“Dulu saya letak kiub ayam msg sebab nak beri rasa pada makanan. Sekarang tahu dah tak elok. Macam mana nak dapatkan rasa sedap ya dalam masakan saya?”

Jawapannya mudah, kita cuba hasilkan perisa dari sumber alami ya ibu-ibu. Perisa alami dalam makanan atau kita kenali sebagai umami.

Perkongsian dari Puan Intan Nornie Shieka ini sangat membantu ibu-ibu yang buntu untuk menyedapkan makanan tanpa sebarang bahan perasa tambahan.

Caranya sangat mudah iaitu kita boleh pastikan rasa sedap/perasa alami dalam makanan menerusi kombinasi gabungan enzim glutamate, inosinate dan guanylate.

Apa itu Umami? Jom kita hasilkan sendiri umami di rumah

Sumber makanan yang mengandungi rasa ‘umami’

Sumber glutamate semulajadi

+ Tomato

+ Bawang merah

+ ‘Seaweed’

+ Brokoli

+ Kacang pis

+ Keju

+ Asparagus (putih)

+ Cendawan

Sumber inosinate ialah dari sumber protein

+ Ayam

+ Ikan

+ Daging

Sumber guanylate pula ialah Cendawan jenis ‘Porcini’ dan Shitake

Tak perlu kiub ayam. Tak perlu perencah ‘cukup rasa ke tu’. Tidak perlu sos tiram komersil.

Untuk memperasa masakan kita, hanya sediakan stok

+ Kiub ayam dari rebusan ayam bersama bawang dan sedikit garam himalaya/bukit (homemade) – boleh guna ‘ice tray’ untuk dibeku kan menjadi kiub ayam

+ Pes sambal tumis yang mengandungi banyak bawang merah

+ Rebusan ayam bersama cendawan dan sedikit hirisan keju yang dibekukan (boleh guna ‘ice tray’) untuk masakan ala barat

Contohnya untuk masakan spageti dan sebagainya.

+ Sos dan kicap homemade. Kicap sangat mudah disediakan.

Rebusan ayam + gula melaka/kabung/gula perang, sedikit garam himalaya dan pemekat kuah (seperti tepung ubi kayu dan lain-lain).

Untuk sos tiram, gantikan saja rebusan ayam, dengan ‘seafood’.

+ Bawang merah ditumis bersama tomato dan isi ayam. Seperti menyediakan kuah ‘bolognese’.

Pes ini kita boleh guna untuk masakan tomyam, masak tomato, masak singgang tomato dan lain-lain.

Bila kita hendak masak, hanya masukkan ‘perasa makanan homemade’ tadi.

Pada awalnya mungkin lidah kita akan rasa ‘plain’ dengan penggunaaan kiub homemade.

It’s okay mom. Sebab lidah kita sudah terbiasa dengan rasa sedap dari bahan sintetik/komersil. Ia akan ambil masa untuk ‘tune’ pada rasa alami.

Situasi yang sama apabila kita biasa minum manis dari gula putih kepada gula organik. Dari gula organik pada gula dalam buah-buahan semata-mata.

Alternatif yang lebih sihat untuk menggantikan produk komersil.

Tibu doakan semua ibu-ibu diberi kemudahan disetiap urusan ya, tibu amat memahami risau musim perayaan ni dihidangi pelbagai masakan.

Paling utama raikan tuan rumah dan eratkan silaturahim.

Sumber: Intan Nornie Sheika

Tinggalkan Komen