Ramai ibu mengeluh dah kering idea nak masak bubur nasi untuk baby. Kalau hari-hari masak menu bubur yang sama, si manja pun boring nak makan. Kadang-kadang ibu sendiri fikir baby hanya boleh makan bubur nasi campur lobak merah, kentang, ayam dan ikan bilis sahaja.

Sebenarnya ibu kena kreatif untuk mencipta resipi sihat untuk si kecil. Walaupun usia mereka masih bayi, dengan info dan pengetahuan mengenai pengambilan makanan berkhasiat, ibu boleh mencipta pelbagai menu yang menyeleraakan. Barulah tiada masalah baby tak nak makan atau makan sikit sahaja.

Bagi ibu yang dah tiada idea, bolehlah ikut resipi bubur nasi yang disediakan oleh Puan Nowra Alias untuk anaknya. Nampak menyelerakan. Kita yang dewasa pun teringin nak rasa.

Bubur Brown Rice Sup Ikan Jenahak

Bahan-bahan:

Brown rice
Carrot
Ikan Jenahak
Bawang holland
Bawang putih
Halia
Bayam
Unsalted butter

Cara memasak:

1.Masak brown rice dalam slow cooker sehingga masak dan blend.
2.Dalam periuk lain, rebus bayam sehingga masak lepas tu blend.
3.Dalam periuk lain tumis bawang holland dan bawang putih menggunakan unsalted butter, masukkan air, halia, carrot dan ikan jenahak. Renehkan sehingga masak.
4.Gaulkan semuanya dan sedia untuk bagi baby makan.

Sesuai untuk bayi berusia 9 bulan ke atas.

 

Bubur Brown Rice Campur Brokoli Dan Sup Ikan Jenahak

Bahan-bahan:

Brown rice
Brokoli
Ikan Jenahak
Bawang holland
Halia

Cara memasak:

1.Masak brown rice dan brokoli sehingga masak dalam slow cooker.
2.Dalam periuk lain rebus ikan bersama bawang dan halia.
3.Blender bubur bersama sayur brokoli.
4.Letakkan isi ikan ke dalam bubur tersebut bersama sup ikan.
5.Gaul-gaulkan dan sedia untuk bagi baby makan.

Sesuai untuk bayi berusia 9 bulan ke atas.

Bubur Brown Rice, Carrot, Bayam, Kurma Dan Ayam

Bahan-bahan:

Brown rice
Carrot
Bayam
Kurma
Ayam

Cara memasak:

1.Masak brown rice dalam slow cooker.
2.Dalam periuk lain rebus bayam dan carrot.
3.Blender bubur bersama sayur bayam, carrot dan kurma.

Sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas.

Bubur brown Rice + Bone Broth Soup

Bahan-bahan:

Brown rice
Carrot
Baby peas
Kentang
Bone Broth Soup

Cara memasak:

1.Masak brown rice.
2.Rebus carrot, baby peas dan kentang hingga empuk.
3.Campur bone broth soup dengan semua bahan dan blend sehinggar halus.
Sedia untuk bagi baby makan.

Sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas.

Sumber: Nowra Alias

Tinggalkan Komen