Bila berpuasa, salah satu masalah yang dihidapi oleh semua orang ialah tubuh mengalami hidrasi. Hal ini termasuklah ibu menyusu.

Ramai maklum bahawa dalam proses penghasilan susu ibu yang lancar, sebaik-baiknya si ibu menyusu perlu minum lebih daripada 3 liter air setiap hari.

Bagaimana caranya untuk cukupkan minum air kosong sebanyak 3 liter di bulan puasa? Panduan ini sedikit sebanyak mungkin boleh membantu para ibu menyusu.

Minumlah air 500ml di setiap 2 jam. Paling tidak pun 250ml air setiap 1 jam. 250ml air bersamaan dengan segelas air. Dengan 12 kali minum, anda berupaya melengkapkan keperluan minum 3 liter setiap hari.

IKLAN

Tetapkan dalam minda bahawa hal ini mudah sahaja. Jadi, anda tidak akan teragak-agak untuk minum dan mempunyai anggapan bahawa perut penuh dengan air apabila minum air terlalu kerap dalam sela masa yang singkat.

Langkah demi langkah

Semasa berbuka puasa, pastikan anda minum air kosong. Sediakan 250ml air untuk tujuan itu. Selepas makan, minum 250ml air lagi.

IKLAN

Sekiranya anda menunaikan solat terawih di surau atau masjid, bawa bekalan 500ml air kosong. Setiap kali selesai 2 rakaat solat, minum air yang dibawa itu sehingga habis.

IKLAN

Sebelum tidur, minum lagi 500ml  air kosong. Bawa bekalan air masuk ke bilik tidur. Setiap kali terjaga malam untuk menyusukan anak, minumlah air itu.

Sebaik jaga daripada tidur untuk menyediakan hidangan bersahur pula, minum 250ml air. Selepas makan sahur minumlah baki 250ml lagi. Dengan yang demikian, anda berupaya mencukupkan keperluan harian minum air sebanyak 3 liter!

Cara lain

Selain daripada itu, cara lain untuk melengkapkan  keperluan 3 liter air ini ialah anda boleh minum 250ml air kosong sebelum menyusu dan 500ml selepas menyusukan anak.

Jika anda kerap ke tandas di waktu malam, minum air kosong setiap kali selepas ke tandas untuk menggantikmn semula cecair yang telah dikeluarkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI