Sejak perkongsian Adam Corrie Lee mengenai isterinya, Fazema Mohd Fuad yang berjaya hamil selepas beberapa kali mengalami keguguran, ramai yang ingin tahu tip dari pasangan ini.
Terbaru melalui instagramnya, Adam Corrie Lee terbuka berkongsikan beberapa tip dengan peminatnya.
Secara ringkas, Adam menyatakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata boleh mendapatkan rawatan atau merujuk dengan doktor pakar sakit puan di mana-mana hospital.
“Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik,” katany
IKLAN
Tambahnya, isterinya turut menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat untuk memudahkan kehamilan berlaku.
Paling penting, Adam berpesan jika bajet tidak mencukupi, boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
“Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan untuk tahu sama ada ada masalah atau tidak.
IKLAN
“Jika ada masalah, ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Adam berpesan agar pasangan suami isteri tidak mengambil ubat suplemen tanpa saranan doktor.
IKLAN
“Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar.
“Tiada jalan pintas. Doa, usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah,” katanya.
4 kali hamil (1 kali hamil luar rahim, 2 kali hamil tapi keguguran, 1 kali hamil kembar (sekarang ) tapi satu keguguran dan satu ni sdg tunggu masa utk dilahirkan .. insyaAllah .. doakan semua selamat.)
Sumber: instagram adamcorrielee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman seorang ibu yang mengalami kemurungan masa mengandung akibat sikap sendiri yang mudah stres boleh memudaratkan diri sendiri.
Puan Nurull Halawati berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan bersyukur kerana ketika diri sedang terumbang-ambing, suami memberikan sokongan dan sentiasa bertenang menangani situasi tersebut.
Jadikan pengalaman ibu ini sebagai pengajaran dan panduan bersama.
WANITA , KEMURUNGAN & STRESS
Membaca kes-kes ngeri melibatkan isteri meroyan dan kemurungan, mengingatkan saya pada kes diri sendiri.
Iya, saya sendiri pernah mengalami fasa stress hingga hampir kemurungan yang agak teruk waktu mengandungkan Hafii. Ditambah pula masa tu kami baru tahu emak ada kanser payudara, dalam masa sama kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kawin adik perempuan. Semua itu bergabung membentuk satu tekanan EMOSI yang sangat hebat. Masa tu ada juga watsap kawan yang kerja doktor untuk bantu carikan tempat untuk terapi. Pembawaan budak barangkali, hari-hari menangis dan merasa semua keadaan mengecewakan.
Kesedihan dan keserabutan hidup juga berkait dengan masalah kebersihan. Bukan mengada-ngada, tapi sejak kecik lagi saya memang penggeli, dan sangat berkira bab kebersihan ni. Sampai balik kampung pun saya bertinggung je tak nak duduk atas papan kayu yang ada lubang-lubang nampak tanah tu (rumah kampung lama).
Sampai sekarang, pergi mana-mana pun wajib saya bawa kain bersih@ cadar untuk lapik tempat baring saya dan keluarga. Sebab saya bayangkan tilam tu terbiar lama dan penuh habuk. Tak boleh lena bila fikir tidur atas beribu-ribu habuk dan hama. Saya rasa itu penyakit saya (geli habuk). Pergi hotel pun saya akan lapik juga tempat tidur saya. Kalau ada kain batik pun jadilah, asalkan berlapik.
Setengah orang boleh tidur di mana saja, bawah meja, celah timbunan baju dll. Tapi saya, zaman sebelum kawin dulu sebelum tidur bilik kena rapi, senyap dan tenang. Sebelum tidur sembur minyak wangi dulu, baca doa dan tidur. Renyah kan..tapi gitulah kekdahnya.
Jadinya, keadaan di rumah wajiblah indah dan menenangkan. Dari dulu hobi saya hias rumah, susun bunga, deko macam-macam. Masa dekat asrama bilik hostel saya paling bersih dan cantik, dapat hamper lagi.
Tak Boleh Tengok Rumah Bersepah!
Masa dapat Anis, rumah mantain bersih dan kemas lagi. Masuk anak kedua, dah bersepah sikit dan jenuh jugalah mengemas. Masa mengandungkan Hafii, Maya dah 3 tahun dan dia paling suka sepahkan rumah. Jenis tumpah air merata-rata, makanan pun bersepah satu rumah. Carpet pun pakai jenis yang boleh basuh selalu. Disitulah bermula stress saya, merasa diri macam bibik yang terlebih waktu kerja
Saya akan kemas rumah hari-hari, malam mengemop, vacuum. Hari-hari, berulang-ulang sampai naik penat. Tambahan pula saya menulis, jadi selagi rumah bersepah selagi itulah otak ‘jammed’, blur je rasa.
Sampai ada sekali tu, saya tak mampu lagi kawal emosi, bungkus baju dan angkut dua beradik ni pergi hotel. Dengan mengandung, beg lagi, budak kecik 2 orang ni lagi…nangis-nangis macam dalam drama tv tu (sendiri tulis skrip sendiri berlakon).
Masa tu rasa nak lari jauh-jauh, ke hujung dunia gitu. Memang rasa PERLU SANGAT untuk keluar dari rumah yang macam Titanic karam tu. Saya pun ambil grab, turun depan Hotel Sunway. 20 minit dari rumah.
Suami balik kerja petang tu dia relax-relax je dekat rumah, ingat saya pergi rumah mak. Orang punyalah merajuk, tunggu panggilan dia memujuk, dia tak sedar pun tragedi itu (surat cinta atas meja pun dia tak baca..eee..geram rasa). Masa ni memang rasa lawak sebab tak macam dalam drama bila laki kuar dalam hujan cari bini dia.
Lepas dah sedar saya takde di rumah mak baru dia kaget dan watsap saya tanya di mana. Baru dia kelam-kabut datang ke hotel saya dan anak-anak. Duduk situ 2 hari rasa tenang dan hilang keserabutan.
Mujur Ada Suami Yang Sabar Dan Tenang
Sejak kes drama tak jadi tu, saya dan suami berdiskusi panjang. Suami pun menasihati+memujuk+kaunseling bagai. Keadaan berubah, anak-anak akan selalu buat sepah, saya kena belajar menerima keadaan tu. Tak larat tak perlu kemas.(panjang la tarbiah dia sambil usap-usap kepala saya macam anak kecil). Isteri pun nak dimanja tau.
Akhirnya perlahan-lahan saya cuba berubah. Kalau dulu hari-hari mop, vacuum, sekarang seminggu sekali. Kalau dulu pantang bersepah saya macam lipas terbang kemas rumah, sekarang lebih santai dan pejamkan mata je. Dulu selalu cuci mata tengok FB Deko Rumahku Syurgaku, sekarang memang tak tengok dah, bimbang penyakit lama datang balik.
Bersabar jelah sambil tunggu anak-anak membesar. Dah lama tak beli pasu bunga cantik-cantik. Ku tahan saja keinginan itu. Siap berazam lagi, nanti bebudak ni dah besar saya nak upah ID datang umah, buat konsep macam hotel gitu. Kesimpulan dari drama di atas, peranan suami sangatlah penting ketika isteri gagal mengawal emosi, ketika isteri merungut tentang keletihannya, ketika isteri bersikap kalah anak-anak kecil. Kerana mereka bukan robot atau bidadari syurga yang takde nafsu untuk marah atau kecewa. Layani mereka, dengari mereka dan tenangkan mereka dengan kata-kata yang indah. Mereka penat memanjakan anak-anak, sesekali mereka juga mahu dimanjakan sang suami.
Masalah saya selesai, stress saya berjaya diatasi apabila suami menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Suami perlu jadi tenang saat berdepan dengan isteri yang sedang menghamburkan lahar kepenatannya
Buat isteri dan ibu di luar sana, jangan sesekali memendam semua keperitan rasa, luahkan dan dengarkan pada seseorang(seharusnya suami), supaya keadaan tidak bertambah teruk di masa depan. Ibu bahagia keluarga harmoni.
Biasa jika masak makanan berasaskan sup, sambal tumis atau kari, pasti akan nampak lapisan minyak diatasnya kan? Kadang ketika memasak sup daging, lemak dari daging itu akan keluar.
Mungkin masa tengah panas kita tak perasan pun lapisan minyaknya tetapi bila sejuk jelas kelihatan lapisan tersebut.
Ada ibu-ibu yang mungkin tak tahu lagi cara untuk membuang lemak daging dalam sup dengan mudah.
Tip yang dikongsikan oleh Hani Mynis boleh dicuba dan hanya menggunakan senduk sejuk. Macam mana nak buat, ikuti langkah dibawah ini.
Kali ini kita kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ini.
1) Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
2) Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit dah memadai)
3) Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukannya panas-panas) secara membulat.
4) Boleh nampak lapisan lemak yang melekat pada senduk tersebut.
5) Buang hasil minyak yang membeku. Selesai masalah!
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu. Bila dah buang lapisan lemak ini, sekurang-kurangnya bolehlah kurangkan kolesterol. Lepas ni boleh praktikkan ya!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila memikirkan tentang anak pasti mana-mana ibu bapa pun akan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Salah satunya adalah mempersiapkan tabungan untuk mereka apabila besar kelak. Tidak terkecuali bagi pasangan muda ini, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim.
Uniknya mummy dan daddy Maryam ini bukan hanya sediakan tabungan biasa bahkan turut membuat tabungan berupa emas buat anak sulung mereka ini.
Disebalik kisah emas, bukan sekadar saja-saja, rupanya Fizo mula menyimpan emas untuk dirinya sendiri sejak 10 tahun lalu. Hebat!
“Saya mula menyimpan emas sejak saya bujang lagi dan cara ini sebenarnya tip yang diajarkan oleh kedua ibu bapa saya. Kalau ada duit lebih setiap bulan, saya akan belikan emas untuk diri sendiri, dalam bentuk barang.
Saya akui ketika itu saya sama macam orang lain, terpaksa ikat perut dan berjimat cermat demi untuk masa depan. Tapi walau macam mana cara sekalipun, saya tak terlepas kumpul dan beli barang kemas demi memastikan misi tabungan saya berjaya.
Bukan simpan sahaja, kemudiannya saya kumpul dan leburkan semula menjadi ketulan emas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi saya rasa tabungan emas adalah yang terbaik dan semua ibu bapa perlu wujudkan tabungan semacam ni buat anak-anak.
Bagi saya emas adalah aset yang terbaik berbanding simpanan lain yang ada dividen. Senang nak dicairkan semula dan kalau apa-apa kecemasan, boleh digunakan.
Saya mula belikan untuk Mawar selepas kami berkahwin dan sekarang ni saya buat tabungan yang sama pada Maryam pula. Setiap bulan saya tak terlepas belikan Maryam barang kemas dan kemudiannya saya kumpul,” katanya sambil menunjukkan gambar bongkah emas yang tertulis namanya dan Mawar.
Kata Fizo lagi, semua ibu bapa perlu ada kesedaran untuk menyimpan emas sendiri, untuk tujuan kecemasan.
Malah kata Fizo, bukan hanya emas, bahkan ibu bapa perlu memperuntukkan tabungan buat anak-anak.
“Selepas saja anak lahir kita perlu wujudkan tak kira apa jenis tabungan, supaya apabila anak sudah berusia 20 tahun, dia sudah punya tabungan pendidikannya sendiri,” katanya lagi yang turut berkongsi perihal tabungan dan simpanan di dalam kelas motvasi yang dikendalikannya.
Banyak benarnya kata-kata Fizo ni. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidup kita. Kalau ada kecemasan, emas dan tabungan ini pastinya boleh membantu.
Jadi ibu bapa di luar sana kenalah contohi pasangan yang sama-sama punya perniagaan yang kukuh ini. Hebat!
Kredit Foto: instagram @mawar_karim & @fizoomar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!