Tengok je mama pakai tudung atau papa bersiap-siap nak keluar, si bayi pun mulalah tidak tentu arah, hulurkan tangan nak ikut. Kenapa keadaan ini berlaku? Elakkan lakukan kesilapan ini.

Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

Bila mama papa bersiap nak kelyar, dia pun mulalah nak mengikut. Nampak mudah tapi bila hanya mama & papa yang alaminya tahu.

Memang normal apabila bayi berkelakuan begini. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety adalah perkara biasa yang terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini?

TIDAK TERJADI PADA BAYI KECIL

Bayi yang lebih kecil daripada 4 tidak tergugat dengan perpisahan. Asalkan keperluannya dipenuhi, tiada masalah. Tetapi bagi bayi pada berumur lebih tua mula belajar tentang “keabadian objek” atau permanence object.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

 

Mereka tahu mama papa ada walaupun mereka tidak dapat dilihat di depan mata. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

IKLAN

SEBAB

Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.

Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun.

Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.

IKLAN

5 TIP  HADAPI SEPERATION ANXIETY

Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

1.TENANGKAN DIRI

Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental.  Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.

2.PENJAGA BAYI PERLU BERTINDAK

IKLAN

Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

3.PASTIKAN MASA YANG SESUAI

Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

4.LATIH

Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.

Tengok Mama Pakai Tudung Atau Papa Bersiap Nak Keluar, Baby Pun Mulalah. Ini Jadinya Bila Dia Dah Pandai Nak Ikut

5.BERPERINGKAT

Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI