Yusuf Iskandar makin membesar dan pintar. Didikan yang diterima oleh ibu Hanis Zalikha  menyerlahkan perkembangannya kini.

Yusuf Iskandar Makin Besar Makin Pintar! Apa Yang Hanis Buat Ini Boleh Ditiru   

Yusuf Iskandar, buah hati cilik Malaysia ini semakin hari semakin cerdik. Si kecil yang bakal menginjak usia dua tahun pada 3 Jun nanti menunjukkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang cerdik, sesuai dengan usia.

Yusuf Iskandar Makin Besar Makin Pintar! Apa Yang Hanis Buat Ini Boleh Ditiru   

Mama dan papa yang mempunyai anak yang seusia Yusuf bolehlah meniru cara Hanis ini dalam mengajar Yusuf menerusi bermain/ permainan dan pendekatan psikolgi yang berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak  18 hingga 24 bulan.

Yusuf Iskandar Makin Besar Makin Pintar! Apa Yang Hanis Buat Ini Boleh Ditiru   

  1. SUDAH PANDAI MENYUAIKAN BENTUK

Nampaknya Yusuf sudah menguasai permainan manipulatif ini. Menyuai padankan bentuk dan warna dengan betul adalah perkembangan yang sangat bagus. Permainan shape sorter atar colour match seumpama ini amat berfaedah untuk melatih jari dan tangan, koordinasi mata tangan dan memperbaiki skil motor halus.

IKLAN

  1. SUDAH TAHU BANYAK PERKATAAN

Wah Yusuf dan pandai mengenai gambar-gambar dalam bukunya! Malah dia juga menunjukkan minat untuk menggunakan buku sebagai sebahagian daripada permainannya. Membaca buku bergambar seperti ni membantu memperkaya perkataan dalam memorinya. Kanak-kanak seusia Yusuf boleh didedahkan kepada kira-kira 200 perkataan.

?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

  1. PANDAI MENGGUNAKAN SUDU DAN GARPU

Anak kecil pintar ini juga boleh menggunakan sudu dan garpu dengan baik semasa makan. Melatih makan sendiri daripada awal dan pendedahan kepada permainan yang menajamkan koordinasi mata dan tangan amat baik dalam melatih kemahiran ini. In merupakan perkembangan kognitif yang baik bagi anak-kanak berusia 18 hingga 24 bulan.

IKLAN

Dia nak guna tangan pastu jeling kita ?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

  1. MENGIKUTI ARAHAN DENGAN MUDAH

Hanis memberikan arahan dengan suara yang tenang, nada tegas. Tidak garang apatah lagi meninggikan suaranya. Ini rahsia Yusuf mengikuti arahan ibunya dengan mudah dan seterusnya mendisiplinkan.

IKLAN

?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

  1. BERMAIN DENGAN ORANG LAIN

Yusuf pandai bersosial dan bermain dengan orang di sekeliling yang dikenalinya. Pendedahan dan bimbingan daripada awal memudahkan mereka bergaul.

Kanak-kanak seperti Yusuf pada usia 18 hingga 24 bulan lebih tertarik untuk bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya dan juga orang dewasa.

Sumber: Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI