Gara-gara Aafiyah kuat menyusu dan kerap berjaga malam, berat badan Datuk Siti Nurhaliza susut 14kg selepas 17 hari bersalin.
Semalam penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi kegembiraan tersebut di laman instagram peribadinya ketika melakukan pemeriksaan ibu dan anak di hospital.
Alhamdullillah, Harini hari ke-17 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin .. Dato’ Dr. Vernon (doktor baby)& Datin Dr Suhaiza(doktor ibu) happy dengan perkembangan kami berdua.. Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga & aafiyah kuat minum susu ibu) tq anak ibu tolong ibu… Alhamdullillah
Menyusukan Bayi Cara Terbaik Ibu Cepat Kurus!
Ternyata berita gembira tersebut turut diraikan oleh pengikut Siti yang rata-rata bersetuju memberi bayi susu ibu adalah cara terbaik untuk cepat menurunkan berat badan.
Selain itu netizen turut menyatakan rasa kagum dan memberikan sokongan untuk penyanyi kegemaran mereka ini terus menurunkan berat badan hingga mencapai berat ideal kembali.
Sumber: ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Akal, Sambil Menyusu Ada ‘Kerja’ Lain. Paling Gerun Bila Anak Dah Tumbuh Gigi!
Ketika gigi bayi mulai tumbuh, biasanya mereka cenderung untuk mengalami rasa gatal pada gusi. Jadi mereka cenderung untuk menggigit benda lembut untuk melegakan kegatalan gusi itu. Salah satu daripadanya adalah payudara ibu. Mungkin ada sesetengah ibu yang berasa trauma untuk menyusukan bayi kerana rasa sakit akibat digigit.
Sebenarnya ia boleh diatasi dengan beberapa kaedah mudah. Sakit macam mana pun, ibu takkan sampai hati untuk menghentikan penyusuan kan? Pasti akan diteruskan, jadi buat anda yang mengalami masalah anak suka menggigit payudara, bolehlah cuba 7 teknik ini:
1. KETAHUI PUNCA
Kenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payudara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.
Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payudara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.
Artikel Menarik: [Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut]
Artikel Menarik: [Mama Dah Transform Jadi Panda, Anak Tak Mahu Tidur Malam. Asyik Meragam!]
2. BERALIH PAYUDARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu
dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.
3. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada
bayi dan diri anda juga.
Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang
Berlangsung.
4. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekaligus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.
5. GIGIT SESUATU
Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit.
6. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.
7. TELITI GAYA PENYUSUAN
Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk
menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Usia 7 Bulan Tak Kenal Ibu Lepas Koma. Kalau Kerap Sakit Kepala Pergilah Check
Biasanya ramai ibu-ibu bila dah ada anak, bab kesihatan tak berapa dititikberatkan. Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur, kerja rumah tak pernah habis. Tambah pula nak bagi perhatian pada anak-anak kecil lagi. Itu belum dikira ibu bekerja yang keluar rumah pagi-pagi, sampai rumah dah lewat petang.
Sebab itu orang kata pengorbanan ibu tak boleh digantikan dengan hadiah. Ibu sanggup buat apa saja asalkan orang yang dia sayang mendapat perhatian. Sehingga bab kesihatan diri, ibu buat acuh tak acuh.
Seperti kisah seorang ibu Ina Usor, di Group Kami Suri Rumah, beliau berkongsi pengalamannya yang bagaikan mati hidup semula selepas koma akibat mengalami sakit kepala teruk.
Sakit kepala teruk, pengsan dan muntah
Menurut Puan Ina, ibu kepada tujuh cahaya mata, sebelum ini hanya ingatkan sakit kepala biasa sahaja namun tak sangka ia hampir meragut nyawa dan anak-anak mungkin kehilangan seorang ibu.
Kejadian sebelum bulan Ramadan. Subhanallah bagai mati hidup semula. Allah bagi peluang kehidupan kedua. Koma seminggu, duduk dalam ICU 3 minggu. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan main-main kalau anda mengalami sakit kepala yang teruk. Sebenarnya saya pun tak tahu ada penyakit brain aneurysm. Itu pun bila sakit kepala yang teruk, tiba-tiba pengsan dan muntah.
Maknanya pembuluh darah dalam kepala dah pecah. Alhamdullilah, pada Ramadan ke-2 dah dapat kembali bersama keluarga. Masa di ICU, selalu mohon agar dapat bersama anak-anak dan suami di bulan Ramadan. Akhirnya Allah makbulkan juga.
Bayi 7 bulan tak kenal wajah ibu
Cuma yang sedihnya apabila keluar dari hospital anak yang berusia 7 bulan tak kenal wajah saya. Menangis dia tengok saya. Mungkin kerana dengan rambut botak, mata sebelah kanan masih bengkak.
Syukur alhamudlillah, sekarang bila dah mula pulih, si kecil dah mau ikut saya. Doakan semoga saya sembuh seperti sediakala ya semua. Bila anak-anak selalu cakap nak ibu cantik dan boleh berjalan macam dulu-dulu, hati rasa sayu sangat.
Moga Allah terus beri keajaiban dan mengurniakan kesihatan berpanjangan untuk melihat anak membesar di depan mata. InsyaAllah!
Kredit: Ina Usor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur, Lahir Seorang Lagi Putera Dalam Keluarga” Hero Ke-5 Dalam Keluarga Izreen Azminda & Ude
Pelakon, Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada petang tadi di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur.
Baca: Hati-Hati Pilih Susu, Susu ‘Low Fat’ Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak!
Berita gembira tersebut disampaikan menerusi laman instagramnya.
Menurut Izreen, dia bersyukur atas segalanya dan turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan buat dirinya dan juga bayi.
“Syukur alhamdulillah.. lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.. terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby”
(Followers Pa&Ma nak cari barang untuk anak boleh klik SINI)
Walau bagaimanapun wajah bayi serta nama bayi masih belum didedahkan kepada umum buat masa sekarang.
Rata-rata rakan selebriti dan juga warga maya mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata buat Izreen sekeluarga.
Izreen azminda mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhamad Radzi atau Ude pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim (2 tahun) dan bayi yang baru sahaja dilahirkan petang tadi.
Sebelum ini Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Riza namun berakhir pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Manakala Ude pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liyana dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2018 setelah hampir setahun bermadu bersama Izreen.
Kredit: Izreen Azminda
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI