Selepas reda kes tular susu tiruan satu jenama terkenal untuk kanak-kanak, kini ada lagi jenama terkenal lain yang didakwa turut mempunyai susu tiruan di pasaran. Kes tersebut menjadi tular di kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan minum susu jenama tersebut. Masing-masing berkongsi pengalaman kesan sampingan yang anak mereka alami selepas didakwa minum susu jenama tersebut yang dibeli dakwa sebagai tiruan.

Perkongsian daripada Fatin Izdihar mengenai sekumpulan ibu-ibu yang masing-masing berkongsi pembelian susu jenama Dutch Lady pek promo menjadi tular dan menimbulkan kerisauan di kalangan para ibu yang anaknya turut minum susu Dutch Lady.

Berikut kami kongsikan antara bukti-bukti kami sendiri.

Ini baru saya sendiri belum lagi bukti rakan-rakan yang personally Whatsapp, PM saya dan beritahu masalah mereka.

Jadi di bawah adalah carta dari mana masalah muncul dan sejak bila:

Saya bagitau flow dia..

Pek susu pertama ruam (rash) timbul. Kami ingat allergic papers. (Pack pertama dibuka sekitar dalam bulan Januari 2018_

Pek susu dua start ada batuk-batuk sikit. Cirit-birit.. (Pack kedua dibuka sekitar pertengahan bulan Januari 2018)

Pek susu ketiga batuk teruk, demam, lemah, tak selera makan..suhu badan meningkat 39 celcius, batuk semakin teruk selepas minum susu (Pack ketiga dibuka sekitar penghujung bulan Januari 2018 dan pack ketiga yang kami masih simpan sample baki susu tersebut)

Bercakap mengenai anak kami pertama kali ke guna susu Dutch Lady? Tidak sama sekali.

Sejak anak kami berumur 1 bulan hingga 6 bulan sudah lama minum susu Dutch Baby 0-6 bulan.

Kemudian Dutch Baby Susulan, Dutch Lady 1-2 Pek Biasa yang bukan PROMO.

IKLAN

Masalah timbul bila minum pakej susu Dutch Lady versi promosi 3 pek yang bercode dilekatkan dengan sticker putih.

PENGESAHAN MENGENAI SUSU DUTCH LADY PEK PROMO

Risau tentang isu susu tiruan yang viral, seorang ibu Ummu Ameena yang anak-anaknya minum susu jenama tersebut telah mengambil tindakan menghubungi terus pihak Dutch Lady untuk mendapatkan pengesahan sebenar.

Berikut perkongsian beliau di laman facebooknya dengan tujuan supaya dapat melegakan hati ramai ibu-ibu lain.

Memandangkan anak kakak guna susu DL ni dah bertahun, maka kakak bertanggungjawab untuk bertanya sendiri kepada pihak DL situasi sebenar.. Banyak sangat cerita yg tular kt FB pasal susu DL ni..dah la kakak beli byk stok promo Jumaat lalu..Yelahhh,tgh promo kan..time promo je lah belinya..time mahal duk diam2..

Setakat ni, anak2 kakak minum susu ni ok xde apa masalah..last month pun beli susu promo 3 pek tu jugak..anak kakak guna susu 2-4 tahun dan 4-6 tahun..

Jadi tadi kakak pun call dan emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com mengenai kes ni..katanya kes ni hanya melibatkan susu DL Curious 1-2 Biasa 900g sahaja..dan siasatan sedang dilakukan..boleh baca emel yg pihak DL reply kt gambar2 dibawah 

Untuk langkah berjaga2, dinasihatkan supaya tidak menggunakan dahulu susu DUTCH LADY CURIOUS 1-2 BIASA (900g), nombor kelompok 1023C7WA sehingga siasatan selesai dalam masa beberapa hari ni..

Sebelum kakak emel pada DL, kakak pun ada call talian 1800-88-1191 dan operator tu suruh berikan nama dan no fon untuk dorg call semula..dalam sejam lebih kemudian, dpt call dpd Mr. Lim iaitu customer careline DL menerusi nombor 03-79532759..

IKLAN

Mr. Lim kata setakat ni Encik Reza Shamsudin seorang je yg buat aduan tentang susu 1-2 tahun tu..Pihak DL dah pun hantar sampel utk internal lab test – result ok clear xde masalah..Dan dorg pun dah hantar untuk external 3rd party lab test – masih menunggu result..

Untuk any update boleh pergi ke page —> Dutch Lady Moms Club

Untuk isu packaging pula,ada yg packging lama (Bahasa Inggeris) dan packaging baru (Bahasa Melayu)..Setiap susu yg diproduce akan mendapat kelulusan dpd KKM terlebih dahulu sebelum dijual..Dan semua susu DL adalah original..Itu yg Mr. Lim beritahu..

Semoga info ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati ibu2 sekalian terutamanya hati kakak.

DUTCH LADY SUDAH KELUARKAN KENYATAAN RASMI DI LAMAN FACEBOOKNYA

Berikutan kes susu tiruan jenamanya yang tular, pihak Dutch Lady menerusi laman facebook rasmi mereka Dutch Lady Moms Club telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan yang siasatan sedang dijalankan dan meminta para pelanggannya memberi perhatian terhadap produk Dutch Lady Curios (900g) dan menasihatkan mereka supaya berhenti menggunakannya buat sementara sehingga siasatan penuh diselesaikan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, pelanggan dinasihatkan terus menghubungi talian khidmat pelanggan mereka atau menghantar emel secara rasmi.

IKLAN

Tular Lagi Kes Susu Tiruan. Kali Ini Jenama Terkenal Dutch Lady Pula Yang Kena!

Dutch Lady Malaysia ingin memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung laporan pelanggan yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) pada 7 Februari 2018. Kami memberi jaminan berterusan bahawa kesihatan dan kesejahteraan pelanggan adalah suatu keutamaan. Kami memandang berat perkara ini dan melancarkan semakan terperinci sejurus selepas menerima laporan tersebut.

Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk berkenaan telah diterima daripada pelanggan dan dihantar ke makmal syarikat dan juga pusat pengujian luaran yang diiktiraf bagi pengesahan selanjutnya. Proses pengesahan ini juga melibatkan sampel rawak daripada produk yang sama.

Sehingga kini, kami tidak mendapati sebarang masalah dalam proses pengeluaran bagi kelompok produk berkenaan.

Kami berusaha untuk meredakan segala kebimbangan pelanggan sementara menunggu keputusan siasatan. Berikut adalah maklumat nombor kelompok bagi produk seperti yang dilaporkan:

Produk: Dutch Lady Curious (900g), nombor kelompok 1023C7WA .

(Nota: Sila rujuk nombor kelompok penuh yang mempunyai 8 digit berserta gambar di bawah)

Sekiranya anda khuatir setelah membeli produk dengan nombor kelompok tersebut, anda dinasihatkan supaya tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga sehingga siasatan penuh diselesaikan dalam masa beberapa hari.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan Dutch Lady menerusi talian 1800-88-1191 atau emel kepada dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Sumber: Dutch Lady Moms Club, Ummu Ameena & Fatin Izdihar

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI