Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita gembira apabila pasangan cantik jelita dan tampan bergaya, Zahirah Macwilson dan suami Aiman Hakim Ridza berkongsi dengan peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Zahirah dan Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi entri terbaru mereka di akaun Instagram milik masing-masing. Kedua-duanya memuat naik gambar imbasan ultrasound yang menunjukkan keadaan bayi mereka yang kini berusia 6 bulan dalam kandungan.
Melalui kapsyen gambar yang dimuat naik, Zahirah menyatakan bahawa dia dan suami tidak sabar untuk bertemu anak yang bakal dilahirkan itu.
“6 months of growing our little love.
“Mommy & Daddy can’t wait to meet you,” tulisnya.
Dalam pada itu, di akaun Instagram milik Aiman yang memuat naik gambar yang sama juga menyatakan keterujaan untuk bertemu anak yang bakal dilahirkan oleh isteri tercinta. Aiman juga menzahirkan rasa kesyukuran dengan kurniaan Ilahi buat dia dan Zahirah.
“So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah,” tulis Aiman.
Menjenguk ke ruangan komen, rakan artis dan juga follower kedua-dua selebriti ini tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah dan teruja dengan berita yang dikongsikan.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Sumber: IG Zahirah Mcwilson & Aiman Hakim Ridza
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI