Akhirnya hasrat suami Nora Danish, Nedim Nadzim untuk membantu bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal tercapai apabila dia telah berjaya membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan khusus di sebuah pusat perubatan swasta.

Menerusi facebook bapa bayi berkenaan, Danial Rayyan telah memuat naik sekeping gambar keluarganya bersama Nedim.

Di kapsyen gambar tersebut, dia dan keluarga cukup gembira dengan pertolongan yang diberikan.

“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulis Danial.

IKLAN

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai pengikutnya. Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat bayi tersebut selain memuji keprihatinan dan sikap pemurah Nedim yang sudi menghulurkan bantuan.

Sementara itu, menerusi akaun twitter Nedim, dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan keluarga bayi tersebut dan berharap bantuan yang diberikannya kepada keluarga itu dapat menyembuhkan penyakit anaknya secepat mungkin.

IKLAN

Terdahulu, Nedim menyuarakan hasratnya untuk membantu menanggung kos rawatan bayi tersebut sebaik sahaja mendapat tahu tentang penderitaan yang dilalui anak kecil itu.

Tidak hanya kos rawatan, tetapi Nedim juga bermurah hati untuk menampung perberlanjaan hotel dan pengangkutan kedua ibu bapa bayi tersebut sepanjang berada di Kuala Lumpur.

IKLAN

Atas bantuan orang ramai, Nedim berjaya menghubungi kedua ibu bapa bayi terbabit dan menyalurkan bantuan yang dijanjikan.

Sumber: FB & IG Danial Rayyan / Twitter Boss Ned

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI