Tuam pada  bayi memberikan kesan baik kepada kesihatan bayi. Mama dan papa boleh DIY sendiri tuam, tak perlu beli! Boleh berjimat.

Bayi tidak kira lelaki dan perempuan, tuaman boleh dilakukan pada beberapa bulan pertama kelahirannya. Tuaman boleh dilakukan pada bahagian perut dan beberapa bahagian lain seperti betis dan kaki. Bayi seelok-eloknya dimulakan sejak dalam tempoh pantang lagi (iaitu 44 hari) atau sehingga usianya mencapai dua bulan.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

MANFAAT TUAMAN PADA BAYI

Berikut ialah kelebihan tuaman kepada bayi;

  • Mengelakkan kembung perut pada bayi.
  • Memberikan keselesan kepada baby itu sendiri kerana ia seperti pijatan lembut yang teraputik.
  • Salah satu cara bonding bayi dan ibu/ bapa/ ahli keluarga.
  • Mengelakkan angin pasang/ hernia bagi bayi lelaki.
  • Memberi keselesaan/kehangatan kepada bayi selepas mandi.

Panaskan tuam menggunakan seterika. Cuba dulu suhu tuam pada tangan mama, kalau terlalu panas biarkan sebentar supaya suhu turun sebelum tuam pada perut bayi.

LANGKAH TUAMAN

Tuaman biasanya dilakukan selepas bayi mandi dan sebelum dipakaikan lampin.

  • Mulakan tuaman pada bahagian perut. Jangan tekan kuat sebaliknya sekadar meletakkan dengan sedikit tekanan.
  • Kemudian teruskan ke bahagian ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Ia selalunya hanya mengambil masa satu hingga dua minit bergantung kepada keadaan bayi.
  • Jika dia kelihatan selesa,tempoh tuaman boleh dipanjangkan sehingga tunggu sejuk.

MAMA DAN PAPA BOLEH BUAT TUAMAN SENDIRI!

Buat sendiri tuam untuk bayi tidaklah sesukar mana. Bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Menuam bayi juga banyak manfaatnya, boleh mengelakkan bayi kembung perut. Jom kita tengok cara membuatnya.

IKLAN

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tuam bayi ialah;
1. Kain
2. Benang/reben
3. Biji ketumbar
4. Lada putih
5.Getah
6.Pinggan plastik
7.Gunting dan pensel
*boleh juga tambah habbatusauda dan halba sebagai bahan tuam.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

1.Tekapkan pinggan ke atas kain dan tanda sekelilingya. Potong kain.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

IKLAN

2.Potong mengikut bentuk bulat yang ditekap. Kain ini perlulah lebih besar kerana ia memudahkan anda membentuk pemegang bunjut nanti.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

3.Potong sehelai kain bersaiz kecil sebagai lapik pada bahagian dalam tuam.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

4.Masukkan bahan rempah pertama iaitu biji ketumbar pada bahagian tengahnya.

IKLAN

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

5.Diikuti dengan lada putih.

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

6.Ikat bunjut tuam dengan getah terlebih dahulu untuk memudahkan. Kemudian iikuti dengan ikatan menggunakan benang. Ikat kemas ye!

Tuam Boleh Elak Baby Kembung Perut. Nak DIY Sendiri Pun Boleh, Jimat Banyak!

7.Buat pemegang yang panjang seperti ini. Ikat kemas supaya tuam mudah untuk dipegang semasa menuam bayi nanti. Dah siap!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI