Cara Hanis Zalikha ucap selamat jalan kepada yusuf wajar dicontohi. Bukan keluar sorok-sorok, tahu-tahu hilang je. Apa pun mama kena tabahkan hati!
Hanis baru-baru ini berkongsi cara beliau meninggalkan anak kesayangan, Yusuf Iskandar tanpa perlu senyap-senyap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan Yusuf menangis.
Early morning shoot for me today. I love you so much anak manja Mommy @theyusufiskandar . I never sneak away from Yusuf sebab nanti dia akan tercari-cari dan rasa kehilangan. So macam mana susah pun nak berpisah, Yusuf kena salam dan bye bye Mommy. Sebab lepas tu dia faham, nangis sekejap, pastu teruskan kehidupan dia yang ceria ? Mommy ni sekarang ni ceria ke tak nak work ni ?
Cara yang digunakan ibu muda ini lebih diplomatik dan baik untuk emosi anak. Sekurang-kurangnya Yusuf tidak terasa kehilangan dan tercari-cari Hanis kerana sudah maklum ibunya itu keluar bekerja. Ini juga sebagai latihan yang baik untuk Yusuf untuk memahami dan mengadaptasi dengan kerjaya ibunya.
CARA BAIK BERPISAH DENGAN ANAK
Cara yang dilakukan oleh Hanis ini juga malahan lebih baik daripada curi-curi keluar tanpa anak menyedari. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa yang meninggalkan anak secara rahsia kerana tidak menyebabkan kepercarcayaan kepada ibu dan ayahnya semakin berkurangan.
IKLAN
Mencipta kebiasaan kepada anak seperti bersalam dan melambai ketika perpisahan juga baik untuk menjadikan si anak rasa selamat dan bagus untuk kestabilan emosinya.
REAKSI DARIPADA RAKAN SELEBRITI DAN NETIZEN
Posting Hanis ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan netizen. Rata-rata berkongsi perasaan saat berpisah dengan anak.
Bila anak minta hendak bela kucing, ramai ibu bapa agak keberatan. Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan, alahan dan sebagainya. Namun hakikatnya, memelihara haiwan mampu mendidik kanak-kanak menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek.
Kenapa anak-anak suka kucing? Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.
Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing
Berpeluang menemu bual Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director, Malaysia, Singapura dan Filipina berpendapat walaupun kucing tidak mampu berkomunikasi secara verbal namun ia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan peliharaan kesayangan. Malah si kecil akan tidak kekok memeluk, mencium dan ‘mendukung’ kucing tersayang.
“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri.
“Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.
“Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik,” ujarnya ketika ditemui di Program CSR ‘Jom Sayangi Haiwan Kita” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor pada awal tahun lepas.
Pendapat ini turut disokong oleh Doktor Susan, iaitu seorang Doktor Veterinar mengenai memupuk tabiat yang baik kepada kanak-kanak. Berikut adalah antara manfaat-manfaat yang di peroleh jika ibu bapa membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Terapi, Beri Kesan Perkembangan Otak
Ikuti ENAM info ini dikongsi sendiri oleh Doktor Susan Wan Mei Ki
1.Meningkatkan keyakinan diri
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2.Prihatin kepada orang lain
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa ‘teman kesayangannya’ sakit.
3.Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia berkongsi kegembiraan.
4.TERAPI EMOSI
TERAPI EMOSI YANG SANGAT BAIK UNTUK SI CILIK. INI KERANA MEMELIHARA SEEKOR KUCING UMPAMA MEMILIKI SEORANG SAHABAT YANG BAIK DAN SETIA. MALAH IA AKAN MEMBUATKAN SUASANA YANG MENYERONOKKAN BUAT SI CILIK APABILA MELAYAN KARENAHNYA.
5.Sikap tanggungjawab
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan manusia.
6.Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Tahukah anda karektor kucing ialah:
1.Aktif
2.Manja
3.Suka main
4.Bersendirian
Info
*Merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autisme juga didapati memberi respons yang positif dalam sesi terapi dengan kucing”.
*Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukar mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
Memang patut biarkan anak bela kucing kerana ia terapi buat anak sekali gus memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.
Jika kita orang dewasa merasa begitu terkesan dengan situasi banjir besar yang melanda negara, kanak-kanak juga turut sama mengalami gangguan emosi akibat banjir ini. Jangan abaikan emosi mereka disaat ini.
Pakar psikologi kanak-kanak berpendapat sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir bagi memastikan perkembangan psikologi, emosi dan mental mereka tidak terganggu dengan bencana itu.
Malah menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli seperti yang dilaporkan di Astro Awani berkata tumbesaran dan perkembangan asas mental serta emosi kanak-kanak ada hubung kait dengan faktor tempat tinggal yang selamat.
“Keadaan seperti bencana alam mudah membuatkan mereka (kanak-kanak) risau kerana berada dalam satu keadaan tidak pasti. Sesuatu yang tidak pasti mudah menjadikan mereka bimbang dan ini melibatkan rasa tidak selamat dalam diri.
“Dalam keadaan ini, ibu bapa disarankan untuk sentiasa berbual dengan anak, maklumkan mereka dengan kata-kata peneguhan bahawa semuanya dalam kawalan ibu bapa dan anda (sebagai ibu bapa atau dewasa) akan sentiasa ada bersama untuk memastikan keselamatan mereka.
“Elakkan juga memberi pendedahan keterlaluan dengan input berita yang boleh membawa kebimbangan melampau dalam diri anak-anak,” katanya.
Malah menurut beliau lagi, kesan jangka pendek dan panjang pascabanjir yang bertindih dengan fasa pascapandemik COVID-19 perlu diambil kira terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak berkenaan.
Katanya, kaedah penyampaian Social Stories (kisah sosial) dapat sedikit sebanyak membantu anak-anak yang terkesan secara terapuetik.
“Hakikatnya, kita masih belum lagi selesai dengan isu COVID-19, dan lockdown (PKP) berpanjangan telah pun memberi kesan regression pada anak-anak. Sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak, keadaan emosi dan psikologi mereka wajar dibimbangi.
“Kita yang dewasa perlu cakna tentang bagaimana penerimaan anak-anak ini tentang bencana yang berlaku. Berhati-hati dengan keperluan emosi mereka dan saya akan katakan, kaedah Social Stories akan membantu kanak-kanak yang terjejas,” katanya.
Social Stories atau kisah sosial adalah alat bantu visual yang dicipta oleh Carol Gray sekitar 1991 untuk membantu menjelaskan mengenai situasi, peristiwa atau kegiatan tertentu. Bagi individu yang mengalami spektrum autisme kisah sosial dapat membantu mereka memahami orang lain berperilaku atau merespons situasi tertentu.
Terdahulu, banjir besar yang melanda negara kini melibatkan lebih tujuh buah negeri dengan Pahang paling teruk terjejas selain Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai yang mana boleh memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri dan juga orang lain.
Antaranya ialah menjerit-jerit apabila marah, mencampak barang mainan, memukul kanak-kanak lain, menggigit rakan, mengejek rakan-rakan, mengasingkan diri dan pendiam.
Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Dr. Mahani Razali, terdapat beberapa sebab kepada tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak.
Antara sebab tersebut adalah seperti berikut:-
Ekspektasi ibu bapa yang tinggi. Kadangkala ibu bapa mengharapkan anak-anak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan sedangkan anak-anak tidak boleh memenuhinya. Contoh: Ibu bapa mengharapkan anak-anak duduk diam dalam tempoh yang lama, atau bertingkahlaku seperti kanak-kanak yang lebih berusia.
Kurang pengetahuan Kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk bertingkah laku dalam sesetengah situasi atau dalam situasi baru. Kadangkala tingkah laku yang ditunjukkan dianggap sebagai bermasalah. Contohnya: Kanak-kanak bermain dan berlari bersama rakan-rakan ketika menziarahi jiran di hospital.
Kemahiran komunikasi Kanak-kanak belajar kemahiran sosial dan teknik berkomunikasi secara berkesan melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan-rakan. Kurangnya kemahiran komunikasi boleh menyebabkan kanak-kanak bertingkah laku tidak sesuai apabila berinteraksi dengan orang lain. Contohnya: Kanak-kanak melayan orang tua seperti mana mereka melayan rakan-rakan kerana kurangnya kemahiran berkomunikasi dengan orang tua.
Pemahaman tentang kesan sesuatu tingkah laku Kanak-kanak tidak mengetahui dan perlu diberitahu tentang kesan daripada tingkah lakunya terhadap diri sendiri dan orang lain. Kadangkala kanak-kanak menunjukkan tingkah laku bermasalah kerana mereka tidak tahu kesan daripada perbuatan tersebut. Contohnya: Kanak-kanak mengetuk rakan dengan buku kerana tidak tahu perasaan dan kesakitan yang dialami oleh rakannya itu.
Saksikan rancangan Pa&Ma setiap selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Tajuk minggu ini Si Cilik Multi Lingual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!