Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.

Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut

Sehingga 4 tahun – 50%

Sehingga 8 tahun – 30%

Sehingga 18 tahun – 20%

IKLAN

Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age). Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibubapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.

Usia 5 Tahun Pertama Waktu Sesuai Bentuk Sifat Genius Anak. Kalau Dah Terlepas Amat Rugi

Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibubapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar ja anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.

IKLAN

Sayangnya usia emas anak-anak ni dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya.

Rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap

IKLAN

Rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on

Rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.

Andai ibubapa menyedari betapa berharganya usia emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum, in syaa Allah. Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.

Sumber: sakinahamid.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI