan dlm keadaan seperti ini.

Mungkin anak ini sedang melalui intervention utk masalah sensory nya tetapi kalau dah dalam keadaan masalah sensory ini tak setel lagi (masalah Sensory Processing Disorder yg dialami oleh anak Autism bukan boleh sembuh dlm setahun dua saja ye…. proses intervensi memang ambil masa yg lama)…….nak buat mcm mana! He needs something to calm him down!

3. Dan mungkin anak Autism ini adalah seorang yg hyperactive juga,maka deria Proprioceptive nya ‘mencari’ pergerakan sebab itu kelihatan seperti beliau sedang ‘membuat kacau’ tapi hakikatnya tidak! Beliau sedang mencari pergerakan di persekitarannya yg boleh membuatkannya duduk diam dan divert kan attention nya drpd masalah yg disebutkan di atas tadi.

Inilah dia penjelasan dari sudut kami sebagai seorang Therapist. Ye anak ini perlu dirawat tapi bukan dlm kebanyakan masa. Ada masanya kena juga kita semua adapt dengan keadaan beliau.

Allahu… saya takleh bayangkan betapa penatnya anak ini meraung dlm pesawat sedemikian rupa. Dan kenapa dlm komen banyak yg cakap ‘kalau aku dlm pesawat dengan budak ni,dah lama aku lempang dia’. I was like what?????!!!!! Kesian,syaa kesian. Kesian kat anak ni 

Ini bukan kes gadget beracun. 
This is ISOLATED CASE. 
Org yg menilai harus punya knowledge yg tinggi tentang perkara ini. Kalau tak,main tangkap pukal aje la tulis mcm ni…. hurm…

Sumber: Liyana Raya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI