Kagum dengan sikap Nina Ismail Sabri yang juga anak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang begitu positif dan menyokong perjuangan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila dilantik menjadi timbalan perdana menteri kerajaan baru.
Walaupun Nina dilahir dan dibesarkan dengan parti Umno, dia menerima keputusan pilihan raya kali ini dengan terbuka. Malah dia juga cukup berterima kasih dengan semua rakyat Malaysia khususnya orang Bera yang tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada bapanya.
Menerusi instagramnya, Nina telah memberi kata semangat kepada Dr Wan Azizah dan pengorbanannya sejak 20 tahun lalu berbaloi kerana kini dia telah dipilih menjadi timbalan perdana menteri wanita pertama di Malaysia.
IKLAN
Nina juga percaya, apa yang berlaku pada PRU 14 ini juga sebagai satu cabaran dan wake up call kepada penyokong Barisan Nasional untuk memperbaiki apa yang sepatutnya supaya perjuangan parti itu terus relevan dan mendapat sokongan semula dari rakyat selepas ini.
Rakyat Malaysia juga berharap akan ada pembaharuan yang boleh dilakukan oleh Dr Wan Azizah selepas ini. Ini kerana jawatan sama pernah disandang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1993.
IKLAN
Ramai yang mengagumi kesetiaan, kecekalan dan komitmen politik Dr Wan Azizah, yang berperwatakan lembut itu, susulan kontroversi yang membabitkan Anwar sejak 20 tahun lepas.
IKLAN
Semoga dengan kepercayaan ini, Dr Wan Azizah dapat terus memberi khidmat terbaik dan membuktikan kepada rakyat beliau mampu melaksanakan amanah yang diberikan.
Sumber: Ig Nina Ismail Sabri & Dr Wan Azizah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu;
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya? Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda.
Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
1. Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
2. Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
3. Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
4. Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
5. Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
6. Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
7. Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
8. Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
9. Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
10. Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi menyentuhi objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak anak lahir sampailah besar kuasa pelukan ibu bapa paling power untuk anak-anak. Mereka ini amanah nombor satu dari Allah untuk kita menjaganya sebaik mungkin. Sebab itu, kita kena selalu ingat apa saja yang elok untuk anak buatlah yang terbaik
Jadi hati-hatilah dalam setiap tingkah laku kita. Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ini sangat bermanfaat.
Lebih Marah dari Memuji..Lebih Tengking dari Bercakap..Lebih Menjeling dari Memandang..Lebih Membebel dari Mendengar. Kadangkala kita terlalu leka dengan Dunia disini. Kita mudah lupa Dunia kita di sana dengan berbekalkan amanah yang kita di sini.
Anak…Ya Anak. Semasa anak dilahirkan anak sudah ada berbiliion neuron dalam otak tapi masih tidak berhubung. Tanpa ada hubungan antara sel-sel Neuron bagaimana mahu otak berfungsi dengan lancar untuk jalankan fungsinya berfikir?
Salah satu cara santai dan mudah memastikan sel-sel neuron ini berhubung adalah melalui:
Sentuhan Sayang dari Ibu Ayah
Pelukan Manja dari Ibu Ayah
Peluang Berbalas Cinta dari Ibu Ayah
Kajian juga mendapati anak-anak yang dipeluk lebih dari 20 minit sehari dalam masa 10 minggu berturut-turut mendapat perkembangan yang lebih optimum.
Terasa sungguh rugi kita yang sering minta anak
Cepat Siap Pergi Sekolah
Cepat Pergi Mandi
Cepat Buat Homework
Pelukan itu sendiri
Stimulasi Sentuhan (Tactile) untuk kuatkan Bonding
Stimulasi Proprioseptif untuk kuatkan Tona Otot
Stimulasi Vestibular bila kita Hayun badan bersama anak
Mari kita sama sama rebut peluang cipta memori memeluk anak agar anak tahu KITA ADA UNTUK MEREKA.