Untuk pengetahuan ibu, teknik urutan yang betul boleh meningkatkan kesihatan bayi dan membantu tumbesaran. Malah mengurut bayi dengan lembut akan membuatkannya berasa lebih tenang.

Jika diikutkan mengurut bayi bukanlah sesuatu yang pelik kerana telah ramai ibu bapa mengamalkannya. Mengurut bayi adalah aktiviti yang menyenangkan dan membuatkan pasangan dapat memanfaatkan masa mereka bersama anak.

Sambil mengurut dengan lembut anda boleh bercakap dengan bayi. Nak lagi menyeronokkan boleh menyanyi dengannya. Anda boleh lihat reaksinya dengan senyuman, ketawa atau keletahnya.

Bayi memerlukan ungkapan kasih sayang daripada ibubapanya. Salah satu cara untuk melahirkan kasih sayang tersebut adalah dengan mengurut bayi. Dengan cara mengurut yang tepat, bayi anda akan mendapat banyak manfaatnya.

Teknik Urutan Yang Betul Boleh Meningkatkan Kesihatan Bayi Dan Membantu Tumbesarannya

Kebaikan Mengurut Bayi

IKLAN

Kasih Sayang

Bayi akan rasa satu sentuhan kasih sayang daripada ibu atau ayahnya ketika diurut. Kasih sayang merupakan perkara yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Sentuhan lembut dari tangan dan jari ibu dan ayahnya membuatkan fizikal dan emosinya lebih stabil.

Bantu Tumbesaran

IKLAN

Proses tumbesaran bayi akan menjadi lebih baik dengan cara mengurut bayi. Malahan bagi bayi pramatang, proses urutan sangat bagus dan mempercepatkan pertambahan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut.

Kesihatan bayi lebih baik

Bayi yang diurut biasanya perjalanan darah lebih lancar, proses penghadaman baik selain memperbaiki pernafasan bayi. Malahan dengan mengurut juga boleh meningkatkan sistem antibodi bayi.

IKLAN

Lebih tenang

Bukan sahaja bayi lebih tenang, ia membuatkan tidur bayi anda lebih lama kerana keselesaan yang diperoleh selepas urutan. Di samping itu, mengurut bayi juga sangat bagus untuk menguatkan otot sepanjang tempoh tumbesarannya.

Peringatan buat ibu ayah, mengurut bayi boleh dimulakan di bahagian telapak kaki kemudian barulah ke belakang, dada, perut, lengan dan muka bayi. Jika bayi menangis segera hentikan urutan. Boleh jadi bayi berasa tidak selesa kerana lapar, ingin didukung ataupun nak tidur.

Sumber: www.wom.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI