Mendidik anak untuk pandai menulis supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran, sudah tentunya memerlukan kerjasama daripada ibu ayah agar barulah berjaya. Mana taknya, masalah anak tidak pandai menulis, dikatakan berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak tahu cara betul mendidik anak.

Antaranya puncanya ialah mendedahkan anak dengan gajet seawal usia dua tahun dan masa yang lama bermain gajet, tidak membenarkan anak melakukan aktiviti lasak seperti bergayut, tiada permainan gali tanah atau main uli tepung merupakan antara punca-punca tiadanya rangsangan kemahiran motor halus.

Perkongsian saudara Hazhari Ismail Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah, mengenai punca anak tidak boleh menulis ekoran sikap ibu bapa ada betulnya. Diharap kita semua muhasabah diri dan jadikan ia penanda aras buat kita semua untuk motivasi tinggi dalam mendidik anak menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajarannya.

6 tahun lalu, saya ada tanya kepada seorang so called pakar, macam mana nak bagi kanak-kanak membaca dan menulis. Jawapan mudah beliau,  “Kalau nak bagi anak baca cepat, suruh anak baca!”  “Kalau nak bagi anak tulis cepat, suruh anak tulis!”  Dalam nada gurauan.

 Dan saya tak pasti adakah beliau bergurau atau serius. Tapi, bagi insan yang naif ketika itu, saya anggap ia satu benda yang serius sambil melihat peserta yg terdiri daripada ibu bapa mengangguk setuju.

 Bagaimana nak suruh si kecil menulis dan membaca pada sesuatu kemahiran yang belum dikuasai.

 Dia belum pernah menulis dan kita suruh dia menulis. Ini salah faham terbesar masyarakat.

Tak Mahu Anak Ketinggalan Dalam Pelajaran, Anak Kena Pandai Menulis. Perlu Kerjasama Ibu Ayah Barulah Berjaya!
Kanak-kanak itu belum bersedia untuk menulis, malah mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan betul, apatah lagi untuk menulis.

Saya membantu mengedarkan satu kertas A4 kosong dan sebatang pensel untuk kanak-kanak umur 5 tahun. Menjadi pemerhati kepada guru tadika.

 Malangnya, pemerhatian saya membuat saya sedih. Kanak-kanak itu bukan sahaja tidak bersedia untuk menulis, malah mereka mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan betul, apatah lagi untuk menulis.

Lagi menyedihkan, si guru juga percaya hanya ada satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk menulis, iaitu biarkan mereka menulis.

Si guru terlupa, dalam proses menulis, di situ terletak konsep pra-menulis atau pre-writing.

IKLAN
Tak Mahu Anak Ketinggalan Dalam Pelajaran, Anak Kena Pandai Menulis. Perlu Kerjasama Ibu Ayah Barulah Berjaya!
Proses terawal untuk membenarkan jari itu menulis dengan baik, guru dan ibu bapa perlu memberi aktiviti yang berasaskan large muscle

LATIH KEMAHIRAN MOTOR ANAK 

Untuk memahami perkembangan kanak-kanak, ia berkembang melalui proses. Di dalam kemahiran menulis, ia amat berkait rapat dengan kemahiran motor halus (fine motor skill) di bawah perkembangan fizikal.

 Untuk membenarkan kanak-kanak menulis, ia merangkumi proses memanipulasi pensel. Ia memerlukan proses dan peringkat tertentu.

 Kemahiran motor (motor skill) bermula dari inside to outside. Dari large muscle ke small muscle. Di situ konsep gross dan fine motor skill wujud.

Maksudnya, tanpa kemahiran large muscle seperti lengan (arms and trunk), maka jangan bermimpi jari dan tangan akan menjalankan dengan sempurna.

 Kembali kepada pre-writing, benar, proses terawal untuk membenarkan jari itu menulis dengan baik, maka guru dan ibu bapa perlu memberi aktiviti yang berasaskan large muscle.

IKLAN
Tak Mahu Anak Ketinggalan Dalam Pelajaran, Anak Kena Pandai Menulis. Perlu Kerjasama Ibu Ayah Barulah Berjaya!
Biarkan anak bergayut di monkey bar. Poses bergayut itu merangsang large muscle untuk bergerak dan menguatkan tangan seterusnya menjadikan proses menulis dengan mudah

 Teringat supervisor saya sempat berpesan ketika memerhati kanak-kanak 4 tahun di playground sekolah,

 “Biarkan anak itu bergayut di monkey bar.”  Atau bergayut di pokok.

 Proses bergayut itu merangsang large muscle untuk bergerak dan menguatkan tangan seterusnya menjadikan proses menulis dengan mudah. Begitu juga dengan aktiviti merangkak.

 Lagi bagus, biarkan si kecil merangkak di outdoor berbanding indoor. Perbezaan surface antara indoor dan outdoor itu sendiri memberi pengalaman berbeza kepada mereka untuk berkembang.

 Jadi, dah boleh tulis ke belum? Belum lagi. Perbanyakkan aktiviti pra menulis untuk menguatkan both large and small muscles.

Suruhlah anak menggali tanah, bermain play doh, main dengan pasir, aktiviti ikat kasut and variety of buttons, crayon etc sebelum bagi pensel dan kertas.

 KESAN GAJET 

IKLAN

Beberapa findings research membuktikan kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan gajet yang melebih tanpa kawalan, akan beri kesan buruk kepada perkembangan motor halus.

Tangan-tangan akan terketar atau menggigil.

 Sebab seawal usia, mereka tidak didedahkan dengan aktiviti menguatkan large muscle. Kita sua kan mereka ipad, tab, smart phone – yang berkehendakkan mereka menggunakan jari untuk menyentuh.

 Jadi, ingat proses tadi? Large muscle kemudian baru small muscle. Tapi, ia tidak terjadi kepada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menjadi hamba gajet.

 2 tahun kepada no gajet adalah perkara serius. 2 jam maksimum untuk bawah 6 tahun juga adalah perkara serius.

Tak Mahu Anak Ketinggalan Dalam Pelajaran, Anak Kena Pandai Menulis. Perlu Kerjasama Ibu Ayah Barulah Berjaya!
Katakan tidak kepada gajet bagi anak yang berusia dua tahun dan dia jam maksimum untuk anak yang berusia enam tahun ke bawah.

Maka, janganlah kita salah faham yang mengatakan otak kanak-kanak ibarat sponge. Ajar mereka sebanyak mungkin untuk menjadi anak yang hebat.

 Tapi , ada proses-proses yang kena ikut. Nama pun development/ perkembangan.

 Maka ada peringkat demi peringkat.

 Kalau kita masih berdegil untuk menyuruh anak-anak accomplish any task sebelum development mereka bersedia, maka ia adalah cara yang terbaik dan terpantas untuk menggagalkan anak.

Rupanya, semua masalah berlaku berpunca dari kita sendiri yang tak menyabar.

Admin, setuju dengan perkongsian ini. Setiap ibu bapa harus tahu ada proses-proses yang betul untuk menggalakkan anak menulis. Bukan hanya memaksanya memegang pencil dan tulis! Ia ada peringkat-peringkatnya sebagaimana yang diterangkan di atas. Apa lagi,lepas ni, biarkan akan bergayut kat pokok atau monkey bar di taman, uli tepung. gali tanah atau main pasir. Semua ini untuk merangsang anak untuk boleh menulis dengan baik. Ibu ayah boleh mula sekarang. Jangan tunggu anak masuk darjah satu baru nak mula. Bimbang anak ketinggalan dalam pelajarannya nanti.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI