Pengalaman melahirkan anak itu berbeza-beza. Walaupun sudah beberapa kali melahirkan anak namun perasaan gementar dan bimbang itu tetap ada. Inilah yang dilalui oleh isteri pelawak dan pengacara Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman yang kini sedang menanti detik kelahiran bayi keempatnya.
Walaupun ia merupakan kelahiran kali ketiganya namun rasa gementar tetap ada menantikan detik kelahiran cahaya mata keempatnya itu.
Berkongsi cerita melalui instagramnya, Syahirah meluahkan rasa gementarnya.
“Menanti hari. Walaupun berkali dah, nervous tu tetap ada,” katanya ringkas.
Katanya lagi menerusi entri yang sama, dia dan Fad juga berharap bayi keempat mereka itu lahir pada hari ini iaitu 10/10. Kita nantikan! Semoga hajat Fad Syahira termakbul.
“Kita doa baby keluar 10/10 tau,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut mendoakan agar seluruh pengikutnya dikurniakan zuriat serta beroleh zuriat yang baik-baik serta dipermudahkan segala urusan.
“Kita doakan sesiapa yang baca post ni yang menanti zuriat moga Allah kurniakan kalian rezeki yang tak ternilai. Moga dikurniakan anak dari zuriat keturunan yang baik-baik. Amin yrab,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata para pengikutnya turut mendoakan agar hasratnya dikabulkan malah dipermudahkan urusan kelahirannya beberapa detik lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudah Allah SWT.
Ads
Terdahulu, Fad dan Syahirah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015. Mereka kini dikurnikan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Semoga kelahiran keempat ini dipermudahkan!
Ads
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Merancang untuk mempunyai anak antara perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan. Merancang anak bukan bermakna menolak rezeki tapi ianya untuk kesihatan si ibu agar fizikal dan mental si ibu dapat berehat dengan baik.
Namun jika sudah berusaha merancang tetapi akhirnya termengandung, terimalah rezeki tersebut dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah dan rezeki yang Allah sudah tetapkan. Ikuti perkongsian ibu kepada lima cahaya mata ini.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 xpernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua xpernah tahu, xpernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Sebab tu bila orang tanya xpenat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan xdapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Penantian selama 9 tahun untuk menimang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga berakhir dengan air mata kegembiraan buat seorang isteri selepas melihat sendiri alat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan dua garis.
Ucapan syukur dan air mata saat mendapat perkhabaran gembira ini benar-benar membuatkan sesiapa yang melihat video ini mengalir air mata.
Menerusi Instagram Dr Thokha, beliau berkongsi momen-momen indah pasangan suami isteri ini yang dah lama mengimpikan anak sejak di awal perkahwinan.
Namun, selepas hampir 10 tahun baru dikhabarkan dengan kehadiran zuriat sebagai penghuni pertama rahim si isteri.
Paling sebak apabila si isteri seolah takut untuk melihat UPT itu kerana sebelum ini, tiap kali lambat datang bulan, bila buat pemeriksaan, hanya menunjukkan satu garis saja.
Bagaimanapun, Dr Thokha tetap meminta si isteri untuk melihatnya sambil memberitahu apa saja keputusan yang ditunjukkan pada UPT terimalah dengan reda. Seolah mimpi jadi kenyataan, akhirnya berita ditunggu selama ini dimakbulkan Allah.
Sebak saat melihat suami memeluk erat isterinya sambil menangis bersama. Mereka tidak meletakkan harapan tinggi pun sebelum ini. Cuma sebagai ikhtiar terakhir jika diizinkan Allah. Bukan itu je, Dr Thokha pun turut sebak melihat reaksi suami isteri ini.
Masih ada peluang hamil
Menurut Dr Thokha lagi, melalui rawatan yang dilakukannya, masih ada 16 telur lagi yang sihat. Jika ada rezeki pasangan suami isteri masih berpeluang lagi untuk tambah zuriat.
Kadang kita tak sangka, di awal Allah uji, tapi pengakhirannya tetap ada rezeki yang tak dijangka. Percayalah Allah uji hamba-Nya sebab dia tahu kita boleh hadapi biarpun diri rasa tak mampu.
Semoga perjalanan kehamilan ibu dipermudahkan sehingga hari kelahiran dan bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Amin..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai meluahkan keinginan untuk menjadi ibu sama seperti orang lain setelah di tanya tentang anak.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Adam Sinclair tidak pernah merancang namun masih belum dikurniakan rezeki anak.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat cara Aishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...