Tahniah, anda hamil! Inilah ayat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri kan. Di awal kehamilan tahap kesihatan ibu dan bayi sangat penting.

Elakkan dari buat kerja-kerja berat, elakkan diri dari lasak sangat, dan juga janganlah makan makanan yang boleh mengancam nyawa ibu-ibu dan juga bayi. Jika boleh hadkan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini lagi baik.

Setiap ibu kekuatannya tak sama. Ada yang ok masa mengandung walaupun agak lasak tapi ada juga ibu yang memang kena banyak berehat sebab boleh menyebabkan kandungan berisiko. Apa yang dikongsikan oleh Puan Fizah Sobri mengenai dirinya dan anak akibat terlalu lasak di awal kandungan boleh menjadi peringatan buat semua wanita dan suami.

Terlalu Lasak Di Awal Kehamilan, Ibu Ini Terpaksa Lahirkan Anak Pra Matang Dan Di Tahan Di Wad 7 Bulan

Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Especially 1st time pregnant.

  1. Jangan terlalu gagah drive. Tak kira manual@auto
  2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah 
  3. Tak payah masak. Suh je laki hang masak @ tapau
  4. Bakal-bakal ayah jangan sedap-sedap je rasa bini kau tu strong . Walaupun dulu bini kau budak sukan.

Pengalaman yang cukup terkesan.

Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sbb berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka.

Lepas 6bulan, Alhamdulillah. Pregnant lagi. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Setengah jam kalau nak turun @naik.

Terlalu Lasak Di Awal Kehamilan, Ibu Ini Terpaksa Lahirkan Anak Pra Matang Dan Di Tahan Di Wad 7 Bulan

Time ni part time study pjj kat uthm. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas kulai -batu pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnant dlm 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tapi tak . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak tak nak kne la dtg amik bini dia kannn.

IKLAN

Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc cakap miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gembira.

Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dengan gembira . Ooo ye . Hakak pospone sem sebab tak nak drive jauh . Taubat 

Terlalu Lasak Di Awal Kehamilan, Ibu Ini Terpaksa Lahirkan Anak Pra Matang Dan Di Tahan Di Wad 7 Bulan

29w kandungan, hakak eksaited nak tau baby laki ke perempuan. Konon nak suprise. Tapi hakak tak boleh tahan

Mula la episod-episod pelik. Mungkin kesan dari bleeding di awal kandungan.

Bila scan, baby kecik. Doc pelik. Betul ke 29w? Tapi hakak memang confirm. Refer klinik kesihatan yang buat checkup . Follow up seminggu, baby memang kecik dari usia. Terus kene tolak pegi HSA,JB. Ingat refer macam tu je . Sekali hakak kena  tahan wad terus. Uri tak lekat betul kat dinding rahim . 2 minggu hakak berhuhu dalam wad dengan uniform pink . Jiran sebelah katil dah bertukar lebih dari 20 orang . Hakak kental .

32w bila scan aliran darah terbalik . Terus emergncy czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm.

IKLAN

Anak hakak besar tapak tangan. Hakak macam berkira -kira . Boleh ke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Sampai hakak jumpa 1 group yang sangat membantu. Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah & tq pada group admin&ahli. Hakak tak pernah post apa-apa pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tapi kalau hakak post, orang cuma akan cakap ‘kesiannya ‘. ‘Sabar ye ‘. ‘Banyak-banyak bersabar ‘. Huhhhh! Seriously . Hakak lagi rasa down. Derrrr . Luu baru kumpul kekuatan, tapi orang cakap kesian kesian kesian .agak2 apa yg lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yang terasa.

Terlalu Lasak Di Awal Kehamilan, Ibu Ini Terpaksa Lahirkan Anak Pra Matang Dan Di Tahan Di Wad 7 Bulan

Berbalik pd anak.

Boy

800g

32w 2d

IKLAN

17-6-2017

Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis

Nicu 51days. 2bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sebab rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan, discharged. Wehooooo . 7bulan derrr duk wad. Maksudnya 7bulan anak tak balik rumah . Langsung.

Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dengan oxygen. 2minggu kat rumah . Banyakkkkk perubahan +ve . Harap-harap checkup lagi skali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn 

Last but not least. Jagalah kandungan anda . Peace yoooo .

#prayforHadi

#survivor

Sumber: Fizah Sobri

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI