
Dari kecil diri si cilik ini sering menjadi perhatian warga net, maklum sahajalah anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Setiap keletah dan gelagat Lara Alana sering ditunggu-tunggu peminatnya di akaun Instagram yang mempunyai 3.9 juta pengikut.
Dalam hantaran terbaru yang oleh Lara Alana menerusi IG, si kecil ini ada berkongsi mengenai tahap kesihatannya yang tidak berapa baik pada Khamis yang lalu.
Artikel berkaitan: Lara Alana Semangat Sambut Ramadan, Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari. Tahniah Lara!
Menurut hantaran tersebut, Lara tiada ‘Mood’ untuk buat sebarang aktiviti kerana suhu badannya yang tinggi selepas bangun dari tidur.
Walaupun begitu, menerusi kapsyen yang dibuat Lara tetap meneruskan puasanya walaupun tidak berapa sihat.
“Sis takde mood hari ni. Bangun tido je sis check suhu 37.8
“Takde mood nak mandi, buat rambut atau main. Tapi Sis still puasa tau,” kapsyennya di Instagram
Hantaran yang mendapat lebih daripada 90 ribu tanda suka dan turut dihujani ribuan respon dari wargamaya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti menitipkan doa semoga Lara Alana cepat sembuh selain turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat Lara untuk terus berpuasa.
Semoga Lara Alana cepat sihat dan dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Sumber: Media Hiburan
Artikel menarik: Anak Lemah & Mengadu Sakit Perut, Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rangsang Semua Deria Anak Seawal 0-6 Tahun, Bantu Cepatkan Anak Menulis & Baca

“Anak saya tak minat pegang pensil, macam mana nak ajar dia tulis? Apa-apa yang melibatkan pensil dan kertas, dia jadi cepat bosan.”
Ni antara keluhan mak ayah terutamanya yang ada anak bakal masuk tadika. Dalam umur ini, kebanyakan anak-anak masih dalam proses nak mempelajari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi penting untuk rangsangan awal agar dapat memudahkan anak itu sendiri bila masuk alam persekolahan.
ARTIKEL MENARIK [Anak 6 Tahun, Boleh Baca Suku Kata Mudah, Bagus! Jika Belum, Sila Ambil Perhatian]
Menurut Terapis Cara Kerja, Khairunnisa Nawi, ramai mak ayah yang mengadu hal ini. Ok untuk lebih jelas, ini sepatutnya semua faham.
Tahu tak mak ayah semua. Nak ajar anak tulis tak semestinya kena guna pensil dan kertas semata-mata.
RANGSANG SEMUA DERIA UNTUK AJAR ANAK TULIS DAN BACA 0-6 TAHUN
Bagaimanapun, ada caranya untuk pastikan semua lancar. Macam mana? Tengok tips ni:
* Sebelum ajar anak tulis dan baca. Boleh buat aktiviti sensori dulu seperti aktiviti vestibular, proprioceptif dan tactile. Saya ada share di posting sebelum ni. Penting aktiviti sensori ni sebagai WARM-UP upaya anak lebih ALERT dan FOKUS sebelum belajar.
Perkongsian tentang deria tactile: Klik sini
Perkongsian tentang proprioceptif: Klik sini
Posting tentang Deria vestibular: Klik sini
* Guna pasir, boleh minta anak lukis garis lurus, bulat, segitiga, segiempat, lukis orang guna jari, guna kayu. Ikut umur anak masing-masing. Saya ada share perkembangan pra-tulisan ikut umur anak sebelum ni juga. Hati-hati untuk anak yang masih mouthing especially umur 2 tahun ke bawah, nanti takut masuk pasir dalam mulut pulak ye. Mak ayah kene pantau.
* Guna playdough. Minta anak roll, tekan, picit dan ikut bentuk asas tulisan. Anak dapat rangsangan tactile yang boleh kuatkan lagi memori diaorang untuk baca dan tulis.
* Guna sticker. Ni aktiviti feveret saya. Minta anak kopek sticker dan letak di atas bentuk lazy 8. Lazy 8 ni boleh stimulate otak kanan dan kiri anak. Juga dipanggil midline crossing. Sangat bagus untuk learning proses.
3 aktiviti kat atas nampak simple kan? Tapi banyak benefits bila anak dapat buat. Antaranya:
– Kuatkan visual persepsi anak. Visual persepsi sangat penting untuk anak menulis dan membaca dengan efisyen
– Eye – Hand coordination. Salah satu komponen fine motor. Eye-hand coordination yang baik membolehkan anak menulis dengan lebih lancar.
– Stimulate pinching skill. Pinching skil penting untuk anak pegang pensil dengan pegangan yang matang. Bila anak ada masalah untuk pegang pensil dengan matang. Anak akan ada isu untuk menulis dengan efisyen
– Stimulasi isolasi jari. Juga salah satu skil fine motor. Anak yang ada problem untuk isolasi jari menyebabkan kelewatan dalam perkembangan motor halus. Menyebabkan anak sukar menulis, menggunting, mewarna dan skil pre-akademik yang lain.
Semoga posting ini bermanfaat buat semua
Follow Khairunnisa Nawi untuk tips rangsang perkembangan anak dari perspektif Terapis Carakerja dan Special Need Educator
Kredit: OT KhairunnisaNawi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedih! Anak Suka Sorok HP. Bila Tanya, Rupanya Nak Ibu Tengok Dia Bukan HP

Bukan kita nak, tapi kadang-kadang keadaan memaksa. Kerja yang memerlukan komitmen untuk menghadap komputer atau telefon memang tak boleh nak elak. Kalau tak tengok, macam mana nak siapkan kerja kan? Rasa bersalah memang ada, sebab kita lebih utamakan untuk melihat telefon atau komputer dari memandang muka anak yang mendambakan perhatian.
Artikel Menarik: [Modal Tak Besar Tapi Anak Jadi Cerdik. Ajak Dia Tampal Sticker Je!]
Sibuk nak selesaikan kerja, kadang-kadang terpaksa minta anak diam apabila dia mahu bercerita. Ada masa, anak kecil yang menangis dibiarkan sebab nak siapkan kerja dulu. Terukkah kita sebagai seorang ibu atau ayah? Bila dikenangkan memang boleh menangis dibuatnya.
Ikuti perkongsian dari Adlil Rajiah, seorang penulis keibubapaan yang juga pernah mengalami situasi begini;
Lately ramai yang PM tanya macam mana nak hilangkan rasa guilty bila terpaksa menghadap phone/komputer lagi lama dari menghadap anak.
Sebelum saya jawab soalan tu, saya nak share story saya yang pernah viral 5 tahun lepas, yang mungkin most of you can relate.
Gambar ni diambil ketika Haikal tertidur, lepas lama menunggu saya siapkan kerja menulis di komputer.
Lately, Haikal suka sorokkan phone saya.
Mula2 saya ingat dia cuma nak bergurau.
Sebab Haikal akan gelak guling2 setiap kali berjaya sorokkan phone saya dan tengok saya jadi gelabah ayam cari phone yang “hilang”.
Dan tadi— dia buat lagi.
Tapi kali ni dia betul2 sorok kat tempat yang susah dan saya tak jumpa!
I gave up and pretended to cry.
“Jangan Sorok Phone, Mama Banyak Kerja Dalam Ni.”
Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal.
Saya pura2 menangis sampai lah Haikal datang pujuk.
“Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je.”
“Mama tak jumpa phone mama.”
“Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je.”
“Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni.”
* Haikal diam lama *
“Kenapa Haikal diam?”
“Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama tak nak tengok Haikal?”
Haikal sambung lagi—
“Tapi Haikal minta maaf sebab buat mama menangis. Nah, Haikal ada surat untuk mama. Sebenarnya Haikal nak bagi semalam. Tapi Haikal terlupa.”
I CRIED A RIVER, dan terus peluk Haikal kuat-kuat.
Saya tahu dia tunggu saya semalam.
Saya tahu dia nak bagi surat tu semalam.
Tapi saya buat tak tahu je. Sebab saya nampak dia “okay je”.
Ya Allah.
Lain macam betul rasa tamparan malam ni.
Anak, AMANAH Yang Selalu Dilupakan
Haikal benar2 anugerah. Yang selalu ingatkan saya tentang AMANAH yang selalu saya lupakan.
Ya Allah—
Izinkan aku jadi ibu yang Haikal perlukan. Bantu aku jadi ibu yang Haikal banggakan.
Bimbing aku agar sentiasa peroleh redha Mu sepanjang memegang watak IBU ni.
Artikel Menarik: [Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti OK!]
Sayang mama Ashraf Haikal, you are a true gift from Allah.
Please hold my hand forever, and bring me closer to Him.
I AM TRULY SORRY.
Mama sayang Haikal.
Sangat-sangat.
Kita Takkan Mampu Untuk Buat Semuanya Dalam Sehari
This experience makes realize—
We can never urus masa.
Sebab kewajipan kita sebagai ibu, bapa, suami, isteri, majikan, pekerja, adik, kakak, abang, anak, dan sebagai hamba Allah—
SENTIASA MELEBIHI 24JAM YANG KITA ADA SETIAP HARI.
We can never get EVERYTHING done in one day. Kita takkan mampu.
And the key to effective time management— is not to prioritise what’s on your schedule.
But to schedule your priorities.
Dan ANAK, adalah salah satu daripadanya.
Semoga bermanfaat!
– Adlil Rajiah
Bila baca perkongsian dari ibu ini, ‘terasa’ jauh ke lubuk hati. Boleh relate, sebab kebanyakan kita pun macam ni kan? Tuntutan kerja membuatkan kehidupan kita menjadi sangat sibuk sehingga kita ‘berhutang’ masa dengan anak-anak. Kita lebih tegar membiarkan mereka kecewa, asalkan kerja kita lunas.
Tidak bermakna kita ibu ayah yang teruk dan tidak bertanggungjawab. Setiap yang kita lakukan adalah demi kesenangan anak-anak. Kalaulah mampu kita senangkan anak dan pada masa yang sama memberi sepenuh perhatian kepada mereka semudah petik jari, dah tentu kita akan buat kan? Dalam usaha menyediakan yang terbaik untuk mereka, pengorbanan terpaksa dilakukan. Semoga kita semua terus kuat dan dapat membahagiakan anugerah terindah ini.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kencing Malam, Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi

Isi Kandungan
ToggleAnak kencing malam, mak ayah boleh cuba tip ini untuk atasi. Kencing malam atau ‘enuresis’ adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak dapat mengawal pundi kencing mereka dan secara tidak sengaja membuang air kecil semasa tidur.
Anak Kencing Malam, Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi
Keadaan ini adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang berumur di bawah lima tahun. Masalah kencing malam boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Namun, jika ia berlanjutan melebihi usia tersebut, ia mungkin memerlukan perhatian yang lebih khusus.
Jika anak anda kencing malam, apa yang perlu anda lakukan? Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.
Tip tangani anak kencing malam
1.Jika anak anda dalam lingkungan umur yang sesuai untuk bercerai lampin, mulakan cara didikan dengan tidak memberikan anak menyusu botol dua atau tiga jam sebelum waktu tidurnya. Elakkan juga memberi anak minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam kerana kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap.
2.Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk tidur.
3.Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Jika anak anda takut untuk ke tandas seorang diri, pesan padanya untuk mengejutkan anda jika ingin membuang air kecil.
4.Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
5.Buat permulaan, kejutkan anak anda daripada tidur untuk pergi membuang air kecil selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
6.Berikan pujian pada anak anda jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali anak anda terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
7.Letakkan plastik pada tilam supaya mudah untuk anda membersihkan tilam dan menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
8.Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
9.Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang.
10.Jika masalah kencing malam anak anda kronik, cuba kaedah hypnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
11.Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda. Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam.
Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya. Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.
Sumber: Hello Doktor
Baca artikel lain juga: Jangan Marah Bila Anak Kencing Malam, Ini Tip Atasinya!
Jangan Hukum Anak Kencing Malam! Kesannya Boleh Ganggu Emosi & Anak Stres
Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam! Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI