Kanak-kanak memang lumrah mereka adalah bermain, tambah pula yang baru nak besar sekitar umur 2 tahun dan lebih. Ketika inilah perkembangan mereka sedang berkembang pesat.
Oleh yang demikian menjadi tugas ibu dan ayah untuk membantu perkembangan mereka sejajar dengan peningkatan umur anak. seperti kita sedia maklum, sekali lagi kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dari 9 November hingga 6 Disember untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Dengan perlaksanaan ini, pergerakan untuk keluar adalah terhad dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah memang tidak digalakkan untuk keluar ke tempat awam. Jadi bagaimana untuk mereka berkembang jika aktiviti sosial tidak dapat berlangsung? Justeru itu suami kepada pelakon Umi Nazeera, Dr Izzar menyeru ibu bapa untuk luangkan masa dengan anak-anak ketika tempoh PKPB ini supaya perkembangan sosial si kecil dapat berkembang walaupun berada di rumah sahaja.
Izzar juga turut berkongsi tentang anaknya, Ayra yang kini sudah berusia dua tahun lebih. Menurutnya umur anak dalam usia Ayralah mereka mulah panjang akal. Umur begini juga adalah waktu emas untuk ibu ayah luangkan dengan anak-anak.
Umur 2 tahun anak mula panjang akal
“Dah 2 tahun lebih dah Ayra. Umur-umur camnila anak-anak dah mula panjang akal lebih sikit. Suruh makan sendiri dia buat main-main pulak food tu. Tapi bila mummy n daddy nak makan, dia pulak mai sibuk-sibuk nak makan siap nak minta suap sekali
“Umur-umur camni juga best nak gomol-gomol cium sambil sakat dia,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, menerusi hantarannya di Instagram miliknya itu, Izzar turut mendoakan puterinya aitu agar membesar dengan sihat dan dijauhkan daripada sebarang musibah.
“Semoga membesar dengan sihat dan selamat serta dijauhkan daripada sebarang musibah wahai puteri kami, Ayra Aneesah. Jadilah seorang player basketball yang berbakat juga. Aminn.”
Ibu Ayah Luang Masa dengan anak-anak bantu perkembangan sosial mereka
Dengan perkembangan semasa juga, Izzar berkongsi rasa simpati dengan anak-anak kerana tidak dapat keluar bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan lain sepanjang PKPB. Dia menyarankan agar ibu dan ayah untuk luangkan masa dengan anak-anak supaya perkembangan sosial anak dapat berkembang.
Ads
Tambahnya, Ayra juga dah lama tak jumpa sepupunya, hanya dapat menatap wajah di telefon sahaja.
“Kesian anak-anak kat rumah sekarang. Nak keluar bergaul dan bersosial dengan kanak-kanak lain pun tak dapat sebab PKPB. Parents kenalah meluangkan masa dengan anak-anak supaya perkembangan sosial anak-anak dapat berkembang. Ayra pun dah lama tak jumpa sepupu dia, Qalish. Rindu dia tengok gambar kat phone je,” tulisnya lagi.
Kita yang dewasa pun rasa tak tentu arah bila tak dapat keluar, inikan pula kanak-kanak yang sememangnya aktif dan suka bermain. Pergerakan yang terhad di dalam rumah mungkin boleh membuatkan mereka resah dan bosan. Jadi ibu dan ayah kenalah pandai mencipta masa dan aktiviti yang berfaedah bersama-sama sepanjang PKPB ini. Bukan sahaja kita dapat putuskan rantaian virus COvid-19, malah anak-anak juga dapat membesar dengan baik selain dapat bonding dengan anak-anak!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di Malaysia dari 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April menyaksikan Tambak paling sibuk di dunia kini sepi setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya laluan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.
Ekoran daripada penutupan laluan tersebut, telah memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia yang rata-ratanya keluar bekerja ke Kota Singa itu. Terbaru menurut laporan akhbar Sinar Harian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura semalam telah membantu membawa pulang 70 wanita hamil warga Malaysia yang bekerja di Singapura bersama-sama dengan 10 kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) melalui Tambak Johor.
“Dua buah bas telah digunakan untuk membawa pulang kumpulan ini yang berkumpul di Stesen MRT Kranji seawal jam 10 pagi,” menurut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Muhd Radzi Jamaluddin kepada Bernama.
Bawa Pulang Kerana Sudah Hampir Tarikh Bersalin
Beliau berkata, kumpulan itu telah mendapat perhatian awal pihaknya kerana mereka telah hampir cukup bulan untuk bersalin.
“Kami telah berusaha sedaya upaya supaya mereka pulang untuk melahirkan anak di kampung halaman masing masing,” katanya.
Beliau berkata, menurut kumpulan itu, mereka menghadapi kesukaran untuk melahirkan anak di Singapura dan telah mengambil keputusan untuk bersalin di tanah air.
“Ini kerana kedua-dua negara telah mengenakan pelbagai syarat dan larangan ke atas pelawat asing yang berubah dari hari ke hari yang mendorong kumpulan ini untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya.
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Perlu Dikuarantin di Tempat Khas
Pada 31 Mac lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung mulai 18 Mac, terdapat warga Malaysia yang tiada kenderaan sendiri mengambil pilihan berjalan kaki untuk pulang menyeberang Tambak Johor sejauh kira-kira satu kilometer.
Semoga penularan wabak ini akan berakhir tidak lama lagi dan vaksin untuk menyembuhkan akan ditemui. Sebagai rakyat yang prihatin, terus patuh dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan amalkan pencegahan seperti yang disarankan. Teruskan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Stay Safe & Stay At Home!
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil dan tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Kaunselor Motivasi, Hj Hushim Hj Salleh ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan di antara adik beradiknya.
Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua. Bila mana anak-anak yang bijak pandai, sibuk bekerja.
Sebab itulah jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.