Baru-baru ini, pelakon Lisdawati mengumumkan berita kehamilannya. Paling mengejutkan, rupa-rupanya selama ini dia berahsia. Beliau menjelaskan dirinya tidak berniat sedemikian. Seboleh-bolehnya dia berpendirian mahu mengelak orang lain terutamanya kru produksi yang terlibat dalam penggambaran yang dijalani risau tentang dirinya.

Isteri kepada pengarah dan pelakon, Fauzi Nawawi ini berkata dia tidak mahu menyusahkan teman sekerja ketika di lokasi penggambaran. Sudah menjadi tabiatnya tidak mahu orang lain bersusah-payah hanya disebabkan dirinya berbadan dua.

“Saya tak berniat nak sorok kehamilan. Saya cuma tak mahu orang risau. Sebenarnya sewaktu usia kandungan tiga bulan, saya ditawarkan berlakon dalam drama Mr. Grey dan kemudian drama Makmum Yang Paling Aku Cinta. Saya terima tawaran itu dan tidak memberitahu pihak produksi saya hamil kerana tidak mahu mereka akan fikir saya penat atau tidak boleh beri komitmen sedangkan saya mampu bekerja.

Lagipun watak saya sebagai ibu, tak perlu memakai baju yang mengikut bentuk badan. Jadi saya cari baju bersaiz besar, sesuai dengan watak saya. Ada juga kru yang menegur. Mereka fikir saya sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Ketika itu saya mengiyakan kata-kata mereka dan beri alasan mahu sesuaikan dengan watak. Alhamdulillah, saya boleh jalani penggambaran kedua-dua drama sehingga selesai dengan lancar dan tiada masalah.

Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil. Ketika menjayakan penggambaran drama Mr Grey dulu, kru produksi tak sedar pun saya sudah pun hamil trimester pertama. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata kru sangat prihatin sampai saya naik segan.”

Aktif berbasikal

Dia mengakui dirinya kekal bertenaga sepanjang hamil.Tambahnya lagi, dia juga masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.

IKLAN

Tiga minggu lalu, Lisdawati berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya. Baru-baru ini, Lisdawati diundang Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara.

“Sebelum berbasikal, saya pastikan ciri keselamatan dipatuhi. Seronok dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas. Semasa kandungan saya empat bulan, saya pernah jayakan acara Hari Wanita dan berjaya berkayuh sejauh 10 kilometer di Putrajaya.

Jangan risau sebab saya dapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan aktiviti ini dan setiap kali selesai aktiviti, saya akan terus ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Alhamdulillah, kata doktor bayi saya aktif.” katanya.

IKLAN

Bakal timang anak lelaki

Lisda yang sekarang sudah berehat daripada aktiviti lakonan dan  dijangka bakal melahirkan cahaya mata keempatnya iaitu bayi lelaki selepas Hari Raya Aidilfitri.

 Sumber: BH Online dan MyNewsHub

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI