Ibu bapa yang terlalu kerap melarang anak dengan perkataan jangan dan tak boleh, anak akan membesar dengan tiada keyakinan diri dan penakut.

Sebenarnya melarang anak termasuk dalam salah satu cara mendidik anak yang harus di pelajari oleh ibu bapa. Nampak macam mudah tetapi jika tersalah langkah akan membuatkan anak jadi seorang yang tiada keyakinan diri.

Dalam melarang anak, ibu bapa sering menggunakan perkataan “Jangan” dan “Tak Boleh”. Dua perkataan ini akan keluar secara automatik dari mulut ibu bapa apabila ingin menghalang anak daripada melakukan sebarang perkara. Mengapa sedemikian?

IKLAN

Jika diikutkan banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa selain mengulangi perkataan jangan atau tidak. Kreativiti ibu bapa dalam mendidik anak tidak terhad. Apa sahaja pendekatan yang boleh membantu dan mendidik anak dikira satu bonus dalam sebuah keluarga.

Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menghalang dari penggunaan perkataan jangan atau tak boleh.

IKLAN
  1. Berikan alasan
    Gunakan perkataan ‘mama atau papa tahu kakak menyukainya, tapi…” dengan begitu, anda boleh memberi alasan pada anak mengapa ia tidak boleh melakukan perkara tersebut. Melalui cara ini, anak akan memahami mengapa tidak boleh. Selain itu, anak juga boleh menasihati rakannya jika melakukan perkara yang sama.
  2. Guna isyarat berhenti
    Untuk berkomunikasi tak seharusnya secara verbal semata-mata. Begitu juga ketika melarang anak, selain menggunakan kata jangan atau tidak dengan intonasi yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan tanda isyarat atau bahasa badan. Cara ini membantu anda untuk melarang anak menghentikan aksinya saat berada di tempat yang anda tak boleh meninggikan suara seperti di masjid.
  3. Bahasa pengganti yang kreatif
    Sebagai ibu bapa ada baiknya anda menggunakan bahasa yang lebih kreatif apabila ingin melarang anak. Guna bahasa yang mudah difahami. Contohnya: “Itu kotor.. nanti kakak akan sakit..” “ Ini bukan untuk anak-anak, jom kita beli yang lain.. Ayah beli yang lagi elok”

Dengan penggunaan bahasa yang lebih lembut, anak          akan rasa selesa dan tidak memberontak apabila                keinginannya dihalang. Mungkin anak akan jadi seorang      yang lebih sabar.

Terlalu Kerap Melarang Anak Dengan Perkataan ‘Jangan’ Dan ‘Tak Boleh, Bila Besar Anak Tiada Keyakinan Diri

IKLAN
  1. Alihkan perhatiannya
    Salah satu cara terbaik untuk mengatakan tidak pada anak ialah dengan cuba mengalihkan perhatiannya pada sesuatu yang lebih menarik. Anak yang masih kecil mereka akan cepat lupa dengan perkara yang dimintanya pada waktu itu jika ada aktiviti lain yang menyeronokkan.
  2. Jangan terlalu suka melarang anak
    Penggunaan perkataan tidak dan jangan sepanjang masa harus dielakkan. Jika apa yang dilakukan tak terlalu bermasalah, gunalah perkataan yang lebih positif untuk menasihati anak. Cara ini membantu anak memahami bahawa apa yang dilarang oleh ibu dan ayahnya boleh mengundang bahaya pada diri mereka.

Kesimpulannya, dalam mendidik anak ibu bapa harus tahu memainkan peranan. Apabila kita mampu mengawal perasaan, secara tidak langsung anak-anak akan hormat dan memahami prinsip ibu bapanya sendiri.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI