Siti Aafiyah atau nama gelarannya Si Comel Pipi Merah, puteri sulung pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin membesar dengan bijak dan ceria.

Penghibur hati ibu dan ayah yang semakin menambah kebahagiaan rumah tangga yang hampir 12 tahun dibina turut menceriakan sambutan Syawal Siti dan Datuk K tahun ini.

Betullah kat orang, kehadiran bayi dalam hidup akan membuatkan hari kita ceria dan gembira melihat telatahnya setiap saat.

Telatah Comel Siti Aafiyah Sembang Dengan Ayahnya Menghiburkan Netizen. Makin Bijak Comel Pipi Merah

Aafiyah yang kini berusia tiga bulan sudah mencapai tahap perkembangan sama seperti bayi lain seusianya bila sudah pandai ‘bercakap’ dalam bahasanya serta mula mengenali ibu dan ayahnya.

Baru-baru ini Siti memuatnaik video di Instagramnya mengenai telatah Aafiyah bersama suaminya. Dalam video tersebut Aafiyah yang comel seolah-olah sedang berbual dengan ayahnya.

Datuk K juga dilihat seronok melayan apa yang cuba diceritakan oleh Aafiyah.
Tambah lucu bila Siti menulis kapsyen kelakar.

IKLAN

Ngadu kat Ayah dia la tuu.. ibu sibuk masak laksa Johor & spaghetti meatballs harini..

Memang seronok melayan bayi usia macam Aafiyah yang tengah pandai nak berbual ni. Rasa cepat sangat masa berlalu.

Sebenarnya pada usia ni memang bayi sudah pandai membuat suara agah-agahnya. Apa yang dilakukan oleh Datuk Siti dan Datuk K memang tepat sekali.

Ini kerana memang tugas ibu ayah untuk membantu si comel mengembangkan kemahiran bahasanya dengan rajin melayannya bercakap sepanjang hari.

Tak kisahlah sama ada bayi anda faham atau tidak, yang penting bila anda memberi respon pada ‘percakapannya’, ia membantu bayi untuk terus belajar mengembangkan kemahiran bahasanya.

IKLAN

Kajian juga mendapati tahap kepintaran yang tinggi seseorang anak itu turut dipengaruhi oleh berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu dengar pada tahun pertama kehidupannya.

Comelnya Aafiyah dah pandai mengadu

Telatah Comel Siti Aafiyah Sembang Dengan Ayahnya Menghiburkan Netizen. Makin Bijak Comel Pipi Merah

Dilihat pada bonding yang terjalin antara Aafiyah dan ayahnya membuktikan betapa eratnya hubungan anak dan ayah ini.

Sebenarnya pada usia bayi seperti Aafiyah, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan ibu ayah serta mengenali wajah kedua insan yang paling rapat dengannya.

IKLAN

Walaupun ada bayi yang mudah tersenyum pada orang yang tidak dikenali terutama jika orang itu bertentang mata dengannya atau bercakap dengannya, namun dia sudah mula tahu siapa orang yang rapat dalam hidupnya dan boleh menentukan siapa yang lebih disukai antara mereka.

Telatah Comel Siti Aafiyah Sembang Dengan Ayahnya Menghiburkan Netizen. Makin Bijak Comel Pipi Merah

Wah, nampaknya Aafiyah dah pandai mengadu dekat ayah dia…Jaga-jaga Tok Ti nanti si comel ini mesti banyak cakap orangnya. Jangan risau, biasanya kalau anak petah bercakap ni bijaklah orangnya nanti.

Apa pun semoga Siti dan Datuk K enjoy moment Aafiyah kejut tengah-tengah malam untuk melayannya bersembang sebab ini akan jadi antara kenangan paling dirindukan oleh ibu ayah bila anak semakin membesar.

Sumber: Instagram ctdk

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI